Sunday 26 April 2015

NONA MANIS

ASSALAMUALAIKUM.......

Lama sungguh tak bersiaran disebabkan masa yang kurang mengizinkan. Hanya mampu jenguk-jenguk sat jewwww. Winduuuuuuu sesangattttttt kat cini (blog la ^_^). Kuih pun sebenaqnya bulan lepas punya tak sempat nak menghupdate so layan jewww :P, ni pun disebabkan waktu tu tenet punya selow melow sampai nak up gambar pun tak leh. Sampai macam tu sekali........pasai apa pun tak tau la. Kuih ni orang len dah ramai yang buat, leia baru sampai seru nak membuatnya. Sedap rasanya, kalau guna pandan asli lagi sedap, tapi yang ni leia guna emulco jew. So resepinye dibawah ni ya.....HAPPY COOKING!



NONA MANIS

Resepi asal : Warisan Mama
Sumber 1  :  Hesti's
Sumber 2  :  Kak Azlita Masammanis

Bahan A :
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan (kak ita guna santan KARA, campur air sikit jadikan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang.
Kak ita masukkan telur dalam blender sahaja dan putar (leia pun sama juga)
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan.

Bahan B :
1/2 cawan santan pekat (kak ita guna KARA) *
1/2 cawan air pandan * (kak ita ambil 5 helai daun [andan dan kisar bersam 1/2 cawan air. Kemudian tapis ~ yang * ni leia guna 1 kotak santan yang dijadikan 1 cawan dan 1tsp pandan emulco + 1/2 tsp pandan esen)
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau apple (leia tak letak)
Sedikit emulco pandan (opt)

Ambil 5 helai daun pandan yang sederhana besar dan kisar dalam blender bersama 1/2 cawan air.
Kemudian tapis.
Satukan air pandan dan santan.
Kemudian campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam, emulco pandan (opt) dan sedikit pewarna hijau apple jika warna pandan kurang menyerlah.
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil.
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat.

*** Satukan Adunan bahan  A dan juga adunan bahan B.
     Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin.
     Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih.

Bahan C :
1 cawan santan pekat (kak ita guna 1 kotak santan KARA campur sedikit air untuk dapatkan 1 cawan)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar gula (kak ita tak letak, leia pun sama)
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat.

Tunggu dia suam sikit dan masukkan dalam pipping bag atau beg plastik (bahagian hujung beg plastik)

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih.
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang.
Kemudian paipkan adunan putih ditengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang.
Susun dalam kukusan.
Kukus selama 7 - 10 minit.
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan.
Sedia dihidangkan untuk minum petang anda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...