Friday 25 March 2016

TALAM CENDOL



ASSALAMUALAIKUM,

Hi!Pengunjung blog ^_^..... Talam Cendol ni leia buat ari sabtu yang lepas....kiranya ni macam yang paling fresh punya N3 yang leia penah hupdate :P....Biasa la kan klau leia nak carik resipi talam menalam ni leia mesti carik kat dapur Kak Yatiememories yang banyak resepi kuih talam dan cantik cantik buatan talam kak yatie ni. Dan pemilik resepi asalnya plak dari Chef Asma. TQVM Chef Asma untuk resipi yang sedap dan best ni dan kak Yatie plak kerana memanjangkan resipi untuk pengetahuan umum dan leia nak share disini plak ya ......Thanks  once again  lovelies ladies .....HAPPY TRYING !!!. 




TALAM CENDOL

Resipi asal : Chef Asma
Sumber Resipi : Kak Yatiememories

Lapisan bawah
Bahan A

  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je (leia tambah lagi 50gm )

Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A

  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Thursday 24 March 2016

ROTI JALA DAN KUAH KARI AYAM YANG SEDAP




ASSALAMUALAIKUM....

Selamat Malam semua pengujung blog ^_^....Hokey arini leia nak nak hupdate roti jala yang sememangnya sesangat sedap dan memang kekal lembut sampai ke petang (untuk kes leia tak sempat ponnnn sat ja dah abis). Karinya ialah INDIAN CHICKEN CURRY resipinya DISINI ya... Resepi roti jala ni plak dari ticer yang cantik jelita Cekgu Sue ...TQVM kak Sue untuk resipi yang sememangnya mabelesssss sedapnya ....leia share kat sini plak ya kak ...muahhhh ciked ^_^.Ok Jom semak resepinya .....HAPPY TRYING LOVELIES !!!


ROTI JALA YANG KEKAL LEMBUT DAN SEDAP

Resepi Oleh : Cekgu Sue

Bahan-bahan : 
3 cawan tepung gandum 
3 1/2 cawan air 
1/2 cawan minyak masak 
2 biji telur gred A 
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning 
-Adun sebati semua bahan di atas. Sue masukkan dalam blender dan  kisar. Kemudiannya, tapis.

Bahan lain :
-sedikit mentega untuk di griskan pada kuali
-sehelai daun pandan untuk menyapu mentega (sebagai ganti kepada  berus)
-acuan roti jala berbentuk corong (boleh dibeli di kedai barang  plastik dengan harga rm1.30 sahaja)

Cara penyediaan : 
  1. Griskan sedikit mentega pada kuali leper.
  2. Tunggu sehingga kuali panas dalam api sederhana. Isikan roti jala ke dalam acuan dan buat gerakan membulat yang kecil-kecil hingga membentuk satu bulatan yang besar, anggaran diameter 6 inci. (Saiz terpulang pada kesukaan anda). Tunggu sehingga masak, sekejap saja anggaran 2 minit. Setelah masak, tidak perlu kalih roti jala. Terus angkat dan lipat.
  3. Ulangi proses ini sehingga habis.

*tips penting : sebelum anda menjala pada kuali, pastikan adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar secara jaluran panjang, bukannya menitis. Jika menitis, membentuk titik seperti bedak sejuk, bermakna adunan anda terlalu pekat. Tambahkan air sedikit-sedikit dan kacau sebati.



Saturday 19 March 2016

INDIAN CHICKEN CURRY


ASSALAMUALAIKUM,

Last hupdate untuk malam ni......INDIAN CHICKEN CURRY yang penah viral masa kat Fb dalam Group Masak Apa Hari Ni(MAHN). Leia sebenarnya terlepaih boat masa dapat tau pasai curry ni .....masa duk carik carik kat group dorang cakap tuan empunye dah delete resipi dia....ada kontroversi sket...tak berapa tau sangat apa puncanya.....leia ambik resipi ni hasil yang telah diedit oleh member member group MAHN. Yang mana tak dak sudu ke biji ke helai ka leia men taruk sesedap anak tekak leia ya tapi hasilnya memang the best curry nih pastu siap buat roti jala plak sebab tak puas ati makan dengan nasik ^_^..... Apa apa pun TQVM kepada sis Ratna kerana share resipi ni....jangan serik serik tau untuk share resepi lagi. Jom semak resipinya......SELAMAT MENCUBA !!!

****Untuk resepi roti jala sok sok la leia hupdate yer (InsyaAllah)....ai dah kematu jari jemari ni duk menaip jew malam ni)




INDIAN CHICKEN CURRY

Recipe by  FB Ratna Devi Rajamanickam (MAHN)

Bahan bahannya:
3 biji bawang besar
2 biji tomato 
Cili merah (leia taruk 3 biji)
Cili padi (leia taruk 7 biji)

Bahan tumisnya:
1 Kalit Kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Daun Kari (Yang leia taruk 3 helai dan dilurutkan ambik daunnya sahaja)

Cara Membuatnya:
Tumis 4 sekawan tadi dengan minyak.
Masukkan bawang dan daun kari.
Then cili merah dan cili padi.
Masukkan ayam (leia buat Half ayam agak besar jg).....serbuk kunyit(leia guna 1 sudu kecil)dan ginger garlic paste( leia guna 2 sudu besar).
Gaul ayam tu biar masak separuh (jangan ditambah air dulu sebab ayam tu kena masak dulu so that dia juicy kat dalam dan garing diluar).
Then masukkan rempah kari ayam (leia guna Babas).
Bab ni yang penting....masukkan air sedikit saja dan biar remaph masak dan pecah minyak( ini untuk prevent the raw smell of the spices).
Barulah masukkan air secukupnya dengan tomato dan garam (Kalau nak letak kentang ini masanya).





KARIPAP PUSING



ASSALAMUALAIKUM,

Karipap pusing @ karipap pusar @ karipap lapis @ spiral curry puff ^_^ atau apa apa je nama yang korang panggil dia ....kalau nama jew karipap dia memang favorite sepanjang zaman. Dari bebudak sampai la ke mak bebudak dan bapak bebudak suma orang sukakannya ^_^. Hasil yang leia buat ni tak berapa cantik sesangat lapisnya....bolehlah juga nampak lelapis tu dari tak nampak ....tapi kalau nak tengok hasil yang cantik tertarik dan memang debommmm dan juga tutorialnya sekali boleh singgah ke blog tuan punya asai resipinya Kak Sheila Spice Journey. Thank You kak untuk resipi yang best ni....leia share kat cini plak ya ^_^.....HAPPY TRYING SEMUA !!!




KARIPAP PUSING

Resepi Asal Dari Kak Sheila Spice Journey

Bahan Doh A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Veg shortening
2 sudu besar marjerin

Bahan Doh B:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
1/2 cawan air - anggaran


Untuk inti karipap keledek bolah ambik resipi DISINI

Cara membuatnya:
Satukan semua bahan untuk doh A. Gaul hingga sebati dan boleh dikepal atau dibulatkan. Kemudian dibahagikan kepada 4 bahagian dan dibentukkan menjadi bulat , ketepikan.

Untuk doh B, panaskan minyak dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Buat satu kawasan lekuk ditengah tepung tu untuk menuangkan minyak panas. Gaul rata dengan senduk atau sudu dulu (awas minyak panas) sehingga menjadi seperti serbuk roti. Bancuhkan garam bersam air dan tuangkan ke dalam tepung dan minyak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tidak melekat ditangan. Kemudian doh itu dibahagikan kepada 4 bahagian yang dibulatkan juga.

Gelekkan 1 bahagian doh B yang telah kita bahagikan tadi dan masukkan pula 1 bahagian dari doh a pula. Bungkuskan menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh doh seterusnya.
Doh yang telah dibungkus dan disatukan tadi, digelek agak sederhana, tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Kemudian digulung dan digelekkan lagi sekali di atasnya. Sama juga macam tadi, sederhana tebalnya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya. selepas proses ini direhatkan sebentar dalam 10 - 15 minit gulungan gulungan doh supaya dia agak mesra dan lembut. 

Selepas itu, ambil gulungan doh tadi dan dipotong kepada 6 bahagian. Gelekkan jangan terlalu nipis dan tidak terlalu tebal yer....Klau nipis sangat, taakut pecah dan agak payah untuk dikendalikan dan jika tebal sangat pun tak sedap rasanya nanti. Yang sedang sedang saja.....Isikan inti secukupnya, jangan penuh sangat takut pecah lapisan tu nanti. Manja tul la karipap ni kann....seb baek sedap.

Panaskan minyak untuk mengoreng. (Pesanan dari mak kak Sheila....karipap pusing kena goreng ddengan minyak yang betul betul panas). Api tak boleh kecil sangat tapi janganlah besar sangat pulak yer. Kalau api kecil, minyak akan menyerap masuk ke celah celah lapisan tu dan ini akan menyebabkan karipap itu cepat pecah ketika menggoreng. Penyudahnyakang tinggal rangka jer karipap kita, isi semua terburai keluar. Kena goreng dengan apikuat jugalah dan kena pantas balikkannya. Lagi satu jika goreng dengan api kuat karipap pusing  akan kurang serap minyak. Taklah berminyak sangat masa nak makan nanti. Goreng hingga berwarna keperangan. Toskan perlahan minyak ditepi kuali sebelum diangkat keluar. Letakkan dulu ke dalam bekas yang berisi kertas serap minyak atau tisu dapur. Bolehlah dihidangkan.


CENDAWAN GORENG CRISPY



ASSALAMUALAIKUM,

Ok yang ni crita lama....jadik tak mo panjang panjang crita jom zassss resepinya....




CENDAWAN GORENG CRISPY

Resepi dari DayangJack .....salah satu blog yang leia suka singgah antaranya kerana kek kek lapisnya yang best n mabelesss. TQVM DayangJack....leia share kat sini pulak ya :)


Bahan Bahan :
  • 250 g cendawan (dicuci bersih dan dikeringkan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 sudu besar mentega
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
Cara Cara :
  1. Kisar/blend semua bahan kecuali cendawan hingga sebati. 
  2. Siat-siatkan cendawan jika perlu. 
  3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak betul-betul panas.
  4. Celupkan cendawan ke dalam adunan tadi dan gorenglah hingga garing keemasan. Kemudian toskan.
  5. Hidangkan panas-panas bersama sos cili atau sos bermayonis.

ARROWHEAD CHIP/KEREPEK NGA KU



ASSALAMUALAIKUM.....
Adehhhhhhhh............ panjang dak!!!!sebenornyelah kerepek ni dibuat masa ghayer cina doluuuuuuuu :P. Tetapi disebabkan tetiba sitenet ni buat hal masa kita tengah syiokkkkkk duk menghupdate maraton kekononnyelah waktu tu la....keluar macam macam tah apa apa dia pun dah tak ingat dah......jadi beberapa kali jugak la waktu tu pastu kan kan kita pun jadik lemau la jugak :P. Kerepek ngaku ni leia penah post dolu kat DISINI....oklah jom semak resipinye....HAPPY TRYING!!!




KEREPEK NGA KU/ARROWHEAD
Recipe by Cekgu Hana ......Thank You cekgu 

Bahan bahan :

Nga Ku @ arrowhead secukupnya
Garam + air = air garam (leia tak taruk air garam just guna flavour pepper )
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara cara:

Kupas kulit ngaku. Basuh dan bersihkan kemudian keringkan.
Panaskan minyak. Sagat ngaku dan goreng hingga keperangan.
Sebelum angkat, renjiskan air garam ke dalam kuali dan kacau seminit kemudian angkat dan toskan.
Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

Yang ni juga antara resipi yang penah leia try.....silalah cuba ^_^


ARROWROOT CHIPS
Recipe by Amy Beh

500g arrowroot bulbs (nga ku)
Salt to taste
Oil for deep frying

Wash and peel arrowroot
Slice the arrowroot thinly using a mandolin. 
Lightly sprinkle some salt over the arrowroot slices.
Arrange the slices on atray and dry well by patting with paper towels.
Heat the oil in a wok and deep fry the slices of arrowroot to a light, golden brown colour. Do not overcrowd the wok when frying. Dish out and drain on paper towels.
Allow to cool completely before storing in an airtight container.

Kalau nak tau banyak lagi pasal arrowroot/ngaku boleh check di 
blog Wendy






Gambar ni kita terlupa plak nak letak.....ni ghupanya buah ngaku atau arrowroot/arrowhead...sekian terima kasih ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...