ASSALAMUALAIKUM,
Karipap pusing @ karipap pusar @ karipap lapis @ spiral curry puff ^_^ atau apa apa je nama yang korang panggil dia ....kalau nama jew karipap dia memang favorite sepanjang zaman. Dari bebudak sampai la ke mak bebudak dan bapak bebudak suma orang sukakannya ^_^. Hasil yang leia buat ni tak berapa cantik sesangat lapisnya....bolehlah juga nampak lelapis tu dari tak nampak ....tapi kalau nak tengok hasil yang cantik tertarik dan memang debommmm dan juga tutorialnya sekali boleh singgah ke blog tuan punya asai resipinya Kak Sheila Spice Journey. Thank You kak untuk resipi yang best ni....leia share kat cini plak ya ^_^.....HAPPY TRYING SEMUA !!!
KARIPAP PUSING
Resepi Asal Dari Kak Sheila Spice Journey
Bahan Doh A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Veg shortening
2 sudu besar marjerin
Bahan Doh B:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
1/2 cawan air - anggaran
Untuk inti karipap keledek bolah ambik resipi DISINI
Cara membuatnya:
Satukan semua bahan untuk doh A. Gaul hingga sebati dan boleh dikepal atau dibulatkan. Kemudian dibahagikan kepada 4 bahagian dan dibentukkan menjadi bulat , ketepikan.
Untuk doh B, panaskan minyak dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Buat satu kawasan lekuk ditengah tepung tu untuk menuangkan minyak panas. Gaul rata dengan senduk atau sudu dulu (awas minyak panas) sehingga menjadi seperti serbuk roti. Bancuhkan garam bersam air dan tuangkan ke dalam tepung dan minyak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tidak melekat ditangan. Kemudian doh itu dibahagikan kepada 4 bahagian yang dibulatkan juga.
Gelekkan 1 bahagian doh B yang telah kita bahagikan tadi dan masukkan pula 1 bahagian dari doh a pula. Bungkuskan menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh doh seterusnya.
Doh yang telah dibungkus dan disatukan tadi, digelek agak sederhana, tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Kemudian digulung dan digelekkan lagi sekali di atasnya. Sama juga macam tadi, sederhana tebalnya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya. selepas proses ini direhatkan sebentar dalam 10 - 15 minit gulungan gulungan doh supaya dia agak mesra dan lembut.
Selepas itu, ambil gulungan doh tadi dan dipotong kepada 6 bahagian. Gelekkan jangan terlalu nipis dan tidak terlalu tebal yer....Klau nipis sangat, taakut pecah dan agak payah untuk dikendalikan dan jika tebal sangat pun tak sedap rasanya nanti. Yang sedang sedang saja.....Isikan inti secukupnya, jangan penuh sangat takut pecah lapisan tu nanti. Manja tul la karipap ni kann....seb baek sedap.
Panaskan minyak untuk mengoreng. (Pesanan dari mak kak Sheila....karipap pusing kena goreng ddengan minyak yang betul betul panas). Api tak boleh kecil sangat tapi janganlah besar sangat pulak yer. Kalau api kecil, minyak akan menyerap masuk ke celah celah lapisan tu dan ini akan menyebabkan karipap itu cepat pecah ketika menggoreng. Penyudahnyakang tinggal rangka jer karipap kita, isi semua terburai keluar. Kena goreng dengan apikuat jugalah dan kena pantas balikkannya. Lagi satu jika goreng dengan api kuat karipap pusing akan kurang serap minyak. Taklah berminyak sangat masa nak makan nanti. Goreng hingga berwarna keperangan. Toskan perlahan minyak ditepi kuali sebelum diangkat keluar. Letakkan dulu ke dalam bekas yang berisi kertas serap minyak atau tisu dapur. Bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment