Saturday, 28 February 2015

KUIH CARA MANIS

ASSALAMUALAIKUM

Arini bekfes kuih cara manis. Sedap kuih ni seyesssss :P. Setiap orang ada cara memasing, tapi kalau tengok resepi semuanya hampir sama jew... Kuih cara manis ni resepi mak leia kalau nak try boleh jew....sila-silalah mencuba, sekian terima kasih :).




KUIH CARA MANIS
Resepi : Puan Rodzimah Binti Hussein

Bahan-bahannya :

4 cawan tepung gandum*
6 cawan air + santan* (leia guna  2 kotak santan selebihnya air, kalau rasa pekat boleh tambah air skit )
2 biji telur* - dipukul skit dengan garfu
1 tbsp pandan emulco*
1 tsp pandan esen*
Garam*
Gula secukupnya
Minyak untuk mengoles pada acuan cara

Cara-cara membuatnya :


Satukan kesemua bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk, kacau hingga sebati dengan whisk pastu tapis atau pun blender utuk mendapatkan adunan yang lebih halus. Panaskan acuan cara yang dioleskan dengan minyak. Pastu masukkan adunan kuih cara tadi dan isikan dengan gula. Tutup acuan dengan penutup, guna api yang sederhana saja. Agak-agak dalam 15 minit  atau nampak dah masak bolehlah dikeluarkan dari acuan. Pastu bolehlah dihidangkan. SELAMAT MENCUBA.


NOTA: kalau nak guna daun pandan lagi best , dalam 15 helai daun pandan yang diblender dengan air dan santan pastu tapis.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...