ASSALAMUALAIKUM
Arini ni dalam sejarah......awai leia hupdate blog sebabnya rasa macam nak raya, sebabnya pagi ni leia bekfes NASI IMPIT DAN KUAH KACANG ISTIMEWA ..........wohooooo :). Mood itu penting :P.Posa dak lagi dah nak raya.... :P. Tak pa janji kita kenyang dan terover kenyang ^_^. Buat sendirik puas ati tau satu family leh makan. Kuah kacang yang sedap ni ambik kat blog Annaqawina . Kata Anna dah bertahun dia duk guna resepi ni satu family dia suka dan family leia pun suka juga sebab sedap. Thanks bebanyak Anna kerana telah berkongsi resepi yang senang dan sedap ni. Leia kongsi kat sini pulak ya .
KUAH KACANG ISTIMEWA
Sumber Resepi : Datin Syuryani Datuk Shuaib(Isteri Menteri
Datuk Shafie Afdal)-SDK Oktober 2006
Sumber Kedua : AnnaQawina
Bahan-bahan :
- 5 ulas bawang putih*
- 5 ulas bawang merah*
- 2 batang serai*
- 20 tangkai cili kering*
- 1/2 inci halia * (kisar bahan bertanda *)
- Air asam jawa secukupnya
- gula dan garam secukup rasa
- 1 kg kacang tanah - digoreng bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali separuh halus
- 2 keping gula melaka(nisan)*Ana tambah yang ni..-direbus dan ditapis supaya lebih bersih sblm digunakan.
Cara-cara :
- Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan kacang tanah yang ditumbuk tadi dan kacau cepat2. (Boleh masukkan sedikit air bersama)
- Masukkan air mengikut kepekatan yg diingini dan di kacau sentiasa agar dasar periuk/kuali tidak berkerak & kuah kacang berbau hangit.
- Masukkan juga air gula melaka.
- Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukupnya.
- Kacau2 sehingga masak sepenuhnya, kalau pekat boleh tambah sedikit lagi air.
- *Jika berlebihan sila simpan dalam peti ais & sesekali dipanaskan InsyaAllah tahan sebulan atau lebih..
No comments:
Post a Comment