Tuesday, 31 May 2016

GULUNGAN ROTI BERSOSEJ


Assalamualaikum,

Gulungan Roti Bersosej.....sesaja jew kita bagi nama macam tu...kasi sedap sket bila sebut + sedap juga dimakan. Walaupun simple' mimple' jew yang terjadi dari hasil lebihan roti yang nak diselamatkan daripada expire......terjadilah Gulungan Roti Bersosej atau nama lainnya Roti Sosej ^_^.Kejadiannya amatlah disukai oleh bebudak tapi mak bapak lagilah suka......hehehe...Oklah jom semak resipi ni.




GULUNGAN ROTI BERSOSEJ

Bahan bahan :

Roti Gardenia atau apa apa roti yang ada kat umah secukupnya
Sosej - direbus setengah masak
Serbuk roti kuning atau putih ikut suka masing masing
Telur dikocak dan dicampur dengan lada hitam
Bancuhan tepung dengan sedikit air tak pekat sangat untuk melekatkan roti nanti

Cara membuatnya:

Ambik sekeping roti dan gelek nipis roti pastu trim tepi roti kalau suka.
Letak sosej, gulungkan roti sosej dan gamkan dengan bancuhan tepung.
Celupkan dalam telur pastu kedalam serbuk roti.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng hingga serbuk roti nampak kekuning kuningan.
Sedia dihidang dengan sos cili dicampur mayonis atau apa apa kesukaan memasing.
SELAMAT MENCUBA!

KUIH LOPES SENANG DAN SEDAP


Assalamualaikum,

Kuih lopes ni bukan crita baru ....tapi dah lama baru terhegeh hegeh nak hupdate di sini.....bz memanjang...Ok la jom semak resepinya...TQVM Tulip MYR untuk resepi yang senang dan sedap :)



KUIH LOPES
Resipi :Tulip MYR

Bahan bahan
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam

***Air Gula***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air


  • Cara cara:
  1. Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewaarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air & tapiskan airnya. kemudian toskan & masukkan dlm loyang. Kukus selam 20 minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30 minit.
  2. Alas bekas 4 segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. kemudian golekkan dalam kelapa parut.
  3. Semasa kukus pulut, boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersam pulut.
  4. ***Air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan,jika guna yg besar boleh kurangkan gula.

Friday, 22 April 2016

KEK KASTAD PANDAN


ASSALAMUALAIKUM,

Tetiba jew bila tekak rasa nak makan kek ni terus leia buat tu pun seb baek ada bahan bahan dia kat umah......kalau tidak postpone lagi nampaknya ^_^. Kek ni sedap...lelagi kalu makan masa sejuk laju jew masuk tekak almaklumlah waktu pepanas cenggini...asyik nak carik benda nak makan jew (klau panas memang kena makan kot tapi kita tak la ghajin sesangat....malaih memanjang ^_^) Resepi dari Nadz Nazharzan dan wana kek kastad yang Naz buat sesangat cantik....tapi disebabkan leia tak berapa nak berani nak letak pewana banyak sesangat jadi la dengan keadaan kaler ijau dia cenggini. Klau nak tengok versi yang lagi cantik bolehlah ke blog Naz ya...ada juga versi kastad perisa keladi dan jagung...yang ni nenanti leia cuba ^_^. Ok jom semak resepinya....HAPPY TRYING !!!



KEK KASTAD PANDAN

Resepi Dari : FB Jom Masak
Sumber Resepi Nadz Nazharzan

KEK SPAN PANDAN
Bahan-bahan:
  • 150 gm tepung gandum- ayak
  • 1 tsp baking powder- ayak
  • 5 biji telur gred B
  • 100 gm gula kastor
  • 1 tsp ovallete
  • 50 ml susu segar/ susu cair
  • 1 tsp esen vanilla
  • Perisa pandan dan pewarna hijau
  • 50 ml minyak masak
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
  2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
  3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
  6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.
KASTAD PANDAN
Bahan-bahan:
  • 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
  • 1 cawan gula kastor
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau (leia guna tpg hoen kwe wana hijau tu sebab kaler jadi macam kejadian kat atas tu)
  • Secubit garam
  • Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.

CARA MELAPIS KEK KASTAD
  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk. SELAMAT MENCUBA! 
NOTA & TIPS NAZ:
  • Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek. 
  • Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.


SERI MUKA GULA MELAKA


ASSALAMUALAIKUM,

Hi!Selamat pagi ^_^.....bersiaran lagi arini kita yer :).Tapi yang ni bukan crita baru dan ekceli dibuat atas permintaan mak leia....Bagi leia lebih sukakan yang Serimuka pandan berbanding gula melaka ni....lain tekak lain pula la citarasanya anak tekaknya yer...OK la jom layan resepi yang best dari Nadz Nazharzan ...apa apa pun mak ai suka sesangat serimuka ni ai lagi lagi la suka itu yang penting....Thank You Nadz untuk resepi yang dah jadi peberet mak leia ni,leia share kat sini pulak ye.....SELAMAT MENCUBA !!!




SERI MUKA GULA MELAKA
Resepi Oleh :Nadz Nazharzan

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.
Bahan-bahan Lapisan Atas :
  • 200 gm gula Melaka (putong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis).
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan. SELAMAT MENCUBA!



Thursday, 21 April 2016

MEE KUAH YANG SEDAP



ASSALAMUALAIKUM,

Hokey arini leia nak hupdate mee kuah yang sedap ni yang dah lama tertungak berzaman lamanya ^_^....Lemau sungguh la nak hadap lappy ni tak tau pasai apa!!! Makin menjadi jadi plak kemalasan ni....tebai macam tembok besar cina tu ^_^.oklah jom semak resepinya. SELAMAT MENCUBA LOVELIES !!!


Ekceli waktu direquestkan untuk buat mee ni umah leia tak ada banyak bahan sangat la....just guna apa yang hado kat umah tu dan leia tak pecahkan telo dalam kuahnya tapi taruk telo rebuih....apa apa pun mee ni memang sedap.....seyes....Try buat tau ^_^


MEE KUAH 

Sumber Kak AzlitaMasammanis 
Asal Resepi : Dapur Kak Yah

Terima Kasih Kak Ita  kerana memanjangkan resepinya dan juga pemilik resepi Kak Yah untuk resepi yang senang dan sedap ni.....izin leia share disini pulak ya ^_^.

Sebungkus mee kuning
Beberapa ekor udang sederhana besar
2 biji telur
2 pokok sawi ~ potong asingkan daun dan batang
300 gm daging ~ rebus ambil airnya sekali ( boleh gantikan ayam)-yang ni leia guna ayam
2 biji tomato ~ belah 4 
1 biji lada merah ~ hiris bulat
garam dan gula secukup rasa
Limau nipis
Minyak untuk menumis
Tauhu -yang ni leia tambah








Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling ~ lada kering potong kecil, rendam lembut dan kisar
2 sudu besar udang kering

Bahan Sos 
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis



Mula-mula kita panaskan minyak 
Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum
Masukkan lada kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan sos satu persatu
Masukkan sos tiram
Masukkan cili sos
Masukkan sos tomato
Masukkan kicap
Renihkan hingga kuahnya pekat
Bila kuah dah pekat masukkan daging yang telah di rebus terlebih dahulu. Sekiranya menggunakan daging batang pinang tak payah rebus, masuk aje terus.
Masukkan juga air rebusan daging secukupnya. Kalau tiada air rebusan daging guna air biasa.
Biarkan kuah merenih dan mendidih

Bila dah mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
Ita lebih suka menggunakan gula Melaka, kerana kuahnya akan rasa lemak-lemak gula Melaka.
Kemudian masukkan udang
Masukkan juga batang sawi dan tomato yang di belah 4 tadi
Bila kuah dan didih dan udang dah masak, pecahkan telur.
Masa ni leia ada masukkan tauhu tak pecahkan telo.
Ita suka pecahkan dulu telur dalam mangkuk, supaya tak lah termasuk telur yang rosak atau termasuk kulit telur.
Bila masukkan telur jangan kacau ya.. biarkan telur mengeras
Bila telur dan keras baru masukkan sawi
Akhir sekali masukkan mi kuning yang telah di cuci bersih.
Sedia untuk di hidangkan
Taburkan lada hiris dan hirisan limau nipis
Sedap juga di makan bersama cili jeruk.



Friday, 25 March 2016

TALAM CENDOL



ASSALAMUALAIKUM,

Hi!Pengunjung blog ^_^..... Talam Cendol ni leia buat ari sabtu yang lepas....kiranya ni macam yang paling fresh punya N3 yang leia penah hupdate :P....Biasa la kan klau leia nak carik resipi talam menalam ni leia mesti carik kat dapur Kak Yatiememories yang banyak resepi kuih talam dan cantik cantik buatan talam kak yatie ni. Dan pemilik resepi asalnya plak dari Chef Asma. TQVM Chef Asma untuk resipi yang sedap dan best ni dan kak Yatie plak kerana memanjangkan resipi untuk pengetahuan umum dan leia nak share disini plak ya ......Thanks  once again  lovelies ladies .....HAPPY TRYING !!!. 




TALAM CENDOL

Resipi asal : Chef Asma
Sumber Resipi : Kak Yatiememories

Lapisan bawah
Bahan A

  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je (leia tambah lagi 50gm )

Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A

  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

Thursday, 24 March 2016

ROTI JALA DAN KUAH KARI AYAM YANG SEDAP




ASSALAMUALAIKUM....

Selamat Malam semua pengujung blog ^_^....Hokey arini leia nak nak hupdate roti jala yang sememangnya sesangat sedap dan memang kekal lembut sampai ke petang (untuk kes leia tak sempat ponnnn sat ja dah abis). Karinya ialah INDIAN CHICKEN CURRY resipinya DISINI ya... Resepi roti jala ni plak dari ticer yang cantik jelita Cekgu Sue ...TQVM kak Sue untuk resipi yang sememangnya mabelesssss sedapnya ....leia share kat sini plak ya kak ...muahhhh ciked ^_^.Ok Jom semak resepinya .....HAPPY TRYING LOVELIES !!!


ROTI JALA YANG KEKAL LEMBUT DAN SEDAP

Resepi Oleh : Cekgu Sue

Bahan-bahan : 
3 cawan tepung gandum 
3 1/2 cawan air 
1/2 cawan minyak masak 
2 biji telur gred A 
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning 
-Adun sebati semua bahan di atas. Sue masukkan dalam blender dan  kisar. Kemudiannya, tapis.

Bahan lain :
-sedikit mentega untuk di griskan pada kuali
-sehelai daun pandan untuk menyapu mentega (sebagai ganti kepada  berus)
-acuan roti jala berbentuk corong (boleh dibeli di kedai barang  plastik dengan harga rm1.30 sahaja)

Cara penyediaan : 
  1. Griskan sedikit mentega pada kuali leper.
  2. Tunggu sehingga kuali panas dalam api sederhana. Isikan roti jala ke dalam acuan dan buat gerakan membulat yang kecil-kecil hingga membentuk satu bulatan yang besar, anggaran diameter 6 inci. (Saiz terpulang pada kesukaan anda). Tunggu sehingga masak, sekejap saja anggaran 2 minit. Setelah masak, tidak perlu kalih roti jala. Terus angkat dan lipat.
  3. Ulangi proses ini sehingga habis.

*tips penting : sebelum anda menjala pada kuali, pastikan adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar secara jaluran panjang, bukannya menitis. Jika menitis, membentuk titik seperti bedak sejuk, bermakna adunan anda terlalu pekat. Tambahkan air sedikit-sedikit dan kacau sebati.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...