Assalamualaikum,
Kuih lopes ni bukan crita baru ....tapi dah lama baru terhegeh hegeh nak hupdate di sini.....bz memanjang...Ok la jom semak resepinya...TQVM Tulip MYR untuk resepi yang senang dan sedap :)
KUIH LOPES
Resipi :Tulip MYR
Bahan bahan
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (dikisar)
1 st air kapur
1/2 st garam
beberapa titik pewarna hijau
kelapa parut yg digaul dgn sedikit garam
***Air Gula***
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cawan air
- Cara cara:
- Cuci beras pulut, rendam beras pulut dengan air selama 3 jam, masukkan juga pewaarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air & tapiskan airnya. kemudian toskan & masukkan dlm loyang. Kukus selam 20 minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30 minit.
- Alas bekas 4 segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk, kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. kemudian golekkan dalam kelapa parut.
- Semasa kukus pulut, boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk, bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersam pulut.
- ***Air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan,jika guna yg besar boleh kurangkan gula.
No comments:
Post a Comment