Saturday 30 May 2015

NASI IMPIT DAN KUAH KACANG ISTIMEWA


ASSALAMUALAIKUM 

Arini ni dalam sejarah......awai leia hupdate blog sebabnya rasa macam nak raya, sebabnya pagi ni leia bekfes NASI IMPIT DAN KUAH KACANG ISTIMEWA ..........wohooooo :). Mood itu penting :P.Posa dak lagi dah nak raya.... :P. Tak pa janji kita kenyang dan terover kenyang ^_^. Buat sendirik puas ati tau satu family leh makan. Kuah kacang yang sedap ni ambik kat blog Annaqawina . Kata Anna dah bertahun dia duk guna resepi ni satu family dia suka dan family leia pun suka juga sebab sedap. Thanks bebanyak Anna kerana telah berkongsi resepi yang senang dan sedap ni. Leia kongsi kat sini pulak ya .



KUAH KACANG ISTIMEWA

Sumber Resepi : Datin Syuryani Datuk Shuaib(Isteri Menteri Datuk Shafie Afdal)-SDK Oktober 2006
Sumber Kedua : AnnaQawina 

Bahan-bahan :
  • 5 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 2 batang serai*
  • 20 tangkai cili kering*
  • 1/2 inci halia * (kisar bahan bertanda *)
  • Air asam jawa secukupnya
  • gula dan garam secukup rasa
  • 1 kg kacang tanah - digoreng bersama sedikit minyak dan ditumbuk dgn kulitnya sekali separuh halus
  • 2 keping gula melaka(nisan)*Ana tambah yang ni..-direbus dan ditapis supaya lebih bersih sblm digunakan. 

Cara-cara :

  • Panaskan minyak kemudian tumis semua bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkan kacang tanah yang ditumbuk tadi dan kacau cepat2. (Boleh masukkan sedikit air bersama)
  • Masukkan air mengikut kepekatan yg diingini dan di kacau sentiasa agar dasar periuk/kuali tidak berkerak & kuah kacang berbau hangit.
  • Masukkan juga air gula melaka.
  • Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukupnya.
  • Kacau2 sehingga masak sepenuhnya, kalau pekat boleh tambah sedikit lagi air.
  • *Jika berlebihan sila simpan dalam peti ais & sesekali dipanaskan InsyaAllah tahan sebulan atau lebih..



Friday 29 May 2015

KUIH KERIA SIRA GULA MELAKA



ASSALAMUALAIKUM

Kuih Keria ni leia buat ahad yang lepas ........cedap tauuuuuu, sebab sira dengan gula melaka sebabnya hasil terpengaruh masa tengok rancangan apa tah lupa plak ^_^. Keria Sira gula melaka yang femes kat Melaka la mana lagi. Tu pun sebenaqnya kan tengok rancangan tu dah lama tapi disebabkan angin M.A.L.A.S tu kan kan kan, maka keria tu pun tertanguh la yewwww..... ^_^ . Kuih keria ni resipi asalnya hanyalah sira gula biasa saja tapi leia guna gula melaka......saja-saja nak try sebab duk terhingin lama dah.  Kuih Keria ni leia ambik kat blog Kak Azlitamasammanis dan kak ita pulak ambik kat blog Kak Wan. Dua-dua otai blogger masakan yang sangat leia kagumi dengan kreativiti  mereka dan gambar-gambar yang cantik-cantik belaka.....kedua-duanya memang terbaik. Kak ita kata penggunaan tepung ubi kayu dalam adunan ini menjadikan adunan menjadi cantik, tidak serap minyak dan tidak berpecah . Yang ni leia pinjam ayat kak ita tau....untuk kak wan dan kak ita terima kasih banyak-banyak diatas segala ilmu yang dikongsikan, semoga ALLAH juga yang dapat membalasnya. Semoga kak Wan dan Kak ita diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. Ok akak berdua leia C&P resipinya disini ya.....Thanksssss banyak-banyak akak berdua atas perkongsian resipi ini ......best sesangatttt!!!!





KUIH KERIA SIRA GULA MELAKA

Original Resipi : Kak Wan

Sumber : Kak Azlitamasammanis


250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk


Untuk menyalut keria
Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera

* jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut

Yang sira gula melaka yang leia buat

2 ketul gula melaka sederhana (berat dalam 90gram, sebab leia buat 2 adunan keria ni ya)
2 @ 3 sudu makan gula pasir (ikut rasa manis yang anda inginkan)
6 sudu makan air

Cincang gula melaka supaya senang dan cepat cair, masukkan dalam kuali bersama dengan gula pasir dan air. Mask sampai gula cair/larut , mendidih dan pekat dan gula jadi macam bertali sma macam kita nak masak untuk sira yang biasa. Pastu tutup api dan masukkan kuih keria tadi dan digaul rata. Pastu bolehlah dihidangkan. SELAMAT MENCUBA


AYAM MASAK LEMAK CILI PADI CMG



ASSALAMUALAIKUM

Ayam masak lemak ni dah lama dah buat, cuma tinggal nak post kat sini jewwww ^_^. Kes malaih nak menghadap lappy. Adehhh ada juga ya kes macam ni. Resepi masak lemak diambil dari blog yang terfemes kat dunia ni tau......CMG a.k.a Che Mat Gebu . Kalau nak cari resepi yang lagi best dan best dan best silalah ke Dapur Tanpa Sempadan CMG. Ok lah untuk resepinya leia C & P kat sini ya Che Mat ........Thanks bebanyak atas perkongsian resepi yang best dan sedap dan simple :)




AYAM MASAK LEMAK CILI PADI
Original Resepi : CMG a.k.a Che Mat Gebu



BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram ayam, dipotong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas, dan belah 4 setiap 1, rendam
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, dimayang halus
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
30 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan ayam ke dalam periuk bersama serai titik dan bahan kisar halus. Gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Masukkan kentang (toskan), dan tuang santan cair. Masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor dan jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Biar mendidih.
  2. Tuang pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain. Sesuai juga dihidangkan bersama roti bai, roti canai atau lempeng pekak...Selamat mencuba!!..

Bila dah M.A.L.A.S.......mmmmmm





ASSALAMUALAIKUM,

Bila sampai jew M.A.L.A.S jadinye hampehhhhhhh. Dolu- dolu masa ghajin duk masak- memasak, baking- membaking tak de la plak nak terpikiaq nak berblog berbagai. Dah berblog M.A.L.A.S  tu memanjang jewwwwww. Sesak nafas akk ni tau. Apa-apa pun resepi apam yang sememangnye gebus dan sedap ni telah dibuat rabu yang lepas . Hasil perkongsian dari  Kak Linakz Shaari. Rugi kalau tak cuba tau !!!!! Akk ni dah rugi banyak sesangat sebab lambat buat  :'( . Dahla senang jew.....lambat lak tu buat :'(
Ok untuk resepi yang best ni leia C & P ya kak Lina kat sini .....thanks bebanyak kak

APAM PISANG GEBU

Oleh : Kak Linakz Shaari


Bahan:
1 cawan pisang lenyek
1/2 cawan minyak (akk guna minyak jagung)
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan gula perang (kurang lebih ikut selera masing2)
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder

Cara:
Panaskan kukusan. Gaul rata semua bahan. Perap 20 minit. Sapu minyak pada acuan. Bila kukusan dah panas boleh mula mengukus. Bubuh adunan 3/4 acuan saja.. nanti dia naik tinggi. Kukus 40 minit dgn api besar. Siap. Selamat mencuba.

* kalau guna acuan lompang/seri ayu kukus 15-20 minit

*balut penutup periuk kukus dgn aluminium foil/ kain utk elak air menitis pd apam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...