Thursday 30 October 2014

ASAM PEDAS AYAM YANG SEDAP



Assalammualaikum,
Yang ni menu kemarin dinner.Asam pedas ayam yang sememangnya best dan sedap ;-) 
Ni resepi mak yang diolah sikit ja oleh leia.InsyaAllah sedap utk leia & family.Harap-harap memenuhi citarasa kepada sesiapa yang nak masak asam ni.Nak hirup saja pun sedap tapi kena tahan skit la pedas kemain.Cicah-cicah dgn roti pun ok gak.Ada aritu tengok JJCM dorang cicah dengan roti canai,mcm best ja kan.Tak pa len kali kita try dengan roti canai plak.Bunga kantan mungkin agak banyak juga la,tp leia suka sebab ngam-ngam ja dengan pedas asam pedas ni.

ASAM PEDAS AYAM
Resepi : Puan Rodzimah Hussein 

Bahan-bahan:
1 ekor Ayam dipotong 14 bahagian @ ikut suka la nak potong berapa
3 Senduk Cili kisar
3 biji Bawang Besar*
3 ulas Bawang Putih*
1/2 sudu kecil Jintan Manis*
1/2 sudu kecil Jintan Putih *
Cili padi (yang ni ikut kepedasan memasing ya)*
1/2 inci Kunyit hidup*
1/2 inci Halia*
Belacan skit-dibakar*
yang bertanda * ditumbuk halus ya
5 tangkai Daun Kesum
5 batang Bunga Kantan
2 batang Serai - diketuk
3 sudu kecil Pes Asam Jawa
Tomato
Bendi
Terung - yang ni ikut suka nak letak banyak mana
Garam
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak & tumiskan semua bahan yang ditumbuk sehingga naik bau, pastu masukkan cili kisar & masak lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam,selepas tu masukkan daun kesum,pes asam jawa,bunga kantan,serai & air secukupnya.
  3. Bial dah mendidih masukkan terung,tomato & bendi & perasakan dengan garam & didihkan sebentar pastu matikan api.Dah siap.
  4. SELAMAT MENCUBA.




Monday 27 October 2014

Blog Still In Progress

Ada kolam kecik skit tu,tapi sedappp

Assalammualaikum,
Sesuai dak ayat kat atas tu 'Blog still in Progress'.....hehehe.Maklumlah kitakan masih baru,masih duk tercari-cari style kita sendiri.Bz kemain arini baru ada kesempatan nak hupdate blog.Haishhh.... tak tau nak cakap apa dah.Lega rasanya dapat juga membelek blog ni. 
Seri muka ni antara fav leia,tapikan kalau bab kukus mengukus ni selalu ada ja yang tak kena walaupun dah ikut segala- galanya yang ada kat resepi tu.Macam nak giveup pun ada juga,kalau buka ja tudung mesti down.Dari kuih2 lapis ka talam ka kek ka suma mesti ada banyak kolam kat atas permukaan dia tu tak tengok lagi dalam kuih macamana.Cuma kuih apam ja dia jadik elok skit tu pun sebab dia jenis merekah kat atas....hehehe.Tapi kali ni memang seri muka tu bagi 'muka' kat leia,buka ja tudung tengok lawa ja permukaan dia(cuma ada kolam kecik skit kat sana sinun tu tapi still ok :P)Resepi asal dari Chef Asma dan ambik dari Kak Yatie.Memang betoi kata kak yatie memang seri muka ni paling sedap.Opss yang ni bekfes sabtu aritu.

SERI MUKA
Original resepi:Chef Asma
Sumber : Kak Yatie

Bahan-bahan Lapisan Bawah:
500g Beras Pulut
300ml Santan Pekat
300ml Air
2 tsp Garam Halus

Cara-caranya:
  1. Rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam.
  2. Basuh bersih & toskan.Masukkan pulut bersama santan,air & sedikit garam ke dalam loyang yang beralas plastik.Sebelum masukkan pulut,pastikan disapu sedikit minyak keliling loyang.
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak,gaul hingga sebati.Tekan-tekankan dalam loyang 10x10x2".

Bahan-bahan Untuk Lapisan Atas:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
1 sudu besar Tepung Beras
1 sudu besar Tepung Kastad
250gm Gula Pasir
2 biji Telur
250ml Santan Pekat
500ml Air
1 sudu kecil Pewarna Hijau
2 sudu kecil Pandan Paste(nak lagi sedap guna 5 helai daun pandan & kisar bersama air diatas,tapiskan dulu)

Cara-caranya:
  1. Bancuh semua bahan-bahan diatas,tapiskan ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga naik wap & sentiasalah dikacau guna whisk.Tuang keatas lapisan bawah.
  3. Kukus selama 30 minit.(Lap penutup kukus 5 minit sekali,kalau gunaa steamer TRIO,tak perlu lap....biarkan masak sampai 30 minit)
  4. Angkat kuih & biarkan betul-betul sejuk barulah potong kuih guna pisau plastik.







Sunday 19 October 2014

Dendeng Daging




Assalammualaikum...
Yang ni bukan hidangan tengahari td.....hehehe tp yg ni N3 lemparkebelakang(throwback la .....:P).Bz sangat la sampai tak dan nak update konon.Dah blog baru lagi haishh,ni pun sebenarnya  dok tgh mengagau lg pasal blog ni.Kata kak Linapg kayuh pelan - pelan.Sebenarnya ni pestaim leia buat dendeng ni,sebelum ni duk dgr pasai dendeng tp buat tak tau ja tah macamana tertengok gambar dendeng ni punya la lawa terus rasa  nak buat.Simple ja resepi dan yg pasti memang sedap.

DENDENG DAGING
Resepi dari : FB Tahrunnisah Jali

Bahan A:
1 Kilo Daging lembu dipotong sederhana besar

Bahan B:
4 bj Bawang Besar
7 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Sedikit Kulit Kayu Manis
3 bj Bunga Lawang

Bahan C:
3/4 cawan Kicap Lemak Manis
Gula, garam
7 helai Daun Limau Purut - diramas2
3 batang Serai - dititik 
2 sudu Cili Kisar - bergantung kepedasan yang anda suka....tp dendeng ni tak pedas sgt.
1/2 sudu kecik Pes Asam Jawa

Bahan D:
Air rebusan daging

CARA-CARANYA:
Bahan B di mayang halus kecuali kulit kayu manis dan bunga lawang.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga keemasan angkat dan toskan minyak...bwg goreng ni lagi banyak lg sedap.
Bahan A direbus sehingga daging lembut, tp jgn empuk sangat nanti masa nak tumbuk daging tu relai/hancur pulak.
* air rebusan jangan dibuang.
* daging yg direbus tadi dipotong nipis dan tumbuk guna lesung batu buat sampai habis.
* goreng daging yang telah ditumbuk ni seketika jangan lama sangat sekejap je guna minyak goreng bawang td angkat dan toskan.

Sekarang guna kuali yg sama cuma letakkan dlm 3 sudu besar minyak masak tumis cili merah kisar, daun limau purut,serai,kayu manis dan bunga lawang.Tumis hingga pecah minyak...tambah sedikit garam dan gula,garam ni agak-agak la ye jgn banyak sangat nanti masin plak bila sejuk.
Kemudian taruk kicap manis td dan pes asam jawa dan taruk bahan D dalam 5 senduk.
Taruk bhn A iaitu daging goreng td.....kacau dan tutup dgn penutup biar air tersebut agak-agak kering.
Kemudian taruk bahan B pula...kacau lg...kalau nampak kering sangat tambah air rebusan daging sikit...rasa kalau tawar tambah garam...siap.
SELAMAT MENCUBA



Wednesday 15 October 2014

SOTO AYAM



Assalammualaikum...
Sebaik-baik perancangan,hanyalah DIA.Dalam bersemangat nak menghupdate blog tiba -tiba datang satu ujian kecik dan hampir nak down jugaklah.Jadi critanya tertangguh la.Tapi dalam ujian tu dia banyak mengajar diri kita yang sentiasa lalai ini supaya berhati-hati dalam apa jua perkara akan kita lakukan.Yang terbaik hanyalah dari DIA pastinya bersebab dan seharusnya kita bersyukur masih ada kesempatan untuk meneruskan apa yang kita impikan @ idamkan dan lagi yang paling penting masih dapat bernafas untuk meneruskan kehidupan kita bersama keluarga yang tersayang dan memperbaiki hubungan kita denganNYA.
Panjang la plak cerita ya(panjang ka?)...apa-apa pun soto dari Kak Yatie ni memang best.

SOTO AYAM
Resepi dari : Kak Yatie

Nasi Impit secukupnya
1 ekor ayam - dipotong 4 -3 keping digoreng & 1 keping di cincang kecil- kecil
3 sudu besar rempah sup/rempah soto
1 ketul sup bunjut adabi
1 sudu besar lada sulah - ditumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cawan air @ secukupnya

Bahan Tumis
Rempah tumis - 1 kayu manis, 1 bunga lawang, 2 buah pelaga & 2 biji cengkih
2 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2 batang serai - dititik
2cm lengkuas - dititik

Bahan Kisar
1 biji bawang besar *
5 ulas bawan merah *
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *

Bahan untuk tabur & di makan bersam nasi impit
1 mangkuk kecil tauge
1/2 cawan kacang tanah - digoreng
1 paket kecil su'un - digoreng
Sambal kicap secukupnya
2 tangkai daun sup & daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng

Cara-caranya:
  1. Kisar halus bahan yg bertanda *.
  2. Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam & serbuk kunyit hingga sedikit garing.Angkat & ketepikan dahulu.
  3. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk, tumiskan rempah tumis,bwg merah & bwg pth yg   dihiris, serai & lengkuas yg telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bhn kisar, kacau hingga garing.
  4. Masukkan rempah sup & serbuk lada sulah, kacau sebati & masukkan kiub ayam td masukkan air & ayam yang dicincang td...gaul rata.
  5. Masukkan sup bunjut adabi & gaul sebati.
  6. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam & sedikit gula, kacau rata & perasakan.
  7. Sekiranya rasa dah ok, matikan api & bolehlah di hidangkan bersama nasi impit.
  8. Sementara itu siat-siatkan isi ayam hingga habis.


Cara Penyediaan:
  1. Masukkan nasi impit yg telah dipotong kecil ke dalam mangkuk hidangan, kemudian     letakkan sedikit tauge, ayam yg telah disiat-siat td, kacang tanah,su'un goreng &         tuangkan kuahnya taburkan daun sup,daun bwg & bwg goreng.Letakkan sedikit sambal kicap.
  2. Setelah siap bolehlah dimakan. SELAMAT MENCUBA.


Sambal Kicap
10 tangkai cili padi merah
15 tangakai cili padi hijau
3 ulas bwg putih - dibakar sebentar
1/2 cawan kicap manis jalen @ secukupnya
2 sudu besar gula
1 sudu kecil minyak masak - supaya biji cili hancur
2 biji limau kasturi - ambil jusnya.

Caranya:
  1. Kisar cili padi merah & hijau, minyak,bwg putih bersama kicap jalen td.
  2. Tuangkan dlm mangkuk & campurkan jus limau kasturi td.Gaul sebati.
  3. Boleh di makan bersam soto td.Sedap juga dimakan bersama bergedil ayam (yg ni leia tak buat).


Monday 6 October 2014

PUDING TAUHU





Assalammualaikum...Yang ni entry fresh,crita iftar sabtu aritu,puding ni tak manis sesuai je dengan tekak leia n family.Bukan 1st buat dah banyak kali dah.

Ori resepi ni dari Kak Nor

Bahan-bahan:
 Untuk Puding1 paket agar-agar serbuk @ 10 gm sepeket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawwan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

Untuk Kuah:
1 Tin laici
1 Tin air (guna tin laici sbg penyukat)
3-4 sudu besar gula

Cara-cara: Untuk buat puding
Masak air bersama serbuk agar-agar & gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan,susu pekat,susu cair & garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yang banyak).
Dan padamkan api.
Biarkan hingga suam,tapiskan kedalam sebuah bekas lain & bolehlah dituangkan ke dalam acuan yang disukai.
Biarkan sejukk& masukkan ke dalam peti ais sehingga hendak dihidangkan.

Untuk Kuah:
Asingkan laici ke dalam bekas berasingan & siat-siatkan sedikit.
Masak air laici bersama 1 tin air & gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk.
Masukkan ke dalam peti ais & biarkan betul-betul sejuk sebelum menghidang.

Cara Menghidang:
Letak puding ke dalam sebuah mangkuk & letakkan juga laici yang disiat tadi.
Tuangkan kuah & puding sedia untuk dimakan.

Note dr kak Nor:
Puding ni boleh juga kalau nak dimakan dengan fruit cocktail,cuma gantikan laici tu dgn fruit cocktail.Bahan-bahan untuk kuah tu yang lain-lainnya boleh sukat sama cam dalam resepi.


Thursday 2 October 2014

MILO OREO JELLY MOONCAKES




Yang ni pun N3 dari pesbuk,pestaim buat kiranya try n error la critanya hasil nengok blog ancoo journal.Ancoo buat tau huay jelly mooncakes,leia tukar jadi MILO OREO JELLY MOONCAKES.Alhamdulillah menjadi.akan dibaik pulih dimasa akan datang.....InsyaAllah....nantikan.


MILO OREO JELLY MOONCAKES
Bhn2 utk filling:
250ml Susu cair
3 1/2 tbsp gula
1 Tsp serbuk agar2
100ml Air
Oreo 6 pcs

Bhn2 utk kulit:
500ml Fresh Milk
140ml Air
45g gula
2 Tsp serbuk agar2
1 cwn Milo

Cara2nya:
1.Utk Filling leia guna bekas plastik kecik yg lebih kecik dr acuan mooncake, letak half dr bekas.
2.Didihkan susu cair,air,gula & serbuk agar2 di periuk sehingga gula larut.
3.Selalu di kacau adunan dgn senduk kayu sehingga mendidih & padamkan api.
4.Tuangkan adunan ke dlm bekas plastik & letakkan oreo & biarkan keras.
5.Utk kulitnya pula,satukan kesemua bhn kecuali milo,apabila gula cair baru masukkan milo & kacau menggunakan senduk kayu sehingga didih.Hendaklah dikacau tanpa henti.
6.Masukkan milo ke dlm acuan,lebih kurang 1/3 sj,biarkan keras pastu cakarkan bhgian atas letak filling td & cakarkan lg skit ja atas filling td pastu tuang selebihnya adunan milo td.
7.Biarkan membeku jelly td & hidangkan.
8.SELAMAT MENCUBA


BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE




N3 ni dah lama,ditransfer dari pesbuk ke blog sebagai pembuka bicara.Cuma perasaan sebab gambaq macam cantik ja....^_^
Resepi dari Evelyn Gemima yang memang best...ENJOY

BUTTER CHEDDAR CHEESECAKE
Ori Resepi dari:Evelyn Gemima

Bhn2nya:A
250g butter
220g gula kaster

Bhn B:
4 bj telor gred A

Bhn C:
80g cheddar cheese, potong dadu
20g chocolate rice

Bhn D:
100ml susu segar

Bhn E:
280g tpg gandum/superfine
1sk baking powder

Bhn F (utk d tabur):
Parutan cheddar cheese, secukupnya
Almond flakes, secukupnya
Chocolate rice, secukupnya

Cara2 membuatnya:
1 . Panaskan oven pd suhu 180c.Sediakan loyang segiempat bersaiz 9 inci.Gris & alaskan dasarnya dhn kertas minyak.Ketepikan.
2.Pukul bhn A hingga kembang &gebu.
3.Masukkan bhn B satu persatu.Pukul sebati.
4.Masukkan pula bhn C, gaul sebati.
5.Kemudian, masukkan D & E berselang seli.Gaul sebati.
6.Tuangkan adunan ke dlm loyang yg d sediakan.Taburkan bhn F atasnya.Bakar selama 45 minit @ hingga kek masak. Sejukkan baru d potong.


Salam Perkenalan

Assalammualaikum
Bismillahirrahmanirrahim

Berdebar-debar......tak tau nak kata apa,setelah sekian lama menjelajah dapur alam maya,barulah saat ini berkeyakinan untuk memulakan perjalanan leia sebagai blogger.Tak pandai bab-bab penulisan ni tp dengan wujudnya blog ni dapatlah memperbaiki apa-apa yang kurang.

Salam Perkenalan untuk semua  ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...