Saturday 28 February 2015

KUIH CARA MANIS

ASSALAMUALAIKUM

Arini bekfes kuih cara manis. Sedap kuih ni seyesssss :P. Setiap orang ada cara memasing, tapi kalau tengok resepi semuanya hampir sama jew... Kuih cara manis ni resepi mak leia kalau nak try boleh jew....sila-silalah mencuba, sekian terima kasih :).




KUIH CARA MANIS
Resepi : Puan Rodzimah Binti Hussein

Bahan-bahannya :

4 cawan tepung gandum*
6 cawan air + santan* (leia guna  2 kotak santan selebihnya air, kalau rasa pekat boleh tambah air skit )
2 biji telur* - dipukul skit dengan garfu
1 tbsp pandan emulco*
1 tsp pandan esen*
Garam*
Gula secukupnya
Minyak untuk mengoles pada acuan cara

Cara-cara membuatnya :


Satukan kesemua bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk, kacau hingga sebati dengan whisk pastu tapis atau pun blender utuk mendapatkan adunan yang lebih halus. Panaskan acuan cara yang dioleskan dengan minyak. Pastu masukkan adunan kuih cara tadi dan isikan dengan gula. Tutup acuan dengan penutup, guna api yang sederhana saja. Agak-agak dalam 15 minit  atau nampak dah masak bolehlah dikeluarkan dari acuan. Pastu bolehlah dihidangkan. SELAMAT MENCUBA.


NOTA: kalau nak guna daun pandan lagi best , dalam 15 helai daun pandan yang diblender dengan air dan santan pastu tapis.


Saturday 21 February 2015

MASALA VADEI

ASSALAMUALAIKUM,

HAPPY CHINESE NEW YEAR kepada semua Malaysian chinese. Semoga the year of Goat memberikan kehidupan yang terbaik buat anda semua :). Ni kesah sarap pagi ni...lama sangat tak makan vadei ni. Nak membuat dia senang ja antara nak dengan tak mau ja. So arini leia pun bangun awaiiiiiii sangat-sangat nak merendam kacang dhal(sebenaqnya leia terjaga dalam pukul 3.00 pagi pastu tetiba je teringat kat vadei ni, terus rendam kacang dhal.....). Elok-elok lepas sembahyang subuh kita mulakan operasi membolat-bolatkan vadei. Ghajin sungguh leia arini ,anak sapa ntah :P. Resepi ni leia ambik kat ghumah  Kak Rose yang asalnya dari Rinchan. Masa nak ambik gambar mood dah kelaut skit sebab ngantuk laaaa....so ambik cam-cam tu je la ya....bangun awai punya pasal.....Jom check resepi yang best ni.



MASALA VADEI
Sumber 1 : Rinchan
Sumber 2 : Kak Rose

Bahan-bahan:
250g kacang dhal
2 tangkai cili kering, digunting halus
1 tangkai daun kari, diracik halus
1/2 labu bawang besar, diracik (kak rose letak sebiji,leia pun sama juga)
1 camca teh jintan manis biji
1/2 camca teh garam/ secukup rasa 
Minyak untuk mengoreng

Cara:
Rendam kacang dhal selama lebih kurang 4 jam.
Toskan hingga kering.
Kisar kacang dhal hingga halus, tidak mengapa jika masih ada sedikit kacang yang tak hancur (kak rose guna blend yang kering).
Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata.
Leperkan atas tapak tangan yang dialas dengan plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak untuk mengelakkan dari melekat.
Susun atas dulang yang disapu sedikit minyak.
Goreng atas api yang sederhana besar hingga kekuningan dan garing.

Monday 16 February 2015

Kerepek Nga Ku

ASSALAMUALAIKUM,

Hari ke 16 bulan Februari baru dapat berpoya -poya dekat sini(ececehh macam best ja bunyi dia :P). Ni  nak crita skit pasal kerepek setahun sekali yang akan jadi macam viral juga la bila sana sini sinun suma duk post pasal kerepek ni. Sedap pun sedap juga cuma masa nak buat dia agak leceh skit ja kalau dah dasar penyegan (mmmm... macam leia). Tu pun leia buat juga 2 round tau ;). Sedap je duk krup krap krup krap sedaq - sedaq dah abis separuh balang. Kesedapannya yang mengalah Mister Potato. Pringles, Perfecto ataupun yang sewaktu dengannya. Sambil duk mengunyah siap kata bye bye lagi dekat mister potato tu dan yang sewaktu dengannya. Tetiba tersedaq lepas ni nak kena reconcile (ayat tu ko) balik dengan mister potato ni :P. Ok lah nanti kita minta maap balik dekat mister potato tu cakap dekat dia kita ambik leave masa raya cina je, lepas ni kita dating balik dengan dia....muahahahahaha (merapu  apa la ko ni leia). Ok lah tak yah duk merapu banyak sangat,fening sangat la leia ni sebab baru dapat masuk blog muahahahaha....jom check resepinya....Leia guna resepi dari Hana Dan Amy Beh....HAPPY TRYING suma :)





KEREPEK NGA KU/ARROWHEAD
Recipe by Hana

Bahan bahan :
Nga Ku @ arrowhead secukupnya
Garam + air = air garam (leia tak taruk air garam just guna flavour pepper )
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara cara:
Kupas kulit ngaku. Basuh dan bersihkan kemudian keringkan.
Panaskan minyak. Sagat ngaku dan goreng hingga keperangan.
Sebelum angkat, renjiskan air garam ke dalam kuali dan kacau seminit kemudian angkat dan toskan.
Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.


ARROWROOT CHIPS
Recipe by Amy Beh

500g arrowroot bulbs (nga ku)
Salt to taste
Oil for deep frying

Wash and peel arrowroot.
Slice the arrowroot thinly using a mandolin. 
Lightly sprinkle some salt over the arrowroot slices.
Arrange the slices on atray and dry well by patting with paper towels.
Heat the oil in a wok and deep fry the slices of arrowroot to a light, golden brown colour. Do not overcrowd the wok when frying. Dish out and drain on paper towels.
Allow to cool completely before storing in an airtight container.

Kalau nak tau banyak lagi pasai kerepek ni bolehlah check dekat Wendy




Ni rupa Nga ku yang dah separa lebam sebab kena peram dengan leia bila angin 'M' tu dah sampai....hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...