Saturday 31 January 2015

Oreo Cream Cheese Bread Pudding


ASSALAMUALAIKUM,

Arini kita pecah rekod hupdate bertingket-tingket :P, rasa macam best jew.(syok sendiri). Oreo Cream Cheese Bread Pudding nama je dah best cer buat nengok lagi best asyikkkkk (bunyi yang macam susanti upin ipin ^_^). Ni bekfes pagi td, tak sempat nak ambik gambar berbagai nak cepat sebab ada urusan...tapi serius nyesal kalau tak buat, len kali kalau buat lagi leia nak letak celah - celah roti tu oreo pulak. Leia guna Oreo blueberry tak letak buah - buah kering pun dah sedap....leia buat 2 adunan guna baking dish nak cepat punya pasal. Jom semak resepi.




OREO CREAM CHEESE BREAD PUDDING
Recipe by Kak Ida Osman FB

Bahan - bahan :

3 keping roti (dadu kecil)
40 gm cream cheese (leia buat 2 adunan guna 100gm)
1 keping cheese slice
155 ml susu segar
2 sb gula caster
1 biji telur dikocok rata
20 gm butter tawar
3 keping oreo, buang krim dan patah-patahkan(leia gunakan dengan krim -krim skali sedap)
5 gm cranberries kering (tak letak sbb takdak stok)
Gula aising untuk taburan

Cara membuatnya:
Letak roti dadu ke dalam 5 biji ramekin.
Dengan api perlahan, panaskan cream cheese, cheese slice, gula dan susu hingga kesemua bahan larut. Jangan hingga mendidih, angkat dari api, masukkan butter, kemudian masukkan telur perlahan sambil terus dikacau bagi mengelakkan telur berketul.
Tuang ke dalam ramekin-ramekin tadi sama rata. Biar susu menyerap kira - kira 20 - 30 minit.
Tabur cranberries dan oreo tadi. Bakar suhu 170 C 25-30 minit.
Tabur dengan gula aising bila nak makan....

Nota Dari Kak Ida:
**Boleh tambah lagi Oreo dan cheese jika suka.
**Boleh tukarkan buahan kering yang lain jika takde cranberries, seperti aprikot atau kurma dan lain-lain.


Spiral Curry Puff Yang Best Sangat





ASSALAMUALAIKUM,

Ape kabor suma :).....sihat -sihatlah hendaknya la ya....Yang  ni cite bekfes kemarin,sangat sedap dan ranggup juga walaupun dah sejuk. Selalunya karipap pusing a.k.a. spiral curry puff cakap omputihnya kalau dah sejuk dia punya pastri tu memang tak best, dalam erti kata lain kureng ranggup, tapi yang ni memang puas ati kejadiannya. Antara yang terbaik dalam koleksi leia. Leia sebenarnya tak berapa menggemari sangat karipap pusing dan lebih kepada karipap biasa, yang biasa tu kesedapan dan kerangupan lebih best bagi leia la. Leia kalau nak membuat yang pusing ni pun sebab suka nak tengok macamana kejadian lapisan saja dan kalau ada kesabaran lebih lah sebab ada step by step dia yang agak mungkin rumit skit la tu pun ikut resepi. Dan satu lagi leia suka nak cuba resepi yang pelbagai - bagai untuk tengok kejadiannya. Oleh kerana masa leia buat karipap ni nak cepat, buat pun malam jadi hangan -hangan nak ambik gambar step by step pun tak kesampaianlah, jadinye kalau nak tengok step by step macamana leia boleh tengok kat DISINI . Jom semak resepi and happy trying semuanya :)

SPIRAL CURRY PUFF
Recipe by Amy Beh

For Water Dough
400g Plain Flour
225ml Water mix with 1/4 tsp salt
2 Tbsp shortening or margerine

For Oil Dough
200g Plain Flour
150g Margerine or shortening (leia guna 135g saja half margerine dan half shortening)

For Filling
400g potatoes, cubed and cooked till soft
200g big onions, cubed
3 tbsp curry powder
1 tbsp chilli boh
2 sprigs curry leaves
1 tbsp vegetarian oyster sauce
Salt and sugar to taste
A dash of pepper

Filling Cara Leia
3 biji keledek sederhana besar
1 biji bawang Holland 
2 ulas bawang putih
2 tbsp cili kisar
1 1/2 tbsp oyster ssauce
4 tbsp serbuk kari daging
2 keping dada ayam dicincang
2 tangakai daun kari @ daun bay
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
1 cengkih
2 pelaga
garam dan gula 
Serbuk lada hitam (opt)
Air secukupnya
Hirisan daun sup secukupnya

Cara - cara membuat inti keledek :
Panaskan minyak, tumiskan bawang holand, bawang putih, kulit kayu manis,bunga lawang, cengkih dan pelaga sampai naik bau. Pastu masukkan serbuk kari dan cili kisar masak lagi sampai garing bukan hangit tau. Pastu masukkan oyster sauce daun kari @ daun bay dan masukkan isi ayam dan keledek, gula dan garam dan air secukupnya.Masaklah sampai inti kering pastu taburkan hirisan daun sup, kacau sebati dan sejukkan.

To make water dough: Place flour in a mixing bowl. Rub in shortening/margerine and add in the water. Knead into a smooth dough. Leave aside to rest for minutes. Divide into 24 equal portions( yang ni leia bulat- bulatkan dapat 9 saja)

To make oil dough: Rub shortening or margerine into the flour to form an oily dough. Divide into 24 equal portions. (Leia Dapat 9 saja)

To combine into pastry: Wrap oil dough insidde water dough. Flatten the dough and roll up. repeat the process. Cut the rolled up dough into 2. Use a rolling pin to press it flat. Shape into a circle. add filling and seal the sides. Pinch the edges to form a scallop design. Deep fry puffs in medium hot oil.

To make filling: Heat pan eith 2 tbsp oil. Fry all the ingredients till fragrant. Add 1/2 tbsp water and fry till dry. Leave to cool.





Friday 23 January 2015

BLUEBERRY OREO CHIFFON CAKE

ASSALAMUALAIKUM


Lama sangat leia tak buat kek chiffon ni, sampai cari acuan tak jumpa. Tu nampak macam terlampau semak sangat kat muzium leia :P sampai cari barang pun tak jumpa. Ni semangat nak buat kek chiffon tercetus(ayat tu main ko :P) masa jalan-jalan kat dapur kak Nor terjumpa kek ni macam best ja (memang best pun) so dengan bersemangatnya leia pun terus mulakan langkah ke dapur. Cuma dipenghujung pembakaran kek ni macam dia turun skit kat tengah tengah dia. Masa tengah bako tu eksen kemain naik dia, punya la seronok leia masa tu kek menjadi juga lepas lama tak menyifon.....last last ujung ujung dia turun skit, tapi apa - apa pun masa tunggangkan kek tu dia tak jatuh maknanya still jadila ^_^. The moral of the story lepas ni kena ghajin menyifon :). Ok jom semak resepi.



BLUEBERRY OREO CHIFFON CAKE
Asal : Rima
Source :Kak Nor

Ingredients:
6 egg yolks
100g blueberry yogurts (kak nor guna plain yogurt)
150g flour (kak nor dan leia guna cake flour)
4g baking powder
100g caster sugar 
3g salt
100g vegetable oil (kak nor dan leia guna canola oil)

6 egg whites
1g cream of tartar ( kak nor gantikan dengan 1 sudu besar jus limau (bleh juga guna lemon -leia guna lemon)
100g caster sugar
50g of bluberry oreo - cut into tiny bits - kak nor guna 7 keping (1 keping - 10g)
enough blueberry paste or purple colour - kak nor letak 1/2 sk blueberry paste  dan skip pewarna purple (leia tak letak pun sebab takde stok)


Method:
  • Preheat oven 150C
  • Whisk egg yolks with sugar till pale in colour....add in yogurt and also oil....add in ur sifted flour, baking powder and also salt......lastly add in purple colour(rima used wilton gel) - set aside
  • In another bowl.....whisk egg white with cream of tartar till foamy....slowly add in sugar a little at a time and whisk till soft peak.
  • Scoop 1/3 egg white meringue and add to egg yolk mixture....fold in gently. Once combined....pour ur egg yolk mixture into meringue and continue to fold in gently and lightly.....once mixed pour half of ur mixture into 22cm tube pan....sprinkle half of ur oreo blueberry....pour the rest of ur mixture and lastly throw in the rest of ur oreo blueberry.
  • Bake it for 50 mins....once baked...turn ur chiffon pan and once its cool...take it out of ur pan..






PISANG GORENG BERCHEESE





ASSALAMUALAIKUM

Pisang goreng bercheese ni sarap ahad aritu......mmmm macam besa la klau bab nak menhupdate ni memang terhegeh - hegeh. Kalau namanya pisang goreng memanglah makanan peberet rakyat Malaysia, tak kira la pagi ka, tengahari ka atau pun petang sampai la ke malam memang boleh dapat dimana mana saja ada jual dan suma bangsa suka dengan pisang goreng ni. Cuma sejak akhir - akhir ni ada aksesori tambahan untuk pisang goreng ni untuk nak bagi sedapkan lagi dan menyihatkan :P lagi terutamanya untuk pengemar pisang goreng ni. Bagi leia nak layan style yang macam ni boleh tapi leh selalu ya nanti len plak jadinya.....maklumlah aksesori tambahan dia memang agak berat dan sangat sedap klau selalu dijamu dengan style yang macam ni parah la jawabnya :P. Ok lah jom semak resepi tepung goreng pisang cara leia dan boleh digunakan untuk keledek, ubi kayu atau yang seangkatan dengannya.

PISANG GORENG BERCHEESE

Bahan - bahan untuk tepung goreng:

1/2 cawan tepung goreng rangup Adabi(atau apa apa brand pun ok)
7 tbsp tepung beras
2 tbsp tepung jagung
secubit garam
air secukupnya
1 1/2 tbsp bijan (opt)

Bahan sampingan:
Cheddar cheese secukupnya
Susu pekat manis
Gula perang
Serbuk kulit kayu manis
Parutan cooking chocolate
Chocolate rice

Cara membuatnya:
Satukan kesemua bahan bahan tepung didalam mangkuk bancuh adunan tepung agak - agak tak cair dan tak pekat sangat, pastu bolehlah digunakan untuk mengoreng.

Cara Penyediaan:
Letak pisang yang telah digoreng didalam pinggan, tuang susu cair atau gula perang dan taburkan serbuk kulit kayu manis dan parutkan cheese pastu boleh juga parut cooking chococlate atau tabur chocolate rice. Ikut suka mana satu pilihan masing - masing ya. SELAMAT MENCUBA :)



Monday 19 January 2015

APAM BUTTER





ASSALAMUALAIKUM

Apa kabar suma...harap-harap sihat la ya.Lama leia tak bersiaran kat cni,sebabnya....jeng jeng :P .....bila kita nak menghadap jew laptop ni mata pun mula la nak buat hal....ye la kita ni balik keja tunggang langgang pula buat keja kat ghumah pastu mula kureng la plak energy walaupun nak hadap laptop.Nak taip pun dah tak larat dah huruf- huruf tu mula nampak mengembang la triple la punya la banyak .....last - last tutup laptop tidoq abis cite ^_^. Ni sarapan minggu lepas kalau tak silap ari isnin aritu...layan jew la...:) Apam ni kalau seingat leia la agak fofular juga waktu tu..... dan yang semestinya sangat sedap. Jom semak resepi ni.

APAM BUTTER
Resepi : Kak Fiza Myresepi

(A) Bahan bahan untuk gula hangus:
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gram butter

(B) Bahan - bahan:
1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak bersama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila


  1. Cara buat gula hangus : Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama setengah jam.
  6. Panaskan pengkukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Adunan ni jika dituang penuh ke dalam acuan pun tak mengapa sebab semasa masak dia tak akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 minit - 2- minit. Tutup pengkukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. SELAMAT MENCUBA.





Tuesday 6 January 2015

KEK COKLAT KUKUS MUNIRA

ASSALAMUALAIKUM

SALAM MAULIDUR RASUL untuk semua umat Islam .......Apa kabaq semua? Harap -harap sihat la no.Bagi yang tak terjejas dengan banjir mestilah berada dalam keadaan yang sangat - sangat baik  dan selesa rasanya. Kalau ada pun sedikit kesukaran anggaplah ianya kasih sayang daripadaNYA. Bagi yang terlibat dalam banjir semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh NYA. Hanya doa yang mampu kita berikan kepada mereka. Berat mata memandang berat lagilah bahu yang memikul. 
Okaylah....bagi pengemar kek coklat resepi ni adalah yang terbaik dalam koleksi leia.Asal resepi dari kak Munira Baharum KR yang femes dengan kek karamelnya tapi leia ambik kat blog Hana , hana pulak ambik kak kak Noor Masri. Kek coklat ni sebenarnya memang pernah menjadi kegemaran leia dan penah suatu masa dahulu (cam lama ja bunyi dia :P) hampir setiap minggu asyik membaking kek coklat jew , mak lagilah memang tak layan, adik pun kurang juga, leia ja asyik duk melantak sorang - sorang sampai jarum timbang tu rosak(paham paham ja la.....heheheh). Waktu tu mulalah panic dan sebenaqnya dah sampai tahap 'keminatan' kat kek coklat ni berkurangan. Sampai satu masa rasa - rasanya dah boleh kira setahun berapa kali  jew buat kek coklat ni, tu pun masa raya sebab senang jew kek ni,sekali harung jew bahan - bahan dia untuk kita yang kesuntukan masa. Kek memang sedap , Hana dan kak Noor Masri pun kata sedap....serius rugi kalau tak cuba. Dan satu lagi penggunaan bahan berkualiti seperti serbuk koko dan minyak juga memain peranan untuk mendapatkan hasil yang lagi baik Okaylah jom semak resepi kek yang sangat sangat best ni.





KEK COKLAT KUKUS MUNIRA
Asal :  Muniara Baharum FB Kongsi Resepi
Ambik : Kak NoorMasriHana

Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko (leia guna van houten)
1 cawan susu cair (hana guna guna fresh milk)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak ( leia guna sunflower oil)
1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tak  de

Semua bahan diatas gaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkaan sekejao bila dah sebati.

Bahan B - diayak
3/4 cawan tepung gandumm
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C
4 biji telur - diblender (tp Kak Noor & hana pukul hingga kembang, leia pon sama)

  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk je.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang di gris dan dilapik kertas minyak.
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yang pertama takut ke jadi mendap.
COKLAT GANACHE
Resepi : Munira Baharum FB

100gram serbuk koko 
1/2 - 3/4 tin susu pekat @ agak - agak manis yang sesuai
25gram butter
5 sudu makan @ 30ml susu cair @ full milk (leia tambah lg 7 sdm sebab nak ganache ni cair skit)

Gaul semua sampai sekata dan licin kemudian masak atas api perlahan sampai campuran tu nampak berkilat....pastu sejuk kejap baru tuang atas kek.





Thursday 1 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT TAHUN BARU 2015 semoga kita dikurniakan oleh ALLAH keberkatan dan mendapat rahmat dariNYA.
Arini buat sup ayam versi tumis,masak pun dah lewat sebab leia ada urusan di luar , dalam duk cari- cari nak makan kat mana last last balik ke rumah juga la masak. Sup ni setiap orang ada versi mereka  yang tersendiri, campak-campak ja pun dah boleh jadi sup.Sup ni Leia buat pun 1/2 ja saja ayam tu sebab kuantiti dalam rumah pun tak berapa banyak. Ok jom semak resepi ya....:)



SUP AYAM

Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam potong  ikut suka memasing
4 ulas bawang merah @ kecik (2 ulas bawang besar)*
3 ulas bawang putih*
0.5 cm halia (yg ni agak-agak ja kalau tumbuk halus jd 1 tsp sj)*
Bahan bertanda * ditumbuk halus ya
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 cengkih
2 pelaga
1 batang carrot dipotong memanjang @ bulat-bulat
1/2 kubis bunga sederhana ja - potong ikut suka
2 biji ubi kentang dipotong 4 setiap biji
1 tiub egg tofu( tak letak pun tak pa)
1 paket putik jagung (ada 7 batang) - potong ikut suka
2 kiub ayam
1 daun bay
1 tbsp lada hitam kalau yang tumbuk sendiri lg best
1 1/2 tsp minyak bijan
9 cup air @ ikut kehendak memasing
4 sudu makan  sunflower oil untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup secukupnya dihiris halus

Cara membuatnya:
Panaskan minyak pastu tumis bawang merah,bawang putih dan halia sampai naik bau. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang , cengkih dan pelaga. Kacau lagi sampai naik bau pastu masukkan carrot, kubis bunga, ubi kentang, ayam dan air.Kacau-kacau pastu masukkan minyak bijan, lada hitam, daun bay, kiub ayam dan garam.Didihkan sampai ayam agak-agak separuh 3/4 empuk, carrot dan ubi kentang juga pastu masukkan egg tofu dan didihkan lagi dan rasakan kalau-kalau perlu di tambah garam dan tambahlah ikut kesesuaian memasing dan masukkan daun sup, padamkan api.Sedia dihidangkan dengan nasi atau mee atau keow teow ditambah lagi dengan cili padi kicap.Walla!!! Syok wooo!!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...