Friday 22 April 2016

KEK KASTAD PANDAN


ASSALAMUALAIKUM,

Tetiba jew bila tekak rasa nak makan kek ni terus leia buat tu pun seb baek ada bahan bahan dia kat umah......kalau tidak postpone lagi nampaknya ^_^. Kek ni sedap...lelagi kalu makan masa sejuk laju jew masuk tekak almaklumlah waktu pepanas cenggini...asyik nak carik benda nak makan jew (klau panas memang kena makan kot tapi kita tak la ghajin sesangat....malaih memanjang ^_^) Resepi dari Nadz Nazharzan dan wana kek kastad yang Naz buat sesangat cantik....tapi disebabkan leia tak berapa nak berani nak letak pewana banyak sesangat jadi la dengan keadaan kaler ijau dia cenggini. Klau nak tengok versi yang lagi cantik bolehlah ke blog Naz ya...ada juga versi kastad perisa keladi dan jagung...yang ni nenanti leia cuba ^_^. Ok jom semak resepinya....HAPPY TRYING !!!



KEK KASTAD PANDAN

Resepi Dari : FB Jom Masak
Sumber Resepi Nadz Nazharzan

KEK SPAN PANDAN
Bahan-bahan:
  • 150 gm tepung gandum- ayak
  • 1 tsp baking powder- ayak
  • 5 biji telur gred B
  • 100 gm gula kastor
  • 1 tsp ovallete
  • 50 ml susu segar/ susu cair
  • 1 tsp esen vanilla
  • Perisa pandan dan pewarna hijau
  • 50 ml minyak masak
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
  2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
  3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
  6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.
KASTAD PANDAN
Bahan-bahan:
  • 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
  • 1 cawan gula kastor
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau (leia guna tpg hoen kwe wana hijau tu sebab kaler jadi macam kejadian kat atas tu)
  • Secubit garam
  • Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.

CARA MELAPIS KEK KASTAD
  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk. SELAMAT MENCUBA! 
NOTA & TIPS NAZ:
  • Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek. 
  • Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.


SERI MUKA GULA MELAKA


ASSALAMUALAIKUM,

Hi!Selamat pagi ^_^.....bersiaran lagi arini kita yer :).Tapi yang ni bukan crita baru dan ekceli dibuat atas permintaan mak leia....Bagi leia lebih sukakan yang Serimuka pandan berbanding gula melaka ni....lain tekak lain pula la citarasanya anak tekaknya yer...OK la jom layan resepi yang best dari Nadz Nazharzan ...apa apa pun mak ai suka sesangat serimuka ni ai lagi lagi la suka itu yang penting....Thank You Nadz untuk resepi yang dah jadi peberet mak leia ni,leia share kat sini pulak ye.....SELAMAT MENCUBA !!!




SERI MUKA GULA MELAKA
Resepi Oleh :Nadz Nazharzan

Bahan-bahan Lapisan Bawah :
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 1/4 cawan santan cair
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Basuh beras pulut dan toskan.
  2. Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam.
  3. Kukus sehingga masak.
  4. Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 X 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastik.
  5. Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan-tekan biar padat dan rata.
Bahan-bahan Lapisan Atas :
  • 200 gm gula Melaka (putong kecil-kecil)
  • 1/2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 biji telur
  • 1 Tbsp tepung jagung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
Cara-cara :
  1. Masak gula Melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.
  2. Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula Melaka tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan. (kalau ada ketulan, boleh ditapis).
  3. Masakkan adunan di atas api hingga naik wap.
  4. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam loyang tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak.
  5. Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan. SELAMAT MENCUBA!



Thursday 21 April 2016

MEE KUAH YANG SEDAP



ASSALAMUALAIKUM,

Hokey arini leia nak hupdate mee kuah yang sedap ni yang dah lama tertungak berzaman lamanya ^_^....Lemau sungguh la nak hadap lappy ni tak tau pasai apa!!! Makin menjadi jadi plak kemalasan ni....tebai macam tembok besar cina tu ^_^.oklah jom semak resepinya. SELAMAT MENCUBA LOVELIES !!!


Ekceli waktu direquestkan untuk buat mee ni umah leia tak ada banyak bahan sangat la....just guna apa yang hado kat umah tu dan leia tak pecahkan telo dalam kuahnya tapi taruk telo rebuih....apa apa pun mee ni memang sedap.....seyes....Try buat tau ^_^


MEE KUAH 

Sumber Kak AzlitaMasammanis 
Asal Resepi : Dapur Kak Yah

Terima Kasih Kak Ita  kerana memanjangkan resepinya dan juga pemilik resepi Kak Yah untuk resepi yang senang dan sedap ni.....izin leia share disini pulak ya ^_^.

Sebungkus mee kuning
Beberapa ekor udang sederhana besar
2 biji telur
2 pokok sawi ~ potong asingkan daun dan batang
300 gm daging ~ rebus ambil airnya sekali ( boleh gantikan ayam)-yang ni leia guna ayam
2 biji tomato ~ belah 4 
1 biji lada merah ~ hiris bulat
garam dan gula secukup rasa
Limau nipis
Minyak untuk menumis
Tauhu -yang ni leia tambah








Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling ~ lada kering potong kecil, rendam lembut dan kisar
2 sudu besar udang kering

Bahan Sos 
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis



Mula-mula kita panaskan minyak 
Kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum
Masukkan lada kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
Kemudian masukkan sos satu persatu
Masukkan sos tiram
Masukkan cili sos
Masukkan sos tomato
Masukkan kicap
Renihkan hingga kuahnya pekat
Bila kuah dah pekat masukkan daging yang telah di rebus terlebih dahulu. Sekiranya menggunakan daging batang pinang tak payah rebus, masuk aje terus.
Masukkan juga air rebusan daging secukupnya. Kalau tiada air rebusan daging guna air biasa.
Biarkan kuah merenih dan mendidih

Bila dah mendidih, perasakan dengan garam dan gula.
Ita lebih suka menggunakan gula Melaka, kerana kuahnya akan rasa lemak-lemak gula Melaka.
Kemudian masukkan udang
Masukkan juga batang sawi dan tomato yang di belah 4 tadi
Bila kuah dan didih dan udang dah masak, pecahkan telur.
Masa ni leia ada masukkan tauhu tak pecahkan telo.
Ita suka pecahkan dulu telur dalam mangkuk, supaya tak lah termasuk telur yang rosak atau termasuk kulit telur.
Bila masukkan telur jangan kacau ya.. biarkan telur mengeras
Bila telur dan keras baru masukkan sawi
Akhir sekali masukkan mi kuning yang telah di cuci bersih.
Sedia untuk di hidangkan
Taburkan lada hiris dan hirisan limau nipis
Sedap juga di makan bersama cili jeruk.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...