Friday 22 April 2016

KEK KASTAD PANDAN


ASSALAMUALAIKUM,

Tetiba jew bila tekak rasa nak makan kek ni terus leia buat tu pun seb baek ada bahan bahan dia kat umah......kalau tidak postpone lagi nampaknya ^_^. Kek ni sedap...lelagi kalu makan masa sejuk laju jew masuk tekak almaklumlah waktu pepanas cenggini...asyik nak carik benda nak makan jew (klau panas memang kena makan kot tapi kita tak la ghajin sesangat....malaih memanjang ^_^) Resepi dari Nadz Nazharzan dan wana kek kastad yang Naz buat sesangat cantik....tapi disebabkan leia tak berapa nak berani nak letak pewana banyak sesangat jadi la dengan keadaan kaler ijau dia cenggini. Klau nak tengok versi yang lagi cantik bolehlah ke blog Naz ya...ada juga versi kastad perisa keladi dan jagung...yang ni nenanti leia cuba ^_^. Ok jom semak resepinya....HAPPY TRYING !!!



KEK KASTAD PANDAN

Resepi Dari : FB Jom Masak
Sumber Resepi Nadz Nazharzan

KEK SPAN PANDAN
Bahan-bahan:
  • 150 gm tepung gandum- ayak
  • 1 tsp baking powder- ayak
  • 5 biji telur gred B
  • 100 gm gula kastor
  • 1 tsp ovallete
  • 50 ml susu segar/ susu cair
  • 1 tsp esen vanilla
  • Perisa pandan dan pewarna hijau
  • 50 ml minyak masak
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
  2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
  3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
  6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.
KASTAD PANDAN
Bahan-bahan:
  • 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
  • 1 cawan gula kastor
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau (leia guna tpg hoen kwe wana hijau tu sebab kaler jadi macam kejadian kat atas tu)
  • Secubit garam
  • Perisa pandan dan pewarna hijau(kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)
Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.

CARA MELAPIS KEK KASTAD
  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad. 
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk. SELAMAT MENCUBA! 
NOTA & TIPS NAZ:
  • Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek. 
  • Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...