Tuesday 25 August 2015

KEK CHIFFON PANDAN


 


ASSALAMUALAIKUM,

Kek Chiffon Pandan, evergreen tapi sentiasa jadi pilihan walaupun sekarang ni macam-macam pesen chiffon dah kuar. Kek ni leia ambik kat dapur Kak ItaMasammanis dan kak ita pula ambik kat dapur Kak Yatie. Memang lemak, gebus dan harum baunya walaupun leia guna pandan emulco :P. Hasil kek diatas memang tak sempat leia tunjuk hasil selepas potong sebab dah ramai yang menunggu untuk di 'ngap' tak sabor-sabor je depa duk menunggu.......lama sangat katanya. Tak pa len kali kita buat len. Ok kek  cipon ni leia buat 2 minggu yang lepas :P. Tenkiu untuk akk2 manis berdua kak Yatie dan Kak ita untuk resepi yang best ni. Jom semak resepi dan sila-silalah membuatnya. HAPPY BAKING!


KEK CHIFFON PANDAN
Sumber 1 : Kak Yatie
Sumber 2 : Kak ItaMasammanis


Bahan-bahan 
Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (ita guna tpg kek)
* 2 sudu kecil baking powder* diayak (ita letak 1 sudu teh )

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar


Bahan (A): 
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B): 
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
Peringatan dari kak ita : Utk oven ita kek ni guna suhu 165c dan bakar selama 45 minit




Monday 24 August 2015

KENTUCKY BUTTER CAKE



ASSALAMUALAIKUM,

Ok yang ni pun crita 'lempaq kebelakang', buat masa raya aritu. Ketaq pala-pala tau nak siapkan kek ni.....padahal senang je pun, tapi disebabkan kita duk berlumba dengan ayaq dia jadi payah skit. Kek ni pun antara tersenang dan tersimple....boleh la daripada tak dak apa langsung lontong raya rendang segala suma tak dapat nak buat. Ok jom semak resepi. HAPPY BAKING!


KENTUCKY BUTTER CAKE
Recipe : Allrecipes

Ingredients:
Original recipe makes 1 - 10 inch Bundt Cake
  • 3 cups unbleached all-purpose flour
  • 2 cups white sugar
  • 1 teaspoon salt
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1 cup buttermilk
  • 1 cup butter
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 4 eggs
Butter Sauce
  • 3/4 cup white sugar
  • 1/3 cup butter
  • 3 tablespoons water
  • 2 teaspoons vanilla extract
Directions


  1. Preheat oven to 325 degrees F (165 degrees C). Grease and flour a 10 inch Bundt pan.
  1. In a large bowl, mix the flour, 2 cups sugar, salt, baking powder and baking soda. Blend in buttermilk, 1 cup of butter, 2 teaspoons of vanilla and 4 eggs. Beat for 3 minutes at medium speed. Pour batter into prepared pan.
  1. Bake in preheated oven for 60 minutes, or until a wooden toothpick inserted into center of cake comes out clean. Prick holes in the still warm cake. Slowly pour sauce over cake. Let cake cool before removing from pan.
  1. To Make Butter Sauce: In a saucepan combine the remaining 3/4 cups sugar, 1/3 cup butter, 2 teaspoons vanilla, and the water. Cook over medium heat, until fully melted and combined, but do not boil. ( yang ni leia tak buat, just tabur almond flakes saja)

SERAWA DURIAN DAN ROTI JALA





ASSALAMUALAIKUM,

Apa khabaq suma? Harap-harap sumanya sihat la ya. Arini leia belanja crita 'lempaq kebelakang', macam biasa la ya. Serawa durian ni hasil selongkaq dapur CMG......best serawa dia tenkiu Cik mat for the recipe. Cik mat makan dengan pulut, tapi leia buat roti jala kalau ada yang berminat untuk buat dengan pulut leia sertakan resepinya. Yang roti jala ni dari FB Noorsha Adam , resepi roti jala ni adalah yang selalu noorsha guna untuk jualan kateringnya. Tenkiu Noorsha kerana sudi berkongsi resepi yang sedap dan lembut dan lemak berkrim. Semoga murah rezeki Noorsha kerana berkongsi hasil yang selalu dia gunakan untuk jualan. Ok jom semak resepinya.


SERAWA DURIAN
Resepi asal : Adnan Ibrahim a.k.a CMG

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK SERAWA PULUT DURIAN :- Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba!


ROTI JALA :-)
Resepi asal : Noorsha Adam

Bahan :
1kg tepung gandum
1 tin susu cair + air (jadikan 10 cawan)
6 biji telur A
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
4 sudu besar minyak @ butter cair

Cara-cara :
Kacau semua bahan dengan whisk sampai licin......klo nak cepat blend je....sediakan non stick pan dan  kirai bentuk bulat....lipat @ gulung dan serve dengan kari ayam @ daging.
1kg tepung boleh dapat +- 80pcs roti jala....klo nak buat sket bahagi la portionnya ya....Happy Trying :)

Note : Noorsha HALALKAN resepi ni untuk dishare @ dicuba @ buat makan-makan keluarga @ disedekahkan  @ diajarkan pada yang memerlukan @ dijadikan sumber pendapatan......TETAPI perlu jujur, jangan kata anda dapat resepi ni dari menuntut di kelas berbayar pulak ya..klo pun tak mention nama dia pada orang ramai at least mention nama dia dalam doa ya.


Thursday 20 August 2015

KUIH BAKAR BINGKA PANDAN




ASSALAMUALAIKUM,

Kuih Bakar Bingka Pandan ni projek masa bulan posa aritu :P. Entah tak ingat ramadan yang keberapa sebab.....masa tu tengok ayaq macam laju jew, pastu leia terus buat kuih ni. Sebab nanti-nanti nak membasuh segala pinggan mangkuk whisk la adoiiiiiiii sakit. Nak buat macamana sesekali nampak ayaq keluar laju jew ciwi macam tak penah nampak ayaq. Dalam kepala ni macam-macam nak buat tapi suma hancussss. Resepi ni leia ambik kat dapur Adnan Ibrahim a.k.a CMG. Best resepi sebab simple. Leia C&P kat cni pulak ye Cik Mat. Tenkiu banyak-banyak :)



KUIH BAKAR BINGKA PANDAN
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim a.k.a CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum, diayak
1 cawan gula halus
3 biji telur gred A
600 ml santan (cm guna 200ml santan kotak + 400ml air)
250 ml jus pandan (5 helai daun pandan, potong kecil dan kisar dengan 250ml air, tapis)
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh garam
1/4 camca teh pewarna hijau makanan
Bijan secukupnya untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, sapu tin kek berukuran 8inci x 8inci x 2 1/2inci dengan mentega, alas dengan aluminium foil, biar berlebih dibahagian kanan dan kiri tin, tujuan untuk memudahkan  kueh diangkat keluar. Lenser dengan mentega. Ketepikan.
  1. Dalam satu bekas, pukul telur dan gula dengan whisk hingga hancur, masukkan santan dan jus pandan, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga licin. Tambah garam, pewarna hijau makanan dan mentega cair. Kacau rata2 dan tapis. Ketepikan
  1. Panas kan acuan dalam oven selama 10 minit, kemudian keluarkan dan tuang bancuhan kuih bakar (kacau dulu sebelum dituang). Bakar 10 minit, keluarkan dan tabur bijan rata2. Sambung bakar lagi 40 - 50 minit atau hingga masak (bila cucuk dengan lidi sate, keluar bersih) dan permukaannya perang (cm tukar oven pada fungsi grill dan bakar 5-6 minit lagi hingga permukaan kuih sedikit berkerak)..
  1. Sejukkan kueh sekejap longgar2kan dari tin, gunakan spatula dan keluarkan, biar sejuk sepenuhnya sebelum dipotong..


SAGU GULA MELAKA



ASSALAMUALAIKUM,
Akhirnya dapat juga leia menghupdate SAGU GULA MELAKA SEMUDAH A.B.C. Yang ni crita yang dah basi sesangat......sebabnye sagu dibuat masa 1st ramadan aritu :P. Waktu ni ayaq ok-ok skit tu yang bleh buat sagu ni. Pastu kemarin try nak hupdate lagi tapi tak leh nak up gambo pastu asyik error jew sampai nak save pun tak leh. Ok lah layan je resepinye dari Adnan Ibrahim a.k.a CMG. Tenkiu Cik Mat.


SAGO GULA MELAKA.........SEMUDAH A.B.C
Resepi oleh : Adnan Ibrahim a.k.a CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata
60 gram gula Melaka, potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago. 
  2. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda (che mat guna acuan apam atau acuan agar2 berbentuk hati). Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit). 
  3. Keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.....hmm tak cukup satu lahh.

Monday 10 August 2015

SALAM AIDILFITRI :) UNTUK SEMUA






ASSALAMUALAIKUM, 

SALAM AIDILFITRI  untuk semua pengunjung blog CERITA CINTA LEIA :) dan SALAM KEMBALI untuk diri leia sendiri :P. Ampun dan maaf dari leia sekiranya ada posting-posting yang mungkin menguris di hati anda semua (ada ka ? tak dak kot.....sebab blog pun suam-suam jew :P) heheheh....

Sekejap jew masa dah berlalu dah masuk hari ke 25, jadi masih belum terlambat lagi la. Hasrat di hati dulu -dulu,masa ramadhan aritu nak post sekerap yang mungkin, tapi apakan daya leia hanya merancang DIA yang menentukan. Kebizian melanda lagi ditambah pula dengan angin M  tu (tau kot no .....:P) pastu tambah lagi kawasan  leia dilanda masalah gangguan bekalan air yang telah membataskan segala urusan. Serius tak tipu, isu ni keluaq paper, tu pun dah lepas raya baru ok ayaq tu. Bayangkan saudara mara yang jauh balik terpaksa cari tempat nak mandi, terpaksa sewa chalet, cari homestay dan macam-macam lagi la. Tu baru nak mandi nak masak lagi la ......aduhai tak boleh nak buat apa langsung. Masa leia nak buat inti tart nenas terpaksa tunggu tengah malam siap selesai semua pukul 2.30 pagi. tu pun inti tu terpaksa di frozenkan sebab tak leh langsung nak buat tart, sebabnya kadang-kadang ayaq tak keluaq lansung walaupun sampai tengah malam, waktu sahur baru keluaq. Adoiiii cerita pasai ayaq memang sakit ati sangat isu terburuk sekali kena waktu bulan posa  palk tu pastu terus ke masuk ke syawal. Segala persiapan abis hancur, lantai pun berkarat tak leh nak mop macamana nak sambut tetamu ? Masak untuk buka posa pun ala kadar jew sekadar boleh masak.....alhamdulillah tak ada yang komplen. Masing-masing paham dengan situasi yang berlaku.
Ok la tak mo crita pasai ayaq .....sakit sangat ati ni kalau di ingat balik.....moood boleh jatuh menjunam balik kat lautan hindi tau nak histeria pun boleh gak tu.
Ok sekian terima kasih terluah perasaan kat cni :P
Bai.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...