Monday 10 August 2015

SALAM AIDILFITRI :) UNTUK SEMUA






ASSALAMUALAIKUM, 

SALAM AIDILFITRI  untuk semua pengunjung blog CERITA CINTA LEIA :) dan SALAM KEMBALI untuk diri leia sendiri :P. Ampun dan maaf dari leia sekiranya ada posting-posting yang mungkin menguris di hati anda semua (ada ka ? tak dak kot.....sebab blog pun suam-suam jew :P) heheheh....

Sekejap jew masa dah berlalu dah masuk hari ke 25, jadi masih belum terlambat lagi la. Hasrat di hati dulu -dulu,masa ramadhan aritu nak post sekerap yang mungkin, tapi apakan daya leia hanya merancang DIA yang menentukan. Kebizian melanda lagi ditambah pula dengan angin M  tu (tau kot no .....:P) pastu tambah lagi kawasan  leia dilanda masalah gangguan bekalan air yang telah membataskan segala urusan. Serius tak tipu, isu ni keluaq paper, tu pun dah lepas raya baru ok ayaq tu. Bayangkan saudara mara yang jauh balik terpaksa cari tempat nak mandi, terpaksa sewa chalet, cari homestay dan macam-macam lagi la. Tu baru nak mandi nak masak lagi la ......aduhai tak boleh nak buat apa langsung. Masa leia nak buat inti tart nenas terpaksa tunggu tengah malam siap selesai semua pukul 2.30 pagi. tu pun inti tu terpaksa di frozenkan sebab tak leh langsung nak buat tart, sebabnya kadang-kadang ayaq tak keluaq lansung walaupun sampai tengah malam, waktu sahur baru keluaq. Adoiiii cerita pasai ayaq memang sakit ati sangat isu terburuk sekali kena waktu bulan posa  palk tu pastu terus ke masuk ke syawal. Segala persiapan abis hancur, lantai pun berkarat tak leh nak mop macamana nak sambut tetamu ? Masak untuk buka posa pun ala kadar jew sekadar boleh masak.....alhamdulillah tak ada yang komplen. Masing-masing paham dengan situasi yang berlaku.
Ok la tak mo crita pasai ayaq .....sakit sangat ati ni kalau di ingat balik.....moood boleh jatuh menjunam balik kat lautan hindi tau nak histeria pun boleh gak tu.
Ok sekian terima kasih terluah perasaan kat cni :P
Bai.....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...