Thursday 31 December 2015

GOOD BYE 2015, HELLO 2016

ASSALAMUALAIKUM,

Selamat Tahun Baru 2016....semoga 2016 kita akan sentiasa dalam RahmatNya dan akan lebih giat lagi untuk sentiasa mencintaiNya dan MengingatiNya. Ok tu jew yang bleh leia cakap....exceli ai nih agak sensitip skett bila nak say good bye nih......sengal ^_^. hekkelehhh tambah setaun jew pun umoq sensitip sangat....sengal lagik sekali :P.

Hokey la tak mo citer pelik pelik yang sengal menyegal nih kita citer kes gambar terlempaq kebelakang nih. Yang ni sebenaqnya hasil daripada leia selongkaq folder....mmmmmm....camner bleh tertinggai nih ???? macam konpius makcik !!! Ingat ingat lupa plak. Macam banyak sangat gambar yang makcik ada ye :P....macam best jew ye kan kan kan !!! 



Hokey la dipendekkan citer NASI MINYAK PALING SENANG DAN SEDAP ni leia ambik dari Kak LinaPg.....Terima kasih kak untuk resepi yang best dan simple nih....izin leia share disini plak ya.

Bahan Bahan :

  • 1kg beras (dibasuh dan ditoskan)
  • Air sama sukatan ngan beras (5 pot beras, air 5 pot juga)
  • 1/2 cawan mentega/marjerin/minyak sapi
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih
  • 2-3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 2 kiub pati ayam
  • 2-3 helai daun pandan simpul
  • 1 cawan susu cair
  • 2-3 sudu besar jus oren sunquick
  • sedikit daun ketumbar/pudina, gajus dan kismis
  • sedikit pewarna kuning
Cara cara :
  1. Panaskan mentega dan kemudian masukkan bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga bersam bahan dihiris hingga berbau wangi.
  2. Kemudian masukkan daun pandan bersam kiub ayam, air dan susu cair, sertakan jus oren, sedikit gajus dan kismis. (Tinggal sedikit untuk hiasan).
  3. Biarkan mendidih kemudian masukkan beras.
  4. setelah nasi agak kering, kecilakn api buat lubang dengan belakang sudu, titiskan pewarna kuning.
  5. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak.
  6. Setelah nasi masak, gembur gemburkan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina. Tujuannya supaya dapat membangkitkan aroma.
  7. Bila menghidang taburkan gajus, kismis dan daun pudina sebagai hiasan. (yang daun pudina leia tak letak sebab pokok dia dah mati ^_^).




Okey untuk resepi daging nih leia ambik kat dapuq MaDiHaA a.k.a Ratna, dan sumbernya plak ambik dari kazen Madiha iaitu Ida Marlida yang asalnya dari Mingguan Wanita. Best sesangat resepi nih. Terima kasih bebanyak ladies kerana memanjangkan lagi resepi ni....izin leia share disini plak ye...^_^.

DAGING MASAK HITAM

Bahan2
  • 1 kg daging (dipotong nipis)
  • 3 ulas bwg merah (dihiris)
  • 2 ulas bwg putih (dihiris)
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 1/2 cawan kicap pekat
  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa 
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan Kisar

  • 4 biji bwg besar
  • 3 inci halia
  • 4 ulas bwg putih
  • 20 biji cili kering
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil ketumbar - Ida tambah ~ MaDiHaA letak jugak

Cara
  1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan hiris, bunga lawang & kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing & terbit minyak. 
  2. Masukkan daging, air secukupnya & renih sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa & garam secukup rasa. Tambah aji jika suka. Biar kuah agak pekat & secukup rasa. Bila daging cukup empuk bolehlah hidangkan. (sekiranya daging tak cukup empuk... boleh tambahkan lagi air & masak lagi hingga kuah agak kering)





Dilawankan plak dengan KERABU EPAL HIJAU yang sedap nih.....leia ambik dari dapoq Kak Nor SecubitGaram yang asal dari Kak Hanieliza. Kak Nor buat kerabu tu diracik racik tapi leia punya la baloq balun potong yang macam kat atas tu :P. Asal bleh jew janji menten sedap.
Terima kasih Kak Nor dan Kak hanieliza .....leia share kat sini plak ye.


Bahan:

  • 2 bj epal hijau
  • 1/2 btg lobak merah
  • 2 bj cili merah
  • 2 bj cili hijau
  • 1 kuntum bunga kantan (yang ni leia tak letak)
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 bj lemon (diambil jusnya)
  • 1 sudu kecil gula
  • garam secukup rasa

Bahan:


Epal dan lobak merah disagat atau diracik panjang.
Semua bahan lain dihiris.
Gaulkan semua bahan dan tuangkan jus lemon.
Kacau rata dan rasakan masamnya
Sedia dihidangkan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...