Tuesday 29 September 2015

JAPANESE DARK PEARL CHIFFON CAKE



ASSALAMUALAIKUM,

Japanese Dark Pearl Chiffon Cake......acerne nama dia ....best kan kan kan!!!!. Leia jumpa kek ni masa jejalan kat pinterest. Kalau jejalan kat pinterest ni rambang mata tau suma nak buat.(Ko ingat ingat sopink je bleh rambang mata! )Masak-masak pon leh rambang mata tau :P. Jenuh sungguh leia duk menambah nama dalam list.......list yang tak akan mengecil tapi semakin panjang. klau dia buat ayaq mogok lagi.........mati la makcik ni. Kek ni kejadian sebenaqnye sebelum ghayer aritu tapi macam besa tak sempat nak hadap laptop. Kek ni sebenaqnya telah diperkenal oleh Aunty Yochana dan sangat fofular among chinese blogger. Dolu-dolu leia ghajin jugak jenguk dapur aunty tapi tak penah jumpa pon. Kek ni menurut kata yang penah membuatnya  masing-masing bagi testimoni yang sangat best. Ada different dari kek coklat yang biasa. Mungkin disebabkan penggunaan cooking chocolate dan sedikit tepung yang menjadikan dia moist dan ada tekstur souffle. Seriusssss sedap.Oleh kerana disebabkan Anncoojournal adalah orang pertama yang leia jumpa pasai kek ni, leia pun guna resepi dari anncoo. Tak nyesal buat...... cer try buat. HAPPY BAKING!!!!


JAPANESE DARK PEARL CHIFFON CAKE
Source :Anncoojournal

Ingredients:

3 Egg yolks(70g egg)
35g Corn Oil
60g fresh milk
80g Dark Chocolate (Anncoo guna valrhona, tp leia guna cooking chocolate meriah jew)
15g Cocoa powder 
35g Plain flour
1/4 tsp Baking Powder
1/4 Baking soda
3 Egg whites
50g Sugar
1/2 tsp Lemon juice
     
     
     Method :

  • Melt chocolate in a double boiler and stir till smooth, set aside. (I microwaved for 45 seconds)
  • In a large bowl, beat egg lightly with a hand whisk, followed by oil, milk and melted chocolate, stir well.
  • Combine flour, cocoa powder, baking powder and baking soda together and sift into the egg yolk mixture, mix till combined and smooth to a thick paste.
  • Whisk egg whites at high speed till foamy, add lemon juice into it. Then gradually add in sugar and beat to stiff peak.
  • Lastly fold egg whites into the yolk mixture in 3 batches till well combined.
  • Pour the batter into a 17cm chiffon pan and gently tap the pan on the table top to get rid of any trapped bubbles.
  • Bake in preheated oven at 165C for about 40 minutes at 2nd lower rack in the oven,
  • Invert cake pan immediately and let to cool down completely after baked.



    BINGKA ROTI KUKUS PANDAN





    ASSALAMUALAIKUM,

    Hi! apa kabor suma :) Harap- harap sihat la ya......maklumlah dalam keadaan berjerebu ni macam-macam leh terjadi (macam-macam????....bukan demam je ke?):P.Kita pun tengah 'berjerebu' jugak. Hokaylah.....Bingka Roti Kukus Pandan ni sarap leia pagi ni sebabnya tak mo membazir ghuti yang tak abis. Tak baik membazir dalam keadaan ekonomi yang macam sekarang ni......cuma kena ghajin jew sket, gerenti macam-macam bleh jadik. Sedap gak yang kukus ni selalu buat versi omputih jew Bread and Butter Pudding. Tapi yang ni old skool skit versi melayu punya. Mak dolu-dolu penah buat versi kukus ni, tapi sejak leia take over dapoq, leia asyik buat yang omputih style jew. Klau lagi ghajin kata cekgu hana boleh buat kuah skali tapi makan camni pon dah ok. Ok jom semak resepinya. SELAMAT MENCUBA!!!

    BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

    Sumber : Kak UmmiHomesweethome,Notabilia
    Olahan Semula : Cekgu Hana

    Bahan-bahan
    • 8-10 roti keping putih - lagi sedap roti paun
    • 400ml santan  @ ( 200ml santan kotak KARA + 200ml air )
    • 3/4 cawan gula halus (yang ni leia kluarkan 1 1/2 sudu makan)
    • segenggam kismis ( leia guna kurma yang dicincang)
    • 4 biji telur
    • 1 sudu kecil garam halus
    • 1 sudu kecil pes pandan @ kisar 10 helai daun pandan bersama santan kelapa kemudian tapis
    • sedikit pewarna hijau - jika perlu
    Cara-cara
    • Koyakkan roti dan ketepikan. Satukan santan, garam, gula, pes pandan dan juga telur. Kacau sebati.
    • Masukkan roti dan kismis kemudian rendam lebih kurang 5 minit. 
    • Sapu loyang dengan sedikit mentega/marjerin.
    • Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30minit.
    • Sejukkan dahulu kemudian potong dan hidangkan.

    Saturday 26 September 2015

    RED PEARL COOKIES




    ASSALAMUALAIKUM,

    Aidiladha aritu leia mengukis.....kukis tersedap abad ini :P. Maklumlah aidilfitri yang lepas tak leh nak buat kukis. Ayaq mogok....hokay stop tak mo crita dah. Ok jom semak resepi.

    RED PEARL COOKIES
    Resepi Oleh : Jaja FnR
    Rujukkan 1  : Zack Zachoes
    Rujukkan 2  : Kak Azlita Masammanis

    Bahan-bahan :

    150gm butter 
    150gm tepung gandum 
    75gm gula halus atau gula kastor
    60gm cornflakes 
    50gm coklat cip 
    25gm almond nibs 
    1st esen vanila 
    ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang  

    Mula-mula kita satukan butter dan gula.
    Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
    Masukkan tepung dan gaul rata
    Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
    Sudukan atas dulang pembakar
    Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
    Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi

    Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
    Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
    Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

    SALAM AIDILADHA





    ASSALAMUALAIKUM

    SALAM AIDILADHA untuk semua pengunjung blog Cerita Cinta Leia :). Arini baru berkesempatan nak menghupdate.....tak terlambat lagi no. Maklumlah bizi memanjang :P. Aidiladha aritu leia berkesempatan membuat rendang ayam pedas dan lemang kukus. Simple jek sebab kita keja lagi rabu tu......nak buat macamana. Rendang ni kalau ikutkanlah klau kita googlekan macam-macam pesen. Setiap orang ada cara yang tersendiri pastu ada la pulak aritu entah bila taun tah leia penah tengok ada orang duk demo cara buat rendang kat tv dia pakai rempah kari. Uik tepanjat makcik ni tau,sebelum ni tak penah dengaq lagi orang merendang pakai rempah kari...... aritu pestaim tau ada orang merendang pakai rempah kari. Tak pa la yang tu pesen depa.....yang ni pesen leia ambik dari buku resepi lama mak sampai tulisan pun dan blur,jenuh makcik ni duk pakai kanta nengok nak menyalin resepi. Pastu makcik dengan gigihnya nak menyusun ayat sikit dan ada olahan skit ye.....harap-harap paham la no. Ok la jom semak resepinya.....SELAMAT MENCUBA!!!

    RENDANG AYAM PEDAS DAN LEMANG KUKUS

    Bahan-bahan:
    1 ekor ayam - dicuci bersih,toskan dan potong ikut suka
    Kunyit
    Garam

    Bahan untuk dikisar :
    15 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1 ibu jari lengkuas
    1 ibu jari halia
    1/2 ibu jari kunyit
    8 batang serai
    40 biji cili kering - direndam dengan air panas terlebih dahulu
    10 biji cili padi
    6 biji buah keras
    100ml santan cair

    Bahan untuk tumis :
    1 kayu manis
    2 bunga lawang
    4 cengkih
    4 buah pelaga

    Bahan-bahan lain :
    400ml santan pekat
    5 helai daun kunyit - dihiris halus
    3 sudu makan kerisik
    2 sudu makan pati asam jawa 
    2 batang serai - diketuk
    Gula dan garam secukup rasa
    1/4 cawan minyak masak untuk menumis

    Cara membuatnya :

    1. Ayam dilumur dengan kunyit dan garam, goreng setengah masak.
    2. Panaskan minyak, tumis sebentar kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga, pastu masukkan bahan-bahan yang dikisar, masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
    3. Masukkan juga serai yang diketuk.
    4. Masukkan ayam, kerisik dan pati asam jawa. Masak dan sebatikan kesemuanya.
    5. Masukkan santan pekat dan daun kunyit,perasakan dengan gula dan garam. Masak lagi sampai mendidih dan agak -agak dah ok tutup api. Siap. SELAMAT MENCUBA !!

    LEMANG KUKUS

    Gandakan jumlah bahan ni ikut keperluan keluarga ya. :)

    Bahan-bahan :

    1 cawan pulut
    1 cawan santan 
    Garam
    Daun pisang - dibersihkan dan dilayur atas api.

    Cara membuatnya :
    1. Panaskan kukusan.
    2. Basuh pulut dan toskan.
    3. Santan di bancuh dengan garam.
    4. Masukkan pulut kedalam loyang dan santan juga.
    5. Kukus sehingga masak.
    6. Sejukkan pulut, pastu bungkus pulut dengan daun pisang dan diikat dengan tali.
    7. Kukus lagi dalam 30 minit.
    8. Sejukkan dan bolehlah dipotong.


    Monday 21 September 2015

    KASWI TEPUNG PULUT





    ASSALAMUALAIKUM,

    Arini tak mo cakap banyak (eleh sebelum ni pun leia tak cakap banyak pun :P). Akhirnya dapur berasap jugak.....tak banyak problem pun, cuma ayaq yew yang buat hal ......tak leh nak lebih-lebih simpan untuk yang penting jew. Nenanti kalau buat benda len mati la akak.Nak basuh pinggan makan pun sakit ati tunggu ayaq tau. Hokey resepi kuih kaswi ni leia ambil dari dapuq Kak Yatie yang asalnya dari Kak Fida MYR. Sedap sangat dengan adunan dua jenis tepung iaitu tepung pulut dengan tepung gandum......cer try buat.....HAPPY TRYING :)

    KASWI TEPUNG PULUT
    Asal resepi : Kak Fida MYR
    Sumber resepi :Kak Yatie

    Bahan-bahan (loyang 9x9 in/+- 30 acuan lompang)

    Bahan A :

    2 cawan tepung gandum
    1/2 cawan tepung pulut
    1/2 sk kapur yang pekat
    2 cawan air
    sedikit warna coklat (leia pun tak letak)

    Bahan B :

    3/4 cawan gula merah/melaka
    1/4 cawan gula pasir
    1/2 sk garam
    2 cawan air
    2 helai daun pandan - disimpul

    Bahan C :

    Kelapa parut kukus dengan sedikit garam dan daun pandan

    Cara-cara


    1. Campur bahan2 A ke dalam  mangkuk dan kacau rata. Ketepikan.
    2. Campur bahan2 B ke dalam  periuk dan masak hingga mendidih. Tuangkan ke dalam campuran A dan kacau rata. Tapis adunan.
    3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang bergris dan dipanaskan dulu. Kukus selama 30-40 min jika mengguna loyang dan 15 min jika mengguna acuan lompang.
    4. Biar kuih benar2 sejuk, potong sesuai selera dan sajikan dengan kelapa parut kukus.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...