Tuesday 31 March 2015

RASSAM TELUR YANG BEST SESANGATTTT






ASSALAMUALAIKUM,

Apa kabaq semua..... :) sihat -sihatlah hendaknya ye. Kalau tak sihat ka cepat-cepat jumpa doktor. Arini leia nak menghupdate masak-memasak ahad aritu :). Ni kira cepatlah jugak menghupdate. :P. Kali ni leia buat  Rassam Telur  resepi dari kak LinaPg yang asalnya dari Zalieda. Simple jew rassam ni tapi menawan kalbu sungguh sebab sedap.....seriusssss cer try buat. Kata kak lina kalau orang yang baik demam/selsema  menu ni memang membuka selera sebab ada rasa masam. Tapi yang tak demam pun lagi-lagilah berselera ^_^. Ni leia pestaim buat ni dah jadi peberet family dah. kalau buat masa sahoq pun best gak....segar jew biji mata sebab keladaan dia dan masam-masam kuah dia .......seriussssss sangat lagi sekali ni sedappppp. Buat tau ni resepi dia, kalau tak buat nanti nyesal sebab resepi dah keluaq kat majalah Aroma bulan ni punya :)

RASSAM TELUR
Asal : Zalieda
Sumber : Kak LinaPg

Bahan-bahan:
3 biji telur (Boleh juga guna ikan talang masin)
1 sudu teh jintan putih biji (tumbuk)
1/2 teh lada hitam (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
4 ulas bawang merah (tumbuk) 
2-3 tangkai cili kering (potong-1 inci)
1-2 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah (mayang halus)
1/2 sudu besar pati asam jawa (atau secukup rasa)
1/2 kiub pati ayam
Sedikit serbuk kunyit (untuk bagi nampak yellowish sket)
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cili padi (jika suka- resepi ori tak letak cili padi)

Cara-cara:

1. Tumis hirisan bawang merah hingga garing, masukkan daun kari dan juga cili kering. Tumis sekejap hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar/tumbuk tumis hingga pecah minyak dan naik bau.
3. Masukkan semua bahan lain kecuali telur. Setelah kuah mendidih, pecahkan telur sebiji   sebiji ke dalam kuah.
4. Biarkan sehingga telur masak dan kuning telur keras. Seimbangkan rasa, tutup api.
5. Memang sesuai dihidangkan dengan nasi putih, ikan masin dan papadom.


Sunday 29 March 2015

SAMBAL TUMIS SOSEJ




ASSALAMUALAIKUM,

Sambal tumis sosej ni stori mori minggu lepas :P ^_^ ......hehehehe cite lepas masak jew kena keluar so balik pun dah lewat malaih nak menghupdate. So arini kita letak kat cni. Tak dan nak berhias bagai kosong macam tu jew...ok la tew. So kalau nak try ni resepi dia :)


SAMBAL TUMIS SOSEJ


Bahan-bahan :


4 ulas bawang merah *

2 ulas bawang putih * (* dikisar halus)
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 kiub ayam (tak letak pun tak pa)
1 helai daun bay
1 sudu teh pati asam jawa
1/3 sudu teh belacan
1 tbsp sos tiram
2 tbsp gula merah
garam secukup rasa
minyak untuk mengoreng
1 paket sosej ayamas - leia potong 3 atau nak guna sosej koktel pun ok gak

Cara-caranya:

Panaskan minyak secukupnya untuk mengoreng sosej separuh masak. Keluarkan sedikit minyak gorengan sosej tadi, masukkan bawang merah dan bawang putih masak hingga agak garing bukan HANGIT .
masukkan cili kisar, masak sampai naik bau pastu masukkan kiub ayam, daun bay, pati asam, belacan, sos tiram, gula merah dan garam dan sedikit air. Biarkan mendidih pastu masukkan bawang besar dan sosej,  gaulkan sebati dengan api sederhana dan selalu balik balikkan dalam 10 - 15 minit lagi. Tutup api dan hidangkan. SELAMAT MENCUBA.

Tuesday 17 March 2015

CONGO BARS

ASSALAMUALAIKUM

Congo bars ni terhasil ahad aritu selepas terkensel lama sesangat masa kes cadbury aritu....lama tu tahun lepas punya plan. Ni sebenaqnya kali kedua ,asalnya waktu tu nak buat letak cadbury caramelo sebab sebelum ni dah buat letak chocolate chunk pastu tingin plak nak letak lain dari yang lain pastu tetiba teringat kesedapan caramelo ni pastu plak tetiba plak ada isu tak berapa nak halal waktu tu.......terus tersentap dan tersedak :P. Terus terkensel cita-cita nak membaking congo bars ni. Akhirnya isu halal pun dah selesai pastu leia tengok best jew iklan cadbury Dato Siti  terus semangat balik nak membuat. Cuma kali leia punya congo bars nampak macam brownies punya tekstur, mungkin sebab tray kecik dari yang sebelum ni kot, sebab malaih nak pungah box tray punya pasai....hambik kejadian dia jadi macam tembun skit. Tapi tetap sedap juga walaupun dah kurangkan gula sebab bila tergigit caramelo rasa manis sesangat. Apa-apa pun kalau nak mencuba silalah ya. Leia copycaste jew sebab malaih nak menaip sebab banyak sangatttttt dari Kak Ita MasamManis, kak Ita plak ambik dari Kak Rima . Terima kasih banyak-banyak kepada Kak Ita dan Kak Rima. Kepada semua Happy Baking :)





CONGO BARS
byRima
source :Kak Azlita


Ingredients
2 3/4 cup all purpose flour
2 1/2 tsp baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened - I used 150g Anchor brand butter
1 lb. light brown sugar (Oh my and thank you!) - I used 320g(leia guna 250gm)
3 eggs
1 tsp vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips - I used 250g chopped valrhona (55%) (leia guna 4 rolls cadbury caramelo)
1 cup chopped pecans (optional) - I didnt use.. dont feel like it

By mixer
Sift flour, baking powder and salt in a large bowl. Set aside.
Combine butter and sugar using a mixer until blended.
Add eggs, one at a time to sugar mixture, mixing on low in between each addition.
Add vanilla and mix.
Add flour and mix until combined.
Stir in chips and then pecans.

By hand
Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.

Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish.
Bake at 170C for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake!





315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - boleh kurangkan (leia guna 250gm jew)
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips (leia guna 4 rolls cadbury caramelo)
1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang - optional
Kepingan badam untuk taburan - optional

Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.
Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna.
Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.
Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.




Monday 16 March 2015

HOMEMADE MUSHROOM SOUP AND GARLIC BREAD

ASSALAMUALAIKUM,

Arini barulah leia berkesempatan menghupdate blog, masa yang agak terhad dicampur plak dengan virus 'M'.......muahahaha :P. Malas-malas pun kita ghajin jugak masak tau, cuma tak terhupdate jew ^_^.  Cuma mood nak hadap laptop tak berapa memberangsangkan. Mushroom soup ni leia buat bekfes sabtu aritu dimakan bersama 'Cheat' Garlic Bread. Nak buat garlic bread yang betoi-betoi dah tak berapa nak ghajin nak menunggu jadinya kita ambil yang mudah-mudah saje jew. Garlic spread ni tak mengecewakan kalau disapu pada roti perancis lagi sedap tapi leia guna roti biasa jew. Resepi homemade mushroom ni leia ambik dari FB NIEZA NOR HAMNIRA. Memang betoi seperti kata tuan empunya resepi ni memang sedap mushroom soup ni, pasni tak yah beli atau makan kat tempat-tempat yang femes dengan mushroom soup  dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya tu buat sendiri lagi sedap. Terima kasih banyak-banyak kepada Kak NIEZA NOR HAMNIRA untuk resepi yang best ni izin leia share disini ya kak. SELAMAT MENCUBA SEMUA...:)




HOMEMADE MUSHROOM SOUP DAN GARLIC BREAD

Resepi Original: FB NIEZA NOR HAMNIRA


Bahan-bahan:

2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan whipping cream
2 cawan full cream milk
1/2 cawan air
1 tin cendawan butang - hiris nipis
1 kiub ayam
garam, lada sulah, ser lada hitam

Cara-cara:


  1. Cairkan butter dalam periuk, masukkan tepung gandum. Gaul rata hingga agak sedikit perang.
  2. Masukkan susu full cream, whipping cream, air dan biarkan hingga menggelegak, api sederhana.
  3. Masukkan kiub ayam, cendawan butang hiris, garam, lada sulah dan serbuk lada hitam.
  4. Kacau rata dengan whisker dan tunggu hingga mendidih (api sederhana), padamkan api, siap.

GREAT GARLIC BREAD

Recipe : Allrecipe


Ingredients (original recipe makes 1 loaf of garlic bread)


1/2 cup butter
1 1/2 tablespoons garlic powder (leia guna 3 ulas bawang putih)
1 tablespoon dried parsley
1 (1 pound) loaf italian bread, cut into 1/2 inch slices (@ secukup roti putih biasa)
1 ( 8 ounce) package shredded mozzarella cheese (leia tak guna pun)

Directions :


  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. In a small saucepan over medium heat, melt butter and mix with garlic powder and dried parsley.
  3. Place Italian bread on a medium baking sheet. Using a basting brush, brush generously with the butter mixture.
  4. Bake in the preheated oven approximately 10 minutes 10 minutes, until lightly toasted. Remove from heat. Sprinkle with mozzarella cheese and brush remaining butter mixture. Return to oven approximately 5 minutes, or until cheese is melted and bread is lightly browned. (yang ni leia just sapu sekali saja pastu bakar)



KARIPAP ROTI



ASSALAMUALAIKUM,

Karipap roti ni bukan cerita baru tapi dah lama.....hehehe :P....besa la leia ni asyik tertunggak jew. Simple jew karipap ni tapi sedap. Kalau kalau ada lebihan inti dari hasil buat karipap tu janganlah membazir buat la karipap roti, serius tak akan keciwa :) Ok jom semak resepi yang simple sesangat ni .


KARIPAP ROTI


Bahan-bahan:
Roti secukupnya
Inti karipap kentang atau sardine
Bancuhan tepung dengan skit air untuk melekatkan tepi roti

Cara membuatnya:

Potong tepi roti dan lenyek dengan pengelek sampai nipis.
Letakkan inti secukupnya pastu sapu bancuhan tepung di tepi-tepi roti pastu tekan dengan garfu atau tekap guna acuan karipap.
Pastu dah boleh goreng guna api yang sederhana jew, balik-balikkan karipap pastu boleh angkat. 
Bolehlah dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA.




Sunday 1 March 2015

CONDENSED MILK POUND CAKE

ASSALAMUALAIKUM

Kek ni kejadiannya 2 ari yang lepas. Dah lama resepi ni dalam simpanan leia dan dah beberapa kali buat. Sangat puas ati sebab leia suka condensed milk sedap sangattttt. Ntah la nape leia suka sangat condensed milk ni :P. Walaupun kek ni nampak simple, seperti kata Gert kek ni sangat perfect, bau pun wangi dari condensed milk tu sendiri pastu satu rumah bau kek yang best sangatttttt ni. Untuk kek ni Gert buat corak swirl tapi leia tak buat just plain saja dan suka kejadian warna dia, klau nak buat macam Gert boleh tengok note kat bawah sekali. Okaylah silalah mencuba ya. HAPPY BAKING :)




CONDENSED MILK POUND CAKE
Recipe By Gert

Ingredients :


2 sticks of butter/ 1 cup/ 226 gm of butter

100 gm of sugar (leia guna 80gm )
1/2 cup condensed milk (leia tambah 2 tbsp lg)
5 eggs
250 gm flour
1 tsp baking powder
1 tsp vanilla
1/2 tsp salt (leia tak letak sebab guna salted)

Method:


  1. Prepared a baking pan (loaf or an 8" round). Grease well and line it with parchment paper. Preheat oven to 325 degree F. (atau ikut la oven memasing)
  2. Cream butter and sugar until light and fluffy. add in egg, one at a time until well incorporated.
  3. Add in the condensed milk, vanilla and mixed well.
  4. Sift flour, salt and baking powder. Slowly add the flour into the batter. Mix well.
  5. Pour the batter in to the pan, give the baking pan a few knock on the working counter (take out the air bubbles) and bake for 50-60 minutes or until golden brown.
NOTE: For the choco swirl, take 4 tbsp of the batter and mix it 2 tbsp of dark cocoa powder. Put some white batter to the pan, add in the cocoa batter and top it with the balance of white batter take a knife and make few swirls to the batter.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...