Saturday 28 November 2015

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES


ASSALAMUALAIKUM,

SELAMAT HARI GHAYER :)......hihihi. Mengukis selepas ari ghayer pastu dia fening seket dahla duk hadap lappy pepagi buta ni....maklumlah macam ghajin jer menghupate :P. Hokey tak mo stori mori panjang panjang, kukis ni terjadi sebab leia rasa lapaq nak makan kukis (ok kan alasan dia camtu) sebabnya ghayer aritukan ayaq mogok.....ngek! Layan yer.....seperti yang suma sedia maklum kukis ni memang sedap dan senang. Resepi ni sebenaqnya leia ambik dari blog Kak Azlita Masammanis  dan kak ita dapat dari Naz Cute Oven, Small Kitchen dan Naz pulak ambik dari Happyhomebaking. Thanks bebanyak ladies. Sekut ni memang melt in mouth....shedapppp sesangat. HAPPY BAKING!!!!. sori ya ai tak larat nak stori bebanyak pepagi nih !!!! ^_^



MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES

Sumber   : Happyhomebaking
Sumber 1 : Naz Cute Oven, Small Kitchen
Sumber 2 : Kak Azlitamasammanis              


Bahan bahan :

125 gm mentega (leia guna unsalted butter)
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon vanilla paste, untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoons serbuk koko, optional (ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80gm tepung kek/tepung gandum


Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambah esen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit (Naz simpan 20 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak (celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas ( tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).

Nota :
Leia tak letak serbuk koko hanya buat yang plain saja dan tak drizzle coklat macam kak ita buat....tapi leia letak gula castor yang dititikkan dengan sedikit pewarna merah digaul rata dan ditabur selepas cookies dikeluarkan dari oven ini idea dari buku Siri Blogger Masakan Biskut Raya Nor Azlita Abdul Aziz(Kak Ita la tu ^_^)

Saturday 21 November 2015

DONUT SEMPOI




ASSALAMUALAIKUM,

Hi apa kabaq suma :)....donut sempoi ekceli leia buat sabtu yang lepas baru niari nak hupdate :P. Maklumlah bz memanjang. Pastukan kita buatkan si BM tu bekerja untuk sekian lamanya dia berehat panjang.....pastu dah menguli tetiba tengok dough keraih (*pastu leia jerit).Sebabnya teloq tak masuk....huwaaaa.....ngek betoi la leia ni. Punyalah excited lama tak keja guna yis berbagai + ceciwi dengan BM sendiri :P.....tu la sapa suruh rehat lama sangat kan dah kena suruh si BM tu buat dua kali keja menguli + dengan proofing sekali......hadoiiii. Nampak tak berapa nak sempoi sangat la....tapi still gebus. Padan muka leia....the moral of the story , jangan suruh BM rehat lelama sangat nenanti tuan dia suka excited lebeyyy. Resepi asal dari Chef Asma dengan teknik menguli donut ni menggunakan Trio Bread Maker. Klau sesapa yang nak beli Trio Bread Maker bolehlah ke sini FB Chef Asma. Leia ambik resepi ni dari kak Azlitamasammanis. Thanks to Chef Asma Dan kak Ita yang memanjangkan lagi resepi yang marbeles ni (walaupun leia terlupa bubuh teloq memulanya )Ok jom check resepinya. HAPPY TRYING....

DONUT SEMPOI

Resepi Oleh : Chef-Asma
Sumber Resepi : Kak Azlita Masammanis

Bahan Bahan :

500 gram tepung roti @ tepung high protein @ tepung gandum (sebaiknya tepung roti)
10 gram instant yeast @ 1 paket mauripan
1 sudu besar bread softener - optional
60 gram mentega
60 gram gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam @ secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais

Minyak untuk mengoreng terendam
Gula castor @ gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut (yang ni leia taruk sedikit cinnamon powder)

Kaedah menggunakan Bread Maker

Masukkan semua bahan ke dalam bread maker (kecuali minyak untuk mengoreng dan gula kastor/ gula icing utk salut donut).
Set pada button uli doh dan biarkan bread maker mengambil alih tugas menguli.
Masa ni bolehlah buat kerja lain.....memasak ke...basuh baju ke...kemas rumah ke....sidai baju ke....lipat kain ke....sebab tu di namakan Trio Bread Maker boleh buat dua tiga kerja sambil mengguli ^_^.
Bila dah siap, tumbuk tumbuk doh keluarkan angin.
Pastu bolehlah bulat bulatkan anggaran berat satu doh tu 40 gram, jadi dapatlah dalam 25 keping doh @ donut nanti.
Kemudian rehatkan kejap, tutup atasnya dengan kain @ palstik dan simpan kejap dalam ruang yang hangat sikit....macam dlam almari @ oven yang tidak di on tau !!!
Kejap aje ya dalam 10 minit.....takut nanati klau lama dia naik sangat.
Kemudian tekan tekan dia bagi penyet sikit dan tebuklah lubang kat tengah tengah dia.
Panaskan minyak dan bolehlah goreng.
MInyak jangan panas sangat nanti cepat hangus diluar dan dalam tak masak pulak.
Dan jangan kurang panas pula nanti donut serap minyak tak sedap pulak. Minyak yang sedang sedang aje.
Balik balikkan doh masa mask supaya naiknya cantik dan sekata masaknya.
Kemudian bolehlah salutkan gula.

Tips untuk salut gula

Kak ita letakkan gula dalam plastik bag.( leia ikut tips ni)
Masukkan donut dalam 2 @ 3 keping dalam bag plastik tersebut dan goncang goncang biar gula bersalut padaa donut sekata.....hihi tak berserak dapur dengan gula dan dapat jimatkan gula juga ^_^.



Thursday 5 November 2015

BINGKA TEPUNG BERAS YANG SEDAP




ASSALAMUALAIKUM

Apa kabaq semua :). Lama tak bersiaran yew. Almaklumlah bz memanjang tak dak ari yang tak bz :P. Ok lah tak mo cita pelik pelik,kuih ni kuih lejen yang paling leia suka masa kecik kecik dulu. Tapi semakin hari kuih ni klau carik kat luar memang dah tak jumpa.Last skali leia rasa lama dah tapi tak berapa nak berlemak dan kurang kick macam dolu dolu punya rasa. Leia kalau bab kuih lejen lejen macam ni baru sekarang terhegeh hegeh nak belajar membuat.....ni pun nasib baik jadi.....fuh lega ^_^.....tapi rasanya lama jugak nak abis membakar ni....agak agak kalau pakai oben memang cam ni eakk. Sebab ni pestaim buat kuih ni aritu pun pestaim jugak buat bingka pandan, rasa lama sangat dari nak bako kek. Kuih ni bukan buat arini tau dah lama dah tangkap pun men pakai enpon jew sebab waktu pagi nak p keja lagi la ....malaih nak berkamera berbagai la.... asal boleh jew :P. Ok la jom layan resepi cuba ya best dan sedap sangat dan simple sangat. Thank you Chef Thyaga untuk resepi yang best ni.




BINGKA TEPUNG BERAS

RESEPI OLEH : Chef Thyaga

Bahan bahan:

300gm tepung beras
75gm tepung green pea flour
250gm gula
1800ml santan dari 2 biji kelapa
1 sudu teh garam
Tin size 8cm



Cara menyediakan:

  1. Satukan kesemua bahan dalam periuk dan kacau hingga pekat dan berkilat.
  2. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang di sapu dengan minyak.
  3. Bakar dalam oven 200cc hingga masak dan garing di atasnya. Biarkan kuih benar benar sejuk baru potong.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...