Sunday 14 February 2016

TALAM PISANG PANDAN


ASSALAMUALAIKUM,

Hi! ^_^ berturut turut kita malam ni ye....hambik ko....Ni pun hasil dari kebanjiran pisang di rumah leia aritu...so jadiknya ialah Talam Pisang Pandan yang sedap dan lembut sesangat nih. So sila la semak resepinya di bawah ye. Selamat mencuba dearies ^_^.




TALAM PISANG PANDAN

Untuk Kak Yatiememories terima kasih untuk resepi yang sesangat sedap dan lembut nih....leia share disini ya. TQVM kak Yatie.


Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang bulat 9 inci
  • 3 1/2 cawan santan cair
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek.
  • sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.

Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dan dikisar bersama air, tapiskan)
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi. Masa tuang adunan, pastikan tiada takungan air di permukaannya.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

KEK PISANG LEMBAB DAN SANGAT LEMBUT


ASSALAMUALAIKUM,

Hi!Apa kabor pengujung blog ^_^. Lama sungguh leia tak bersiaran. Bz yang tak penah nak abis abis + tetiba mood malaih melanda + line tenet tenat nak up gambaq cemput (alasan memanjang :P).

Kek pisang ni asainya dah buat lama hasil kebanjiran pisang bulan january aritu....february bru hupdate :P. Hasil dari pisang yang banyak ni jadi la kek pisang yang sedap dan lembab tapi disebabkan ada kesilapan teknikal dari pihak leia kek ni tekstur dia jadi macam bengkang/bingka. Antaranya ialah leia terlupa nak biar pisang yang leia lecek ni pada suhu bilik.....ok silap leia ye bukan pemberi resepi nih ^_^.....apa apa pun meten sedap.....len kali buat len ^_^. Kek pisang penah dan sangat viral tahun lepas selepas orang yang membuatkan kek nih popular yang juga seorang baker popular  sis Duyung Sweet Laling telah mendapat tempahan dari Tunku Mahkota Johor yang juga peminat kek pisang. Untuk penyumbang resepi auntie Yatie, Yatie dan juga yang memanjangkan resepi ni Kak Itamasammanis....terima kasih bebanyak moga moga kalian semua dimurahkan rezeki kerana berkongsi resepi yang best ni walaupun leia jadi bengkang/bingka :P. Selamat Mencuba sayang sayang semua ^_^. Kak ita leia copy and paste kat sini ya....TQVM kak .




KEK PISANG LEMBAB

Resepi Oleh : Auntie Yatie
Rujukan     : Yatie
Sumber      : Kak AzlitaMasammanis

350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung
1 sudu teh baking powder
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka

Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
Untuk kek yang ita sedikan , ita menggunakan butter yang di cairkan.
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak

Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan  bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair ~ ita guna susu segar
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata

Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. ( jika ikut resepi yatie dia bakar menggunakan api bawah sahaja. Tapi ita menggunakan api atas dan bawah tapi yang api atas ita kurangkan suhunya)
*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.

Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan, kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia tenggelam
Taburkan badam cincang di atasnya jika suka

Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
Bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Untuk pastikan kek dah masak, cucuk dengan lidi, di bahagian tengah menyerong. Jika lidi keluar kering, menandakan kek dah pun masak. Jika lidi masih basah, bakar semula dan tambahkakan masa lagi 5 ~ 10 minit.

Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai
Kek ni kalau di biarkan semalaman, permukaan atas kek akan lembab dan macam basah-basah gitu.
Sedap sangat...!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...