Sunday 14 February 2016

TALAM PISANG PANDAN


ASSALAMUALAIKUM,

Hi! ^_^ berturut turut kita malam ni ye....hambik ko....Ni pun hasil dari kebanjiran pisang di rumah leia aritu...so jadiknya ialah Talam Pisang Pandan yang sedap dan lembut sesangat nih. So sila la semak resepinya di bawah ye. Selamat mencuba dearies ^_^.




TALAM PISANG PANDAN

Untuk Kak Yatiememories terima kasih untuk resepi yang sesangat sedap dan lembut nih....leia share disini ya. TQVM kak Yatie.


Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang bulat 9 inci
  • 3 1/2 cawan santan cair
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek.
  • sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.

Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dan dikisar bersama air, tapiskan)
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi. Masa tuang adunan, pastikan tiada takungan air di permukaannya.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...