Monday 24 August 2015

SERAWA DURIAN DAN ROTI JALA





ASSALAMUALAIKUM,

Apa khabaq suma? Harap-harap sumanya sihat la ya. Arini leia belanja crita 'lempaq kebelakang', macam biasa la ya. Serawa durian ni hasil selongkaq dapur CMG......best serawa dia tenkiu Cik mat for the recipe. Cik mat makan dengan pulut, tapi leia buat roti jala kalau ada yang berminat untuk buat dengan pulut leia sertakan resepinya. Yang roti jala ni dari FB Noorsha Adam , resepi roti jala ni adalah yang selalu noorsha guna untuk jualan kateringnya. Tenkiu Noorsha kerana sudi berkongsi resepi yang sedap dan lembut dan lemak berkrim. Semoga murah rezeki Noorsha kerana berkongsi hasil yang selalu dia gunakan untuk jualan. Ok jom semak resepinya.


SERAWA DURIAN
Resepi asal : Adnan Ibrahim a.k.a CMG

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK SERAWA PULUT DURIAN :- Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba!


ROTI JALA :-)
Resepi asal : Noorsha Adam

Bahan :
1kg tepung gandum
1 tin susu cair + air (jadikan 10 cawan)
6 biji telur A
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
4 sudu besar minyak @ butter cair

Cara-cara :
Kacau semua bahan dengan whisk sampai licin......klo nak cepat blend je....sediakan non stick pan dan  kirai bentuk bulat....lipat @ gulung dan serve dengan kari ayam @ daging.
1kg tepung boleh dapat +- 80pcs roti jala....klo nak buat sket bahagi la portionnya ya....Happy Trying :)

Note : Noorsha HALALKAN resepi ni untuk dishare @ dicuba @ buat makan-makan keluarga @ disedekahkan  @ diajarkan pada yang memerlukan @ dijadikan sumber pendapatan......TETAPI perlu jujur, jangan kata anda dapat resepi ni dari menuntut di kelas berbayar pulak ya..klo pun tak mention nama dia pada orang ramai at least mention nama dia dalam doa ya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...