Friday 29 May 2015

KUIH KERIA SIRA GULA MELAKA



ASSALAMUALAIKUM

Kuih Keria ni leia buat ahad yang lepas ........cedap tauuuuuu, sebab sira dengan gula melaka sebabnya hasil terpengaruh masa tengok rancangan apa tah lupa plak ^_^. Keria Sira gula melaka yang femes kat Melaka la mana lagi. Tu pun sebenaqnya kan tengok rancangan tu dah lama tapi disebabkan angin M.A.L.A.S tu kan kan kan, maka keria tu pun tertanguh la yewwww..... ^_^ . Kuih keria ni resipi asalnya hanyalah sira gula biasa saja tapi leia guna gula melaka......saja-saja nak try sebab duk terhingin lama dah.  Kuih Keria ni leia ambik kat blog Kak Azlitamasammanis dan kak ita pulak ambik kat blog Kak Wan. Dua-dua otai blogger masakan yang sangat leia kagumi dengan kreativiti  mereka dan gambar-gambar yang cantik-cantik belaka.....kedua-duanya memang terbaik. Kak ita kata penggunaan tepung ubi kayu dalam adunan ini menjadikan adunan menjadi cantik, tidak serap minyak dan tidak berpecah . Yang ni leia pinjam ayat kak ita tau....untuk kak wan dan kak ita terima kasih banyak-banyak diatas segala ilmu yang dikongsikan, semoga ALLAH juga yang dapat membalasnya. Semoga kak Wan dan Kak ita diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki. Ok akak berdua leia C&P resipinya disini ya.....Thanksssss banyak-banyak akak berdua atas perkongsian resipi ini ......best sesangatttt!!!!





KUIH KERIA SIRA GULA MELAKA

Original Resipi : Kak Wan

Sumber : Kak Azlitamasammanis


250 gm keledek putih atau oren
1 sudu besar tepung ubi
80 gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Untuk Menyalut Keria
80 gm gula pasir
3 sudu besar air

Rebus keledek keledek hingga empuk dan lenyek ketika masih panas
Masukkan garam, tepung ubi dan tepung gandum, uli hingga bergaul sempurna dan tidak lekat di tangan
Timbang doh seberat 40 gm setiap satu
Bulatkan dan leperkan
Bentukkan lubang bulat di tengah
Setelah siap, goreng terendam dalam minyak yang sederhana panasnya hingga kuning keemasam
Angkat dan toskan minyaknya
Biarkan sejuk


Untuk menyalut keria
Sediakan kuali
masukkan gula dan air dalam kuali dan masak hingga gula pekat
Masukkan keria gaul rata sehingga adunan gula tadi jadi bertali
Segera tutupkan api
Terus mengacau hingga gula kering dan menyaluti keseluruhan bahagian kuih
Di hidangkan segera

* jika menggunakan keledek oren, tambahkan sedikit sukatan tepung kerana keledek oren sangat lembut

Yang sira gula melaka yang leia buat

2 ketul gula melaka sederhana (berat dalam 90gram, sebab leia buat 2 adunan keria ni ya)
2 @ 3 sudu makan gula pasir (ikut rasa manis yang anda inginkan)
6 sudu makan air

Cincang gula melaka supaya senang dan cepat cair, masukkan dalam kuali bersama dengan gula pasir dan air. Mask sampai gula cair/larut , mendidih dan pekat dan gula jadi macam bertali sma macam kita nak masak untuk sira yang biasa. Pastu tutup api dan masukkan kuih keria tadi dan digaul rata. Pastu bolehlah dihidangkan. SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...