Saturday 15 November 2014

KARIPAP TOK UMI (mak Kak Lina)

Assalammualaikum,

Karipap ni sangat sedap,bekfes Rabu aritu.Memang favorite sekeluarga.Sebelum ni leia penah cuba resepi yang kebanyakannya minyak dipanaskan @ marjerin yang dicairkan takpun guna air sejuk/ais.Tapi resepi mak Kak Lina(FB) tak yah panaskan minyak dia,tapi memang best kejadian dia sangat sedap dan rangup.Sejuk pun still ok ja kulit karipap dia.Leia buat 2 inti satu sardin (hasil lebihan buat karipap roti aritu & inti keledek)yang sardin ada tanda ya,leia guna pewarna celup kat toothpick calit skit kat karipap tu.Yang inti keledek tu leia masukkan daging kes nak abiskan daging cincang yang masih berbaki,yang ni leia buat ikut cara leia.Ok jom nengok resepi ya.


KARIPAP SARDIN DAN KELEDEK
Resepi : FB LinaKz Shaari

Bahan Pastri:
5 Cawan Tepung Gandum
3/4 Cawan Minyak (tak perlu dipanaskan)
3/4 Cawan Air or 1 Cawan air + garam

Cara :
Tuang minyak sedikit- sedikit pada tepung & gaul rata.
Kemudian tuang air sedikit-sedikit pada adunan tadi & gaul rata.....sehingga menjadi doh,buat bulat-bulat.
Canai doh,bubuh inti & kelim...dapat lebih kurang 37 biji.
Kalau nak buat frozen,goreng kejap karipap.Bila karipap dah tak panas bolehlah pack.Selamat Mencuba.

Nota Kak Lina:
*Kak lina guna cawan biasa untuk sukatan ,bukan cawan metrik.
*Sukatan air + garam (3/4 cawan or 1 cawan) bergantung pada kualiti tepung gandum ya(tuang air sikit-sikit dulu,sekiranya dah cukup lembut...tak perlu habiskan sukatan air + garam.)

Inti Karipap Tok Umi
Bahan-bahan:
Kentang (potong dadu)
Rempah Kari Ayam
Bawang Merah*
Bawang Putih *
Halia*
Ayam(dadu, potong kecil)
serbuk Kunyit 
Gula,garam
Daun Sup
Daun Bawang
Serbuk Lada Hitam
Kiub Ayam
Blend Bahan yang bertanda *

Cara:
Tumis bahan yang diblender sehingga naik bau,bubuh rempah kari(tak perlu bancuh dengan air,bubuh je serbuk tu sbb bhn blender tadi dah ada air)Kacau-kacau....klau air dah kering bubuh air sikit...tumis sampai rempah masak.Dalam mangkuk lain gaul ayam dengan serbuk kunyit,gula & garam.Bila rempah dah masak bubuh ayam yang dah digaul tadi.Bubuh sedikit serbuk lada hitam.Bubuh kentang & air...pastikan paras air tutup kentang ye(kira ngam ngam la)...bubuh garam & kiub ayam.tutup kuali.Jangan lupa kacau-kacau ye...takot hangit plak...bila air dah sedikit kering & kentang dah 1/2 masak....rasalah kentang tu.Klau nak tambah garam ke kan.....bila kentang dah masak,bubuh daun sup & daun bawang.Kacau -kacau rata.Siap.Selamat Mencuba.

Yang ni inti sardin leia style
4 biji Bawang Besar - cincang halus
1 tin Sardin besar - toskan & hancurkan isi dia
Cili Padi - ikut suka nak pedas level memasing
1 biji limau kasturi - ambik airnya ja
Garam 

Cara:
Panaskan minyak,pastu tumiskan bawang besar sampai agak karamel pastu masukkan cili padi masak lagi sampai layu.Masukkan sardin dan sikit sos sardin td ,garam & juga jus limau,masak lagi sampai kering.Rasa -rasa agak ok padamkan api.Sejukkan & bolehlah digunakan.

Inti Keledek Daging Leia
1 Biji Bawang Holland - cincang halus
5 biji keledek -size dia comey -comey ja(kuriuh plak tu)-didadu kecil supaya senang nak empuk
1/2 cawan daging cincang(ramly punya cun cun ja banyak ni)
1 Kayu manis
2 Cengkih
2 Bunga lawang
2 Pelaga
2 sudu makan Cili kisar
3 sudu makan Serbuk rempah Kari daging
Daun bay/1 tangkai Daun Kari
Lada Hitam
Garam,Gula @ serbuk Secukup Rasa
Daun sup
Daun Bawang
Air secukupnya

Cara:
Panaskan minyak,tumiskan bawang holland sampai karamel,masukkan kayu manis,cengkih,bunga lawang & pelaga pastu masukkan cili kisar dan serbuk rempah masak sampai naik bau.Pastu masukkan keledek,kacau -kacau bagi sebati masukkan daging cincang ,daun bay @ daun kari.Masukkan air,kacau lagi bagi sebati,masukkan lada hitam garam,gula @ serbuk secukup rasa.Masak sampai keledek empuk dan kering pastu masukkan daun sup dan daun bawang,gaul sebatikan semuanya,rasa agak-agak ok.padamkan api biarkan sejuk dan bolehlah digunakan.
*kalau tak abis inti boleh guna untuk buat karipap roti ya.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...