ASSALAMUALAIKUM,
Hellooooo.......darlings darlings semua ^_^. Apa kabaq? Harap harap sihat ye. Tinggai beberapa jam lagi jew kita dah meninggalkan 2015. Sekarang ni leia nak clearkan stok 2015 secepat mungkin....kemarin try buat asyik tak leh nak up gmbr....so arini nasib baik ok. Bingka ubi yang sangat sedap ni leia buat bekfes isnin aritu yang gemuk sket kat bawah sekali tu ye bukan yang nipis ni.... tapi yang versi nipis ni yang lama punya tak berapa nak segak sangat sebab tu simpan dulu. Masa dapat ubi yang sejemput nih gatai tangan jugak kita nak menyagat sebab dah lama tak makan bingka ubi kayu ni. Pastu leia bakar guna magic pan tu jew. Serius cepat sangat dari guna oben sep karan :P. So yang bawah ni nak kata blondies ubi kayu pun bleh jugak sebab nipis ^_^. tapi mak kata syedappppp sangat bleh la lepas tingin nak makan bingka.
Yang ni ghupa sebenaq bingka segak sket dari yang atas ni. Ok la kan layan jew. Yang ni pun leia bakar guna magic pan..... yang ada lebih sket sket tu leia letak dalam muffin mould.
Untuk resepi yang best ni leia ambik dari Kak Azlita Masammanis
Dan kak Ita plak ambik dari Kak Yatie
dan asalnya dari Kak An Periuktanah ....tqvm kak An untuk resepi yang senang dan sememangnye sedap. Izin leia share disini pulak ye. Buat kak Ita dan Kak Yatie terima kasih kerana memanjangkan lagi resepi yang best simple dan senang nih ^_^. Jom try membuatnya.
HAPPY TRYING DARLINGS ^_^
BENGKANG @ BINGKA UBI KAYU
Bahan-bahan:
- 4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. Susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut(sy xparut sb xde pemarut, blend sikit2, tapis air n gnakan air yg sma utk blend seterusnya)
- 2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
- 1 cawan gula pasir ~ ita lebihkan sikit gula
- 1/2 sudu teh garam
- sedikit pewarna kuning
Cara membuatnya:
- Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah. Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal. Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan. * kalau guna loyang 8x8 pun ok.
- Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.
Tips Kak An: Kak An kata ramai yang tanya kenapa bengkang Kak An lembut dan lemak manis, Kak An kata kalau nak macam tu juga, ikut resepi ni, jangan tambah atau kurangkan. Banyak resepi kuih berasaskan ubi kayu yang Kak An baca dalam majalah atau blog mempunyai arahan berbeza dalam penyediaannya. Contohnya ada yang dicampur air, ditapis dan buang hampasnya, ambil sagunya sahaja dan kemudian dicampur tepung...
Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan
Bagi Kak An mudah sahaja; ubi kayu yang siap diparut tu, terus dicampur santan, gula, garam dan masuk loyang terus. Kacau, dan masak... tak perlu tepung sebab ubi kayu ni dah berkanji... loyang pun tak perlu dilengser kerana santan pekat menyebabkan kuih tidak melekat dan senang dipotong dengan syarat kuih telah cukup disejukkan
No comments:
Post a Comment