Wednesday, 23 December 2015

RAHSIA NASI LEMAK YANG SEDAP


ASSALAMUALAIKUM,

Nasi lemak ni exceli leia buat ahad yang lepas lepas ^_^. So arini baru nak terhupdate :P. So tak mo crita panjang....nasi lemak yang sedap nih leia ambik dari blog Cik Mat Gebu yang femes tu ya. Banyak tips pasi nasi lemak ni yang leia ambik dari CMG antaranya kalau nak nasi lemak yang sedap gunalah beras basmathi dan santan juga memainkan peranan yang penting, kalau kurang santan santan maknanya nasi kureng berperisa...jadinya bukan nasi lemak la.

CMG kata guna santan yang pekat sedikit dan secara semulajadi nasi lemak akan jadi cantik dan berkilat setelah masak....dan kalau boleh gunalah santan yang segar ye.

Kata CMG lagi  kalau suka nasi lemak yang berderai, kita boleh kukus nasi lemak itu ye. Masak dulu dalam periuk nasi (kalau nak masak atas dapur gas pun boleh jugak....tapi CMG syorkan guna rice cooker untuk lebih selamat). Bila nasi dah kering dan suis pada rice cooker bertukar pada 'warm'....kita off kan dan terus alih nasi tadi ke dalam kukus dan pastikan dasar kukus anda dilapik dengan daun pisang dan dicucuk cucuk agar wap boleh tembus ye. Ratakan nasi lemak atasnya dan buat beberapa lubang pada nasi menggunakan chopstick atau sudu. Kukus 20 - 25 minit atau hingga nasi betul betul masak. Tapi kalau kita plan nak kukus, pastikan santan dikurangkan sedikit, contohnya 4 cawan besar basmathi, selalunya 6 cawan santan. Anda boleh gunakan 5 cawan santan sudah mencukupi. Terima kasih banyak banyak CMG untuk tips memasak nasi lemak yang sedap nih, izin leia C & P kat sini plak ya :)

Kepada semua Selamat Mencuba ya !




RAHSIA NASI LEMAK YANG SEDAP

Resepi oleh : Adnan Ibrahim a.k.a CMG


BAHAN-BAHANNYA :-)

4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
6 cawan santan segar (kalau anda niat nak kukus nasi lemak tadi, guna 5 cawan saja)
1 batang serai, diketuk
1 helai daun pandan
1 inci halia, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, belah 4
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN PELENGKAP :-)

Sambal tumis (bolah guna sambal tumis ikan bilis, sotong, udang atau kerang)
Telur rebus, dibelah 2 setiap 1 (boleh juga guna telur dadar atau telur mata kerbau)
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng
Timun, dihiris
Ayam goreng berempah (optional)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan beras, kemudian masukkan ke dalam periuk nasi elektrik (rice cooker). Masukkan serai, bawang putih, halia, daun pandan dan santan. Tambah garam (3/4 camca teh dah cukup, sebab kita hanya nak kan rasa lemak2 saja bukan masin). Kacau rata dan masak seperti biasa. Bila nasi lemak cukup tanak, gemburkan dengan chopstick dan off kan rice cooker untuk mengelakkan nasi berkerak.
  2. Kalau anda nak kukus, lepas nasi lemak masak (bila suis rice cooker beralih dari cook kepada warm), alih nasi lemak ke dalam kukus yang telah dipanaskan dan dialas dengan daun pisang. Kukus, 20 - 25 minit hingga nasi betul2 masak.
  3. Hidangkan nasi lemak tadi dengan sambal tumis, telur rebus, hirisan timun, kacang tanah goreng, ikan bilis goreng dan ayam goreng berempah, jika suka. Sesuai untuk sarapan pagi atau bila2 masa sahaja.... Selamat mencuba!!

exceli sambal ni buat campak campak jew..... kalau nak try bolehlah mencuba ya ^_^

SAMBAL TUMIS CARA LEIA 

3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
(diblend halus ya)
1 helai daun pandan - disimpul
1 mangkuk sederhana penuh cili kisar
1 genggam ikan bilis digoreng dan dikisar
1 sudu makan pati asam jawa
1/2 ibu jari belacan
Gula merah dan gula pasir secukupnya
Garam

Cara caranya :

Panaskan minyak dan Tumiskan bahan blend sampai naik bau. Pastu masukkan cili kisar, ikan bilis kisar tadi dan daun pandan dan masakkan lagi sampai naik bau pastu masukkan pati asam dan belacan dan perasakan dengan gula merah, gula pasir dan garam. Masak dengan api perlahan dalam lebih kurang satu setengah jam dengan kuali bertutup dan kadang dibuka untuk dikacau ya. Rasakan sekali lagi kot kot ada yang terkurang pastu siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...