Saturday, 28 November 2015

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES


ASSALAMUALAIKUM,

SELAMAT HARI GHAYER :)......hihihi. Mengukis selepas ari ghayer pastu dia fening seket dahla duk hadap lappy pepagi buta ni....maklumlah macam ghajin jer menghupate :P. Hokey tak mo stori mori panjang panjang, kukis ni terjadi sebab leia rasa lapaq nak makan kukis (ok kan alasan dia camtu) sebabnya ghayer aritukan ayaq mogok.....ngek! Layan yer.....seperti yang suma sedia maklum kukis ni memang sedap dan senang. Resepi ni sebenaqnya leia ambik dari blog Kak Azlita Masammanis  dan kak ita dapat dari Naz Cute Oven, Small Kitchen dan Naz pulak ambik dari Happyhomebaking. Thanks bebanyak ladies. Sekut ni memang melt in mouth....shedapppp sesangat. HAPPY BAKING!!!!. sori ya ai tak larat nak stori bebanyak pepagi nih !!!! ^_^



MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES

Sumber   : Happyhomebaking
Sumber 1 : Naz Cute Oven, Small Kitchen
Sumber 2 : Kak Azlitamasammanis              


Bahan bahan :

125 gm mentega (leia guna unsalted butter)
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon vanilla paste, untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoons serbuk koko, optional (ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80gm tepung kek/tepung gandum


Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambah esen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit (Naz simpan 20 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak (celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas ( tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).

Nota :
Leia tak letak serbuk koko hanya buat yang plain saja dan tak drizzle coklat macam kak ita buat....tapi leia letak gula castor yang dititikkan dengan sedikit pewarna merah digaul rata dan ditabur selepas cookies dikeluarkan dari oven ini idea dari buku Siri Blogger Masakan Biskut Raya Nor Azlita Abdul Aziz(Kak Ita la tu ^_^)

Saturday, 21 November 2015

DONUT SEMPOI




ASSALAMUALAIKUM,

Hi apa kabaq suma :)....donut sempoi ekceli leia buat sabtu yang lepas baru niari nak hupdate :P. Maklumlah bz memanjang. Pastukan kita buatkan si BM tu bekerja untuk sekian lamanya dia berehat panjang.....pastu dah menguli tetiba tengok dough keraih (*pastu leia jerit).Sebabnya teloq tak masuk....huwaaaa.....ngek betoi la leia ni. Punyalah excited lama tak keja guna yis berbagai + ceciwi dengan BM sendiri :P.....tu la sapa suruh rehat lama sangat kan dah kena suruh si BM tu buat dua kali keja menguli + dengan proofing sekali......hadoiiii. Nampak tak berapa nak sempoi sangat la....tapi still gebus. Padan muka leia....the moral of the story , jangan suruh BM rehat lelama sangat nenanti tuan dia suka excited lebeyyy. Resepi asal dari Chef Asma dengan teknik menguli donut ni menggunakan Trio Bread Maker. Klau sesapa yang nak beli Trio Bread Maker bolehlah ke sini FB Chef Asma. Leia ambik resepi ni dari kak Azlitamasammanis. Thanks to Chef Asma Dan kak Ita yang memanjangkan lagi resepi yang marbeles ni (walaupun leia terlupa bubuh teloq memulanya )Ok jom check resepinya. HAPPY TRYING....

DONUT SEMPOI

Resepi Oleh : Chef-Asma
Sumber Resepi : Kak Azlita Masammanis

Bahan Bahan :

500 gram tepung roti @ tepung high protein @ tepung gandum (sebaiknya tepung roti)
10 gram instant yeast @ 1 paket mauripan
1 sudu besar bread softener - optional
60 gram mentega
60 gram gula halus
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar susu pekat manis
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam @ secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais

Minyak untuk mengoreng terendam
Gula castor @ gula icing ikut kesesuaian untuk menyalut donut (yang ni leia taruk sedikit cinnamon powder)

Kaedah menggunakan Bread Maker

Masukkan semua bahan ke dalam bread maker (kecuali minyak untuk mengoreng dan gula kastor/ gula icing utk salut donut).
Set pada button uli doh dan biarkan bread maker mengambil alih tugas menguli.
Masa ni bolehlah buat kerja lain.....memasak ke...basuh baju ke...kemas rumah ke....sidai baju ke....lipat kain ke....sebab tu di namakan Trio Bread Maker boleh buat dua tiga kerja sambil mengguli ^_^.
Bila dah siap, tumbuk tumbuk doh keluarkan angin.
Pastu bolehlah bulat bulatkan anggaran berat satu doh tu 40 gram, jadi dapatlah dalam 25 keping doh @ donut nanti.
Kemudian rehatkan kejap, tutup atasnya dengan kain @ palstik dan simpan kejap dalam ruang yang hangat sikit....macam dlam almari @ oven yang tidak di on tau !!!
Kejap aje ya dalam 10 minit.....takut nanati klau lama dia naik sangat.
Kemudian tekan tekan dia bagi penyet sikit dan tebuklah lubang kat tengah tengah dia.
Panaskan minyak dan bolehlah goreng.
MInyak jangan panas sangat nanti cepat hangus diluar dan dalam tak masak pulak.
Dan jangan kurang panas pula nanti donut serap minyak tak sedap pulak. Minyak yang sedang sedang aje.
Balik balikkan doh masa mask supaya naiknya cantik dan sekata masaknya.
Kemudian bolehlah salutkan gula.

Tips untuk salut gula

Kak ita letakkan gula dalam plastik bag.( leia ikut tips ni)
Masukkan donut dalam 2 @ 3 keping dalam bag plastik tersebut dan goncang goncang biar gula bersalut padaa donut sekata.....hihi tak berserak dapur dengan gula dan dapat jimatkan gula juga ^_^.



Thursday, 5 November 2015

BINGKA TEPUNG BERAS YANG SEDAP




ASSALAMUALAIKUM

Apa kabaq semua :). Lama tak bersiaran yew. Almaklumlah bz memanjang tak dak ari yang tak bz :P. Ok lah tak mo cita pelik pelik,kuih ni kuih lejen yang paling leia suka masa kecik kecik dulu. Tapi semakin hari kuih ni klau carik kat luar memang dah tak jumpa.Last skali leia rasa lama dah tapi tak berapa nak berlemak dan kurang kick macam dolu dolu punya rasa. Leia kalau bab kuih lejen lejen macam ni baru sekarang terhegeh hegeh nak belajar membuat.....ni pun nasib baik jadi.....fuh lega ^_^.....tapi rasanya lama jugak nak abis membakar ni....agak agak kalau pakai oben memang cam ni eakk. Sebab ni pestaim buat kuih ni aritu pun pestaim jugak buat bingka pandan, rasa lama sangat dari nak bako kek. Kuih ni bukan buat arini tau dah lama dah tangkap pun men pakai enpon jew sebab waktu pagi nak p keja lagi la ....malaih nak berkamera berbagai la.... asal boleh jew :P. Ok la jom layan resepi cuba ya best dan sedap sangat dan simple sangat. Thank you Chef Thyaga untuk resepi yang best ni.




BINGKA TEPUNG BERAS

RESEPI OLEH : Chef Thyaga

Bahan bahan:

300gm tepung beras
75gm tepung green pea flour
250gm gula
1800ml santan dari 2 biji kelapa
1 sudu teh garam
Tin size 8cm



Cara menyediakan:

  1. Satukan kesemua bahan dalam periuk dan kacau hingga pekat dan berkilat.
  2. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang di sapu dengan minyak.
  3. Bakar dalam oven 200cc hingga masak dan garing di atasnya. Biarkan kuih benar benar sejuk baru potong.







Monday, 19 October 2015

BLACK MAGIC CAKE




ASSALAMUALAIKUM,

Kek ni cerita kemarin.....dibuat kerana ada request owang nak memakan la plak. Hajat dihati ni sebenaqnya leia nak buat kek len...last sekali jadik yang macam kat atas ni. Nenanti buat banyak-banyak tak abis plak rugi weyyyy! Kek ni buat tak dak topping ganache macam selalu......just di tabur chocolate chip strawberi ngan putih.....yg choco chip putih tu jadik kaler macam butterscotch plak lepas bakaq :P. Tapi janji sedap. Kek ni sebenaqnya kek yang selalu leia buat terutamanye masa ghayer......sebabnye dia senang sangatttttt!!!!. Dan bebudak pun suka coklat-coklat ni, tapi kalau letak gananche memang abis la kusyen-kusyen kuuuuu!!!! Kek ni tak yah mixer berbagai, just hand whisk jew. Walaupun dlm resepi tu dia kata guna mixer tapi disebabkan dia cair sesangat jadi untuk leia just hand whisk saja. Cepat dan jimat masa terutamanya masa nak ghayer....ye la kitakan keja, masa tak berapa nak cukup....so cari yang remeh temeh free ^_^. So jom semak resepinye. HAPPY BAKING!


BLACK MAGIC CAKE
Sumber : My Baking Addiction

Ingredients:

2 cups sugar
1 3/4 cups all-purpose flour
3/4 cup HERSHEY’S Cocoa(leia guna dark choco Jenama Meriah)
2 teaspoons baking soda
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon salt
2 eggs
1 cup buttermilk or sour milk*
1 cup strong black coffee OR 2 teaspoons powdered instant coffee plus 1 cup boiling water (selalunya kek ni jadi pojaan bebudak jadik leia just guna air panas didih, tapi klau nak serve untuk orang dewasa leh tambah instant coffee skali dan dia sangat sedap bila ditambah coffee)
1/2 cup vegetable oil (leia just guna canola)
1 teaspoon vanilla extract


Directions:

  1. Heat oven to 350F. Grease and flour two 9-inch round baking pans or one 13x9x2 inch baking pan. Stir together sugar, flour, cocoa, baking soda, baking powder and salt in large bowl.
  2. Add eggs, buttermilk, coffee, oil and vanilla; beat on medium speed of mixer 2 minutes (batter will be thin). Pour batter evenly into prepared pans.(leia guna hand whisk jew)
  3. Bake 30 to 35 minutes for round pans, 35 to 40 minutes for rectangular pan or until wooden pick inserted in center comes out clean.
  4. Cool 10 minutes; remove from pans to wire racks. Cool completely.
  5. Frost as desired.


Notes:


To sour milk: Use 1 tablespoon white vinegar plus milk to equal 1 cup.

Bahan Topping @ Ganache Coklat
Sumber : Cekgu Hana

  • 100ml whipping cream/fresh cream
  • 250g coklat masakan gelap (dark coklat)
  • 1 sudu besar golden syrup (untuk kurangkan pahit coklat)
  • 1 sudu besar butter ( untuk topping yang berkilat)

Sementara itu buat topping/ganache coklat.Panaskan whipping cream/fresh cream sebentar (tak perlu hingga mendidih). Jika tiada boleh sub dgn susu segar/susu cair tapi kurangkan sukatan 50ml. Masukkan coklat masakan. Kacau hingga cair dan licin. Kemudian masukkan syrup dan juga butter. Kacau sebati. Tuang ke atas kek yang dah sejuk tadi.

Tuesday, 29 September 2015

JAPANESE DARK PEARL CHIFFON CAKE



ASSALAMUALAIKUM,

Japanese Dark Pearl Chiffon Cake......acerne nama dia ....best kan kan kan!!!!. Leia jumpa kek ni masa jejalan kat pinterest. Kalau jejalan kat pinterest ni rambang mata tau suma nak buat.(Ko ingat ingat sopink je bleh rambang mata! )Masak-masak pon leh rambang mata tau :P. Jenuh sungguh leia duk menambah nama dalam list.......list yang tak akan mengecil tapi semakin panjang. klau dia buat ayaq mogok lagi.........mati la makcik ni. Kek ni kejadian sebenaqnye sebelum ghayer aritu tapi macam besa tak sempat nak hadap laptop. Kek ni sebenaqnya telah diperkenal oleh Aunty Yochana dan sangat fofular among chinese blogger. Dolu-dolu leia ghajin jugak jenguk dapur aunty tapi tak penah jumpa pon. Kek ni menurut kata yang penah membuatnya  masing-masing bagi testimoni yang sangat best. Ada different dari kek coklat yang biasa. Mungkin disebabkan penggunaan cooking chocolate dan sedikit tepung yang menjadikan dia moist dan ada tekstur souffle. Seriusssss sedap.Oleh kerana disebabkan Anncoojournal adalah orang pertama yang leia jumpa pasai kek ni, leia pun guna resepi dari anncoo. Tak nyesal buat...... cer try buat. HAPPY BAKING!!!!


JAPANESE DARK PEARL CHIFFON CAKE
Source :Anncoojournal

Ingredients:

3 Egg yolks(70g egg)
35g Corn Oil
60g fresh milk
80g Dark Chocolate (Anncoo guna valrhona, tp leia guna cooking chocolate meriah jew)
15g Cocoa powder 
35g Plain flour
1/4 tsp Baking Powder
1/4 Baking soda
3 Egg whites
50g Sugar
1/2 tsp Lemon juice
     
     
     Method :

  • Melt chocolate in a double boiler and stir till smooth, set aside. (I microwaved for 45 seconds)
  • In a large bowl, beat egg lightly with a hand whisk, followed by oil, milk and melted chocolate, stir well.
  • Combine flour, cocoa powder, baking powder and baking soda together and sift into the egg yolk mixture, mix till combined and smooth to a thick paste.
  • Whisk egg whites at high speed till foamy, add lemon juice into it. Then gradually add in sugar and beat to stiff peak.
  • Lastly fold egg whites into the yolk mixture in 3 batches till well combined.
  • Pour the batter into a 17cm chiffon pan and gently tap the pan on the table top to get rid of any trapped bubbles.
  • Bake in preheated oven at 165C for about 40 minutes at 2nd lower rack in the oven,
  • Invert cake pan immediately and let to cool down completely after baked.



    BINGKA ROTI KUKUS PANDAN





    ASSALAMUALAIKUM,

    Hi! apa kabor suma :) Harap- harap sihat la ya......maklumlah dalam keadaan berjerebu ni macam-macam leh terjadi (macam-macam????....bukan demam je ke?):P.Kita pun tengah 'berjerebu' jugak. Hokaylah.....Bingka Roti Kukus Pandan ni sarap leia pagi ni sebabnya tak mo membazir ghuti yang tak abis. Tak baik membazir dalam keadaan ekonomi yang macam sekarang ni......cuma kena ghajin jew sket, gerenti macam-macam bleh jadik. Sedap gak yang kukus ni selalu buat versi omputih jew Bread and Butter Pudding. Tapi yang ni old skool skit versi melayu punya. Mak dolu-dolu penah buat versi kukus ni, tapi sejak leia take over dapoq, leia asyik buat yang omputih style jew. Klau lagi ghajin kata cekgu hana boleh buat kuah skali tapi makan camni pon dah ok. Ok jom semak resepinya. SELAMAT MENCUBA!!!

    BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

    Sumber : Kak UmmiHomesweethome,Notabilia
    Olahan Semula : Cekgu Hana

    Bahan-bahan
    • 8-10 roti keping putih - lagi sedap roti paun
    • 400ml santan  @ ( 200ml santan kotak KARA + 200ml air )
    • 3/4 cawan gula halus (yang ni leia kluarkan 1 1/2 sudu makan)
    • segenggam kismis ( leia guna kurma yang dicincang)
    • 4 biji telur
    • 1 sudu kecil garam halus
    • 1 sudu kecil pes pandan @ kisar 10 helai daun pandan bersama santan kelapa kemudian tapis
    • sedikit pewarna hijau - jika perlu
    Cara-cara
    • Koyakkan roti dan ketepikan. Satukan santan, garam, gula, pes pandan dan juga telur. Kacau sebati.
    • Masukkan roti dan kismis kemudian rendam lebih kurang 5 minit. 
    • Sapu loyang dengan sedikit mentega/marjerin.
    • Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30minit.
    • Sejukkan dahulu kemudian potong dan hidangkan.

    Saturday, 26 September 2015

    RED PEARL COOKIES




    ASSALAMUALAIKUM,

    Aidiladha aritu leia mengukis.....kukis tersedap abad ini :P. Maklumlah aidilfitri yang lepas tak leh nak buat kukis. Ayaq mogok....hokay stop tak mo crita dah. Ok jom semak resepi.

    RED PEARL COOKIES
    Resepi Oleh : Jaja FnR
    Rujukkan 1  : Zack Zachoes
    Rujukkan 2  : Kak Azlita Masammanis

    Bahan-bahan :

    150gm butter 
    150gm tepung gandum 
    75gm gula halus atau gula kastor
    60gm cornflakes 
    50gm coklat cip 
    25gm almond nibs 
    1st esen vanila 
    ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang  

    Mula-mula kita satukan butter dan gula.
    Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
    Masukkan tepung dan gaul rata
    Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
    Sudukan atas dulang pembakar
    Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
    Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi

    Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
    Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
    Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...