Thursday 24 March 2016

ROTI JALA DAN KUAH KARI AYAM YANG SEDAP




ASSALAMUALAIKUM....

Selamat Malam semua pengujung blog ^_^....Hokey arini leia nak nak hupdate roti jala yang sememangnya sesangat sedap dan memang kekal lembut sampai ke petang (untuk kes leia tak sempat ponnnn sat ja dah abis). Karinya ialah INDIAN CHICKEN CURRY resipinya DISINI ya... Resepi roti jala ni plak dari ticer yang cantik jelita Cekgu Sue ...TQVM kak Sue untuk resipi yang sememangnya mabelesssss sedapnya ....leia share kat sini plak ya kak ...muahhhh ciked ^_^.Ok Jom semak resepinya .....HAPPY TRYING LOVELIES !!!


ROTI JALA YANG KEKAL LEMBUT DAN SEDAP

Resepi Oleh : Cekgu Sue

Bahan-bahan : 
3 cawan tepung gandum 
3 1/2 cawan air 
1/2 cawan minyak masak 
2 biji telur gred A 
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning 
-Adun sebati semua bahan di atas. Sue masukkan dalam blender dan  kisar. Kemudiannya, tapis.

Bahan lain :
-sedikit mentega untuk di griskan pada kuali
-sehelai daun pandan untuk menyapu mentega (sebagai ganti kepada  berus)
-acuan roti jala berbentuk corong (boleh dibeli di kedai barang  plastik dengan harga rm1.30 sahaja)

Cara penyediaan : 
  1. Griskan sedikit mentega pada kuali leper.
  2. Tunggu sehingga kuali panas dalam api sederhana. Isikan roti jala ke dalam acuan dan buat gerakan membulat yang kecil-kecil hingga membentuk satu bulatan yang besar, anggaran diameter 6 inci. (Saiz terpulang pada kesukaan anda). Tunggu sehingga masak, sekejap saja anggaran 2 minit. Setelah masak, tidak perlu kalih roti jala. Terus angkat dan lipat.
  3. Ulangi proses ini sehingga habis.

*tips penting : sebelum anda menjala pada kuali, pastikan adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar secara jaluran panjang, bukannya menitis. Jika menitis, membentuk titik seperti bedak sejuk, bermakna adunan anda terlalu pekat. Tambahkan air sedikit-sedikit dan kacau sebati.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...