Wednesday, 23 December 2015

KUIH TALAM UBI KAYU


ASSALAMUALAIKUM,

Kuih talam ubi kayu ni leia buat untuk bekfes ahad yang lepas....serius sedap sangat. Lama tak makan talam ubikayu...sebabnya ubi kayu yang susah nak jumpa sesangat sekarang nih. Bila dah jumpa ubi kayu nih dia jadi ciwi sat macam tak penah jumpa macam macam benda duk dalam kepala ni.Macam macam kita nak buat dengan ubi yang sejemput nih. Tak pa la kita cabut undi sapa yang kena jadi kita buat dia dulu la. Talam ubi kayu nih yang naik number dulu ^_^. Jadi sok sok kalau ada rezeki lagi kot kot jumpa lagi ubi kayu kita wat yang len plak. 

Resepi talam yang sedap ni leia ambik dari blog Kak Azie yang kak azie ambik dari Bdaria yang mana sumber resepi ni dari Kelas Talam 2 Chef Asma.Terima kasih untuk kakzie , Bdaria dan Chef asma untuk resepi yang best ni. Izin leia share kat sini plak ya. 
Happy Trying semua !





KUIH TALAM UBI KAYU

Sumber 1 :Bdaria 
Sumber 2 :Kak Azie
Ori resepi : Kelas Talam 2 Chef Asma

Lapisan Bawah 
Bahan bahan :

700g ubi kayu (parut dan timbang)
100ml santan pekat
300ml air
250g gula castor
Sedikit pewarna kuning

Cara cara :

Satukan kesemua bahan bahan ke dalam periuk dan kacau rata. Masak semua bahan bahan sehingga pekat.
Tuang ke dalam loyang dan kukus selam 25 minit. Lapik plastik untuk memudahkan kuih dikeluarkan dari loyang.


Lapisan Atas
Bahan bahan :

100g tepung beras
50g tepung ubi
50g tepung gandum
2 tsp garam
300ml santan pekat
800ml air

Cara cara :

Bancuh semua bahan bahan diatas.
Tapis ke dalam periuk, masak sehingga naik wap.
Tuang ke atas lapisan bawah.
Kukus selama 30 minit.







Tuesday, 22 December 2015

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'


ASSALAMUALAIKUM,

Ari ahad aritu baru terseru nak buat si kekedut yang memang sesangat viral beberapa bulan yang lepas. Ramai yang duk pakat membuat brownies kekedut ni dan ada juga yang dah berbisnes dengan kekedut nih. Semoga murah rezeki depa. 

Leia sebelum ni hanya jadi pemerhati saja tenguk macam macam versi resepi yang duk lalu lalang kat ig dengan fb. Tapi kekedut ni adalah resepi yang pertama leia tangkap masa kat fb aritu siap simpan sampai ke arini ada beberapa jenis kekedut dalam koleksi leia and leia decide untuk guna resepi untuk percubaan pertama kekedut leia. Ok la juga tapi macam tak puas ati sangat dengan dia punya kekedut....bukan salah resepi tapi salah leia...rasa rasanya ai memang terlebih kacau sangat adunan dia nih. Leia ambik resepi dari Shuhairi Shuhaini ,yang telah dikongsikan oleh sahabat ignye sis Cik Cek yang telah menerai n error resepinye pastu dikongsi plak oleh Sis Ayu. Terima kasih bebanyak kepada Shuhairi, Sis Cik Cek dan Sis Ayu...moga murah rezeki anda semua dengan perkongsian resepi yang memang terbaik ni. Dan izin leia berkongsi disini plak ya ^_^.
HAPPY BAKING !






CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT'

Sumber 2 : Shuhairi Shuhaini
Sumber 1 : Sis Ayu
Resepi asal : Sis Cik cek

Bahan bahan :

400g Chocolate compound - potong kasar
150g butter (leia guna unsalted)
100g Gula Perang (leia guna 80g sj)
100g Gula Caster (leia guna 80g sj)
4 biji telur (leia guna A)
1 sudu kecil Vanilla esen
100g tepung naik sendiri*
30g serbuk koko* (* disatukan dan diayak)
100g walnut - dibakar dan dicincang (leia tambah yang ni)

Cara caranya :

  1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat compound dan mentega.Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula caster, telur dan esen vanilla, gaul sebati.
  3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
  4. Masukkan sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
  5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles  sedikit mentega.
  6. Tuang dlaam loyang dan ratakan.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing masing.
  8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
  9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.

 Nota dari Shuhairi :

- Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
- Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sudu kecil serbuk   penaik.
- Gunakan butter bermutu tinggi dan chocolate compound yang bermutu   tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Boleh juga tambahkan kekacang jika suka.






Monday, 21 December 2015

KARIPAP


ASSALAMUALAIKUM,

Hi! Hi! Hi!......:) Karipap ni memang sedap....seyes sedap...coma ghopa dia macam ada jerawat sket. Ok la tu ya....leia goreng pepagi ari jumaat aritu. Dengan gigihnye leia menguli memalam sampai siap suma kul 1 pagi kes tingin punya pasai :P....pastu sok bangun lak nak p keja mata pun still berat lagi.....mengoreng separuh ngantuk gitu....tu yang jadi lagu tu, tapi still sedap. Resepi ni leia ambik kat blog Ros Jintanmanis yang terkenal dengan ghuti ghuti yang mabeles. Leia pun banyak belajaq buat ghuti dari blog Ros ni la. Ros plak ambik dari AlongRoz dan asalnya dari Blog resepianakbapak. Terima kasih bebanyak kepada Ros, AlaongRoz dan resepianakbapak untuk resepi yang sangat best nih.....izin leia share kat sini plak ya. HAPPY TRYING semuanya!

Hasil gorengan separuh ngantuk camni la jadiknya.....tapi menten sedap :)


KARIPAP

Asal resepi : resepianakbapak.blogspot.com
Sumber 1    : AlongRoz
Sumber 2    : Ros Jintanmanis

Karipap ni menghasilkan 36 ketul

Bahan bahan :

500g tepung 
50g tepung beras
50g tepung ubi
1 sb gula
1 st garam
2 1/2 sb marjerin *
1/4 cawan minyak * (*panaskan)
Air (ros guna air sejuk yang dalam peti ais)

Cara cara :
  1. Campurkan kesemua bahan bahan kering. Tuangkan minyak panas dan gaul rata. Tuangkan air sedikit sedikit sehingga membentuk doh lembut.
  2. Bahagi doh kepada bebola kecil. Leperkan dan isi dengan inti kesukaan (Along guna inti keledek dan daging). Buat sehingga habis.
  3. Goreng dengan minyak dalam sehingga garing. Along goreng separuh masak dan bekukan untuk hidangan kemudian).

Nota : Selepas doh di uli, ros perap doh ni dalam peti ais selama 1 jam, baru keluarkan pada suhu bilik langkah ini penting supaya semua bahan dalam adunannya mesra dan membuatkan adunan lebih rapuh.

Untuk Inti Keledek (resepi Ros@jintanmanis.com)
*Leia gandakan 2 untuk inti nih ya...sebab suka meratah inti karipap nih....:)

1 biji keledek saiz besar (bleh diganti dengan kentang)
1/2 gengam ikan bilis (bleh ganti dengan daging @ isi ayam)
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili kisar
Garam

Cara caranya :
  1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blender udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
  2. Kemudian masukkan bahan yang diblender tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1 cawwan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.



SERAWA PISANG DAN KELEDEK




ASSALAMUALAIKUM,

Serawa pisang dan keledek ni exceli pestaim leia buat sendirik. Kalau sebelum ni mak yang buat....arini cam tunjuk skill buat serawa :P. Serawa jew pun nak kecoh.....tapi kalau silap aribulan bleh tak jadi tau....lagi lagi kalau santan terpecah minyak....ni ghopa jadik macam ni kiranya ok la tu. Asalnya hanyalah resepi serawa pisang saja yang leia ambik dari blog Kak Fizalgk tapi leia sesaja tambah keledek...ok gak camni. Serawa ni leia buat ari sabtu aritu pastu makan plak dengan sekut hupseng.....perghhhh....sedap giler :P. Terima kasih bebanyak kak fiza untuk resepi yang sedap ni....nih leia nak share kat sini plak ya. HAPPY TRYING semuanya.



SERAWA PISANG DAN KELEDEK

Asal dan Sumber : Kak Fizalgk

Bahan bahan:

8 biji pisang - dipotong serong 
2 biji keledek sederhana jew - yang ni leia tambah ya...pastu rebus hingga lembut
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1/4 cawan sagu biji - direndam seketika dan toskan
Dua helai daun pandan - dicarik dan disimpul
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan gula melaka - kak fiza tak letak, leia pun sama
Secubit garam

Cara memasak :
  1. Didihkan air dan rebus sagu hingga menjadi jernih. Tapis dan siramkan dengan air sejuk. Ketepikan seketika.
  2. Di dalam periuk lain, didihkan 4 cawan air bersama daun pandan. Masukkan pula pisang yang telah dipotong.
  3. Seterusnya masukkan sagu, gula, garam dan santan. (masa ni juga leia masukkan keledek).
  4. Masak dengan api yang kecil hingga mendidih. Sekiranya kurang manis bolehlah di tambah sedikit gula.
  5. Kacau sentiasa agar santan tidak pecah dan matikan api dapur setelah masak sempurna.
NOTA DARI KAK FIZA :
- pisang yang sesuai seperti, nangka, abu, tanduk atau raja untuk membuat pengat kerana teksturnya yang agak kenyal.
- berangan untuk kek, muffin, apam atau di makan begitu saja.
- bleh di pelbagaikan dengan mencampurkannya bersama ubi keledek, ubi kayu, sukun atau nangka.







Tuesday, 15 December 2015

KEK RED VELVET MOIST TERBAEKKKKKK


ASSALAMUALAIKUM,

Hai!hai!hai!...... :) Kek Red Velvet Moist ni memang sedap sangat. Untuk leia ini yang the best ever RVC .....sebelum ni leia penah juga buat rvc ni tapi tak ingat resepi yang mana satu...sedap dan moist juga tapi yang ni lagiiiiiiii sedapppppp. Kiranye TERBAEKKKKK la untuk anak tekak leia dan family. Ni pun leia buat lepas lama jugak simpan resepi. Thanks Cekgu Hana untuk resepi yang best sangattttt nih. Ok jom semak resepinye. HAPPY BAKING DARLINGS!



KEK RED VELVET MOIST
Resepi oleh :Cekgu Hana
Idea resepi :Divascancook

Bahan-bahan
  • *2 cawan tepung kek/superfine
  • *2 sudu besar serbuk koko
  • *1 sudu kecil baking powder
  • *1 sudu kecil soda bicarbonat
  • *1 sudu kecil garam
  • 1 cawan buttermilk - resepi di bawah
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar pewarna merah
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi (leia tambah 1tbsp nescafe...serius sedap sgt yang ni kalau resepi asal dicadangkan jangan skip part ni)
  • 2 biji telur A
  • esen vanila

Topping
  • 250g cream cheese @ satu ketul
  • 1/2 cawan whipping cream
  • 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer
  • 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara
  • Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan  susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan.
  • Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus. 
  • Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.


Monday, 14 December 2015

PAJERI NENAS DAN TERUNG YANG SEDAP




ASSALAMUALAIKUM,

Pajeri nenas dan terung ni pestaim leia buat.....fuyooo!!! memang sedap sangattttt!!!!. Tapi sebenaqnya pajeri  ni hanya nenas saja tapi leia buat tambahan sket taruk terung 2 biji. Rasa macam makan kat kenduri pajeri tau....lagi sedap dari kenduri. Resepi ni leia ambik dari dapuq Mamawandiha a.k.a Ratna.......menurut Ratna ni versi paling mudah. Untuk beginnner macam leia yang baru nak belajar masakan tradisi ni tentunya mencari resepi yang agak mudah sebab kadang kadang masakan tradisi ni walaupun dikatakan senang tapi mencabar jugak kalau tak kena gaya dalam erti kata len tak jadik la masakan tu  :). Terima kasih Ratna untuk resepi yang sedap ni. Jom semak resepinye.



PAJERI NENAS DAN TERUNG

Resepi asal oleh : Mamawandiha a.k.a Ratna


Bahan-bahan :


1 biji nenas biasa (morris @ Josephine) - dikupas dan hiris sesuai selera

2 biji terung - belah 2 * leia tambah
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari ikan *
3 sudu besar rempah kari daging * - bahan bertanda * dibancuh dengan air jadikan pes
Minyak secukupnya
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik ( yang dah siap ditumbuk homemade ye) Leia guna beli punye
Garam secukup rasa
 Serbuk perasa


Bahan Hiris Halus :


1 inci halia
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
(kalau suka boleh tambah 1 sudu besar udang kering direndam dan di tumbuk halus - Madiha tak letak pun masih sedap juga)

Cara Menyediakan :



  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan hiris serta kulit kayu manis dan kawan kawannya ( 4 sekawan) sehingga layu dan wangi. Masukkan pes rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya rempah tidak hangus.
  2. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
  3. Masukkan santan, garam, perasa serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan hirisan nenas. Sentiasa dikacau kacau supaya tak membuak.
  4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta nenas masak pastu masukkan terung dan kacau kacau lagi sampai terung agak lembut.
  5. Sedia dihidangkan bersama nasi putih atau nasi berperisa. Selamat mencuba !

Saturday, 28 November 2015

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES


ASSALAMUALAIKUM,

SELAMAT HARI GHAYER :)......hihihi. Mengukis selepas ari ghayer pastu dia fening seket dahla duk hadap lappy pepagi buta ni....maklumlah macam ghajin jer menghupate :P. Hokey tak mo stori mori panjang panjang, kukis ni terjadi sebab leia rasa lapaq nak makan kukis (ok kan alasan dia camtu) sebabnya ghayer aritukan ayaq mogok.....ngek! Layan yer.....seperti yang suma sedia maklum kukis ni memang sedap dan senang. Resepi ni sebenaqnya leia ambik dari blog Kak Azlita Masammanis  dan kak ita dapat dari Naz Cute Oven, Small Kitchen dan Naz pulak ambik dari Happyhomebaking. Thanks bebanyak ladies. Sekut ni memang melt in mouth....shedapppp sesangat. HAPPY BAKING!!!!. sori ya ai tak larat nak stori bebanyak pepagi nih !!!! ^_^



MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES

Sumber   : Happyhomebaking
Sumber 1 : Naz Cute Oven, Small Kitchen
Sumber 2 : Kak Azlitamasammanis              


Bahan bahan :

125 gm mentega (leia guna unsalted butter)
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon vanilla paste, untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoons serbuk koko, optional (ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80gm tepung kek/tepung gandum


Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambah esen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit (Naz simpan 20 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak (celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas ( tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).

Nota :
Leia tak letak serbuk koko hanya buat yang plain saja dan tak drizzle coklat macam kak ita buat....tapi leia letak gula castor yang dititikkan dengan sedikit pewarna merah digaul rata dan ditabur selepas cookies dikeluarkan dari oven ini idea dari buku Siri Blogger Masakan Biskut Raya Nor Azlita Abdul Aziz(Kak Ita la tu ^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...