Saturday, 19 March 2016

KARIPAP PUSING



ASSALAMUALAIKUM,

Karipap pusing @ karipap pusar @ karipap lapis @ spiral curry puff ^_^ atau apa apa je nama yang korang panggil dia ....kalau nama jew karipap dia memang favorite sepanjang zaman. Dari bebudak sampai la ke mak bebudak dan bapak bebudak suma orang sukakannya ^_^. Hasil yang leia buat ni tak berapa cantik sesangat lapisnya....bolehlah juga nampak lelapis tu dari tak nampak ....tapi kalau nak tengok hasil yang cantik tertarik dan memang debommmm dan juga tutorialnya sekali boleh singgah ke blog tuan punya asai resipinya Kak Sheila Spice Journey. Thank You kak untuk resipi yang best ni....leia share kat cini plak ya ^_^.....HAPPY TRYING SEMUA !!!




KARIPAP PUSING

Resepi Asal Dari Kak Sheila Spice Journey

Bahan Doh A:
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar Veg shortening
2 sudu besar marjerin

Bahan Doh B:
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam @ secukup rasa
1/2 cawan air - anggaran


Untuk inti karipap keledek bolah ambik resipi DISINI

Cara membuatnya:
Satukan semua bahan untuk doh A. Gaul hingga sebati dan boleh dikepal atau dibulatkan. Kemudian dibahagikan kepada 4 bahagian dan dibentukkan menjadi bulat , ketepikan.

Untuk doh B, panaskan minyak dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung. Buat satu kawasan lekuk ditengah tepung tu untuk menuangkan minyak panas. Gaul rata dengan senduk atau sudu dulu (awas minyak panas) sehingga menjadi seperti serbuk roti. Bancuhkan garam bersam air dan tuangkan ke dalam tepung dan minyak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli. Uli hingga sebati dan agak tidak melekat ditangan. Kemudian doh itu dibahagikan kepada 4 bahagian yang dibulatkan juga.

Gelekkan 1 bahagian doh B yang telah kita bahagikan tadi dan masukkan pula 1 bahagian dari doh a pula. Bungkuskan menjadi bulat dan ketepikan. Ulangi untuk doh doh seterusnya.
Doh yang telah dibungkus dan disatukan tadi, digelek agak sederhana, tak tebal sangat dan tak nipis sangat. Kemudian digulung dan digelekkan lagi sekali di atasnya. Sama juga macam tadi, sederhana tebalnya dan digulung lagi. Ulangi untuk doh seterusnya. selepas proses ini direhatkan sebentar dalam 10 - 15 minit gulungan gulungan doh supaya dia agak mesra dan lembut. 

Selepas itu, ambil gulungan doh tadi dan dipotong kepada 6 bahagian. Gelekkan jangan terlalu nipis dan tidak terlalu tebal yer....Klau nipis sangat, taakut pecah dan agak payah untuk dikendalikan dan jika tebal sangat pun tak sedap rasanya nanti. Yang sedang sedang saja.....Isikan inti secukupnya, jangan penuh sangat takut pecah lapisan tu nanti. Manja tul la karipap ni kann....seb baek sedap.

Panaskan minyak untuk mengoreng. (Pesanan dari mak kak Sheila....karipap pusing kena goreng ddengan minyak yang betul betul panas). Api tak boleh kecil sangat tapi janganlah besar sangat pulak yer. Kalau api kecil, minyak akan menyerap masuk ke celah celah lapisan tu dan ini akan menyebabkan karipap itu cepat pecah ketika menggoreng. Penyudahnyakang tinggal rangka jer karipap kita, isi semua terburai keluar. Kena goreng dengan apikuat jugalah dan kena pantas balikkannya. Lagi satu jika goreng dengan api kuat karipap pusing  akan kurang serap minyak. Taklah berminyak sangat masa nak makan nanti. Goreng hingga berwarna keperangan. Toskan perlahan minyak ditepi kuali sebelum diangkat keluar. Letakkan dulu ke dalam bekas yang berisi kertas serap minyak atau tisu dapur. Bolehlah dihidangkan.


CENDAWAN GORENG CRISPY



ASSALAMUALAIKUM,

Ok yang ni crita lama....jadik tak mo panjang panjang crita jom zassss resepinya....




CENDAWAN GORENG CRISPY

Resepi dari DayangJack .....salah satu blog yang leia suka singgah antaranya kerana kek kek lapisnya yang best n mabelesss. TQVM DayangJack....leia share kat sini pulak ya :)


Bahan Bahan :
  • 250 g cendawan (dicuci bersih dan dikeringkan)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 sudu besar mentega
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • sedikit lada sulah
Cara Cara :
  1. Kisar/blend semua bahan kecuali cendawan hingga sebati. 
  2. Siat-siatkan cendawan jika perlu. 
  3. Panaskan minyak secukupnya untuk goreng terendam. Pastikan minyak betul-betul panas.
  4. Celupkan cendawan ke dalam adunan tadi dan gorenglah hingga garing keemasan. Kemudian toskan.
  5. Hidangkan panas-panas bersama sos cili atau sos bermayonis.

ARROWHEAD CHIP/KEREPEK NGA KU



ASSALAMUALAIKUM.....
Adehhhhhhhh............ panjang dak!!!!sebenornyelah kerepek ni dibuat masa ghayer cina doluuuuuuuu :P. Tetapi disebabkan tetiba sitenet ni buat hal masa kita tengah syiokkkkkk duk menghupdate maraton kekononnyelah waktu tu la....keluar macam macam tah apa apa dia pun dah tak ingat dah......jadi beberapa kali jugak la waktu tu pastu kan kan kita pun jadik lemau la jugak :P. Kerepek ngaku ni leia penah post dolu kat DISINI....oklah jom semak resipinye....HAPPY TRYING!!!




KEREPEK NGA KU/ARROWHEAD
Recipe by Cekgu Hana ......Thank You cekgu 

Bahan bahan :

Nga Ku @ arrowhead secukupnya
Garam + air = air garam (leia tak taruk air garam just guna flavour pepper )
Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara cara:

Kupas kulit ngaku. Basuh dan bersihkan kemudian keringkan.
Panaskan minyak. Sagat ngaku dan goreng hingga keperangan.
Sebelum angkat, renjiskan air garam ke dalam kuali dan kacau seminit kemudian angkat dan toskan.
Dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.

Yang ni juga antara resipi yang penah leia try.....silalah cuba ^_^


ARROWROOT CHIPS
Recipe by Amy Beh

500g arrowroot bulbs (nga ku)
Salt to taste
Oil for deep frying

Wash and peel arrowroot
Slice the arrowroot thinly using a mandolin. 
Lightly sprinkle some salt over the arrowroot slices.
Arrange the slices on atray and dry well by patting with paper towels.
Heat the oil in a wok and deep fry the slices of arrowroot to a light, golden brown colour. Do not overcrowd the wok when frying. Dish out and drain on paper towels.
Allow to cool completely before storing in an airtight container.

Kalau nak tau banyak lagi pasal arrowroot/ngaku boleh check di 
blog Wendy






Gambar ni kita terlupa plak nak letak.....ni ghupanya buah ngaku atau arrowroot/arrowhead...sekian terima kasih ^_^

Sunday, 14 February 2016

TALAM PISANG PANDAN


ASSALAMUALAIKUM,

Hi! ^_^ berturut turut kita malam ni ye....hambik ko....Ni pun hasil dari kebanjiran pisang di rumah leia aritu...so jadiknya ialah Talam Pisang Pandan yang sedap dan lembut sesangat nih. So sila la semak resepinya di bawah ye. Selamat mencuba dearies ^_^.




TALAM PISANG PANDAN

Untuk Kak Yatiememories terima kasih untuk resepi yang sesangat sedap dan lembut nih....leia share disini ya. TQVM kak Yatie.


Bahan Utk Lapisan Bawah-loyang bulat 9 inci
  • 3 1/2 cawan santan cair
  • 1 1/4 cawan tepung beras.
  • 1/2 cawan tepung gandum.
  • 1/2 cawan gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 1 cawan pisang lenyek.
  • sedikit pewarna kuning

Cara-caranya:
  1. Bancuhkan semua bahan-bahan di atas kecuali pisang.Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan.Bila hampir pekat masukkan pisang dan kacau rata.Masak hingga keluar wap.
  3. Alaskan loyang dengan plastik dan sapukan sedikit minyak, tuangkan adunan kedalam loyang.Adunan ni agak likat jadi ratakan dengan senduk plastik agar sekata ketebalannya.
  4. Kukus hingga masak (dlm 15 minit) dan cakar-cakar dengan garfu pada permukaannya.Ketepikan. Sekiranya ada sedikit air di permukaan, sengetkan loyang dan buangkan air tu guna sudu je/ lap guna tisu dapur.

Bahan Utk Lapisan Atas:
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan jus pandan (3 helai daun pandan dan dikisar bersama air, tapiskan)
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-caranya:
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi. Masa tuang adunan, pastikan tiada takungan air di permukaannya.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.

KEK PISANG LEMBAB DAN SANGAT LEMBUT


ASSALAMUALAIKUM,

Hi!Apa kabor pengujung blog ^_^. Lama sungguh leia tak bersiaran. Bz yang tak penah nak abis abis + tetiba mood malaih melanda + line tenet tenat nak up gambaq cemput (alasan memanjang :P).

Kek pisang ni asainya dah buat lama hasil kebanjiran pisang bulan january aritu....february bru hupdate :P. Hasil dari pisang yang banyak ni jadi la kek pisang yang sedap dan lembab tapi disebabkan ada kesilapan teknikal dari pihak leia kek ni tekstur dia jadi macam bengkang/bingka. Antaranya ialah leia terlupa nak biar pisang yang leia lecek ni pada suhu bilik.....ok silap leia ye bukan pemberi resepi nih ^_^.....apa apa pun meten sedap.....len kali buat len ^_^. Kek pisang penah dan sangat viral tahun lepas selepas orang yang membuatkan kek nih popular yang juga seorang baker popular  sis Duyung Sweet Laling telah mendapat tempahan dari Tunku Mahkota Johor yang juga peminat kek pisang. Untuk penyumbang resepi auntie Yatie, Yatie dan juga yang memanjangkan resepi ni Kak Itamasammanis....terima kasih bebanyak moga moga kalian semua dimurahkan rezeki kerana berkongsi resepi yang best ni walaupun leia jadi bengkang/bingka :P. Selamat Mencuba sayang sayang semua ^_^. Kak ita leia copy and paste kat sini ya....TQVM kak .




KEK PISANG LEMBAB

Resepi Oleh : Auntie Yatie
Rujukan     : Yatie
Sumber      : Kak AzlitaMasammanis

350 gm pisang yang masak ranum
200 gm gula halus
3 biji telur A
1/2 sudu teh ovellete ~ optional
250 gm tepung
1 sudu teh baking powder
100 ml susu segar atau susu cair
125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
badam cincang ~ jika suka

Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
Untuk kek yang ita sedikan , ita menggunakan butter yang di cairkan.
Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak

Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan  bertukar warna pucat keputihan.
Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair ~ ita guna susu segar
Terus putar
Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
Tutup mixer
Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata

Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. ( jika ikut resepi yatie dia bakar menggunakan api bawah sahaja. Tapi ita menggunakan api atas dan bawah tapi yang api atas ita kurangkan suhunya)
*Oven ni kita kena panaskan 15 minit awal ya, sebelum kita masukkan kek.

Tuangkan adunan ke dalam loyang
Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. Kalau ada sagat untuk buat kerepek pisang boleh gunakan, kalau tak ada potong dengan pisau tapi nipis-nipis. kalau tebal nanti ia tenggelam
Taburkan badam cincang di atasnya jika suka

Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
Bergantung pada kepanasan oven masing-masing.
Untuk pastikan kek dah masak, cucuk dengan lidi, di bahagian tengah menyerong. Jika lidi keluar kering, menandakan kek dah pun masak. Jika lidi masih basah, bakar semula dan tambahkakan masa lagi 5 ~ 10 minit.

Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai
Kek ni kalau di biarkan semalaman, permukaan atas kek akan lembab dan macam basah-basah gitu.
Sedap sangat...!


Tuesday, 5 January 2016

CHOCOLATE BROWNIES 'KEDUT' LAGI PENUTUP 2015

ASSALAMUALAIKUM,

Ok yang ni sebenaqnya crita penutup 2015 aritu.....betoi betoi penutup ^_^. Resepi still yang sama kat sini ya DISINI...dibuat atas permintaan ramai :P. Nak letak juga gambaq kat sini sesaja nak bagi ramai gambaq sket kat sini.....hehehehe. Antara sebabnya kenapa makcik gigih sessangat nak letak post nih kat sini ialah makcik dah ter'telan' banyak sangat kekedut nih total sumanya almost 1kg.....huwaaaaaaa.....bulan depan tak mo baking kek coti sebulan. Ok itu jew nak kabor ^_^.


APAM PISANG GEBU

ASSALAMUALAIKUM,

Post pertama ari ke5 tahun 2016 ^_^. Sarap ari sabtu aritu hasil kebanjiran pisang berangan kat umah nih. Dapat la buat kek pisang dan talam pisang....nennt ya makcik hupdate slow melow :P. Apam ni dah penah buat dulu DISINI....sedap tau memang gebussss. Dah la gebus pastu senang jewwww...tutup mata pun boleh buat *_^. Cer try buat. Resepi dibawah ni ya.....HAPPY TRYING!


APAM PISANG GEBU

Resepi oleh : Kak LinaKz Shaari...... Tqvm kak untuk resepi yang sangatttt sedap nih ^_^.

Bahan Bahan :

1 cawan pisang lenyek
1/2 cawan minyak (leia guna canola)
1/2 cawan susu pekat
3/4 cawan gula perang (Leia guna 2/4 + 2 tbsp jew)
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1/2 sk baking powder

Cara cara :

Panaskan Kukusan. gaul rata semua bahan. Perap 20 minit. Sapu minyak pada acuan. Bila kukusan dah panas boleh mula mengukus. Bubuh adunan 3/4 acuan saja.....nanti dia naik tinggi. Kukus 40 minit dengan api besar. Siap. Selamat Mencuba.
**Kalau guna acuan lompang/seri ayu kukus 15-20 minit.
**Balut penutup periuk kukus dengan aluminium foil/kain untuk elak air menitis pada apam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...