Friday, 23 January 2015

PISANG GORENG BERCHEESE





ASSALAMUALAIKUM

Pisang goreng bercheese ni sarap ahad aritu......mmmm macam besa la klau bab nak menhupdate ni memang terhegeh - hegeh. Kalau namanya pisang goreng memanglah makanan peberet rakyat Malaysia, tak kira la pagi ka, tengahari ka atau pun petang sampai la ke malam memang boleh dapat dimana mana saja ada jual dan suma bangsa suka dengan pisang goreng ni. Cuma sejak akhir - akhir ni ada aksesori tambahan untuk pisang goreng ni untuk nak bagi sedapkan lagi dan menyihatkan :P lagi terutamanya untuk pengemar pisang goreng ni. Bagi leia nak layan style yang macam ni boleh tapi leh selalu ya nanti len plak jadinya.....maklumlah aksesori tambahan dia memang agak berat dan sangat sedap klau selalu dijamu dengan style yang macam ni parah la jawabnya :P. Ok lah jom semak resepi tepung goreng pisang cara leia dan boleh digunakan untuk keledek, ubi kayu atau yang seangkatan dengannya.

PISANG GORENG BERCHEESE

Bahan - bahan untuk tepung goreng:

1/2 cawan tepung goreng rangup Adabi(atau apa apa brand pun ok)
7 tbsp tepung beras
2 tbsp tepung jagung
secubit garam
air secukupnya
1 1/2 tbsp bijan (opt)

Bahan sampingan:
Cheddar cheese secukupnya
Susu pekat manis
Gula perang
Serbuk kulit kayu manis
Parutan cooking chocolate
Chocolate rice

Cara membuatnya:
Satukan kesemua bahan bahan tepung didalam mangkuk bancuh adunan tepung agak - agak tak cair dan tak pekat sangat, pastu bolehlah digunakan untuk mengoreng.

Cara Penyediaan:
Letak pisang yang telah digoreng didalam pinggan, tuang susu cair atau gula perang dan taburkan serbuk kulit kayu manis dan parutkan cheese pastu boleh juga parut cooking chococlate atau tabur chocolate rice. Ikut suka mana satu pilihan masing - masing ya. SELAMAT MENCUBA :)



Monday, 19 January 2015

APAM BUTTER





ASSALAMUALAIKUM

Apa kabar suma...harap-harap sihat la ya.Lama leia tak bersiaran kat cni,sebabnya....jeng jeng :P .....bila kita nak menghadap jew laptop ni mata pun mula la nak buat hal....ye la kita ni balik keja tunggang langgang pula buat keja kat ghumah pastu mula kureng la plak energy walaupun nak hadap laptop.Nak taip pun dah tak larat dah huruf- huruf tu mula nampak mengembang la triple la punya la banyak .....last - last tutup laptop tidoq abis cite ^_^. Ni sarapan minggu lepas kalau tak silap ari isnin aritu...layan jew la...:) Apam ni kalau seingat leia la agak fofular juga waktu tu..... dan yang semestinya sangat sedap. Jom semak resepi ni.

APAM BUTTER
Resepi : Kak Fiza Myresepi

(A) Bahan bahan untuk gula hangus:
11/2 cawan gula pasir
1 cawan air
250 gram butter

(B) Bahan - bahan:
1 cawan gula pasir
4 biji telur
3 cawan tepung gandum ayak bersama
2 sudu teh soda bikarbonate
1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila


  1. Cara buat gula hangus : Masukkan gula dalam periuk, masak dengan api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega, kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yang masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dengan tepung gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama setengah jam.
  6. Panaskan pengkukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dalam acuan. Adunan ni jika dituang penuh ke dalam acuan pun tak mengapa sebab semasa masak dia tak akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 minit - 2- minit. Tutup pengkukus dengan kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. SELAMAT MENCUBA.





Tuesday, 6 January 2015

KEK COKLAT KUKUS MUNIRA

ASSALAMUALAIKUM

SALAM MAULIDUR RASUL untuk semua umat Islam .......Apa kabaq semua? Harap -harap sihat la no.Bagi yang tak terjejas dengan banjir mestilah berada dalam keadaan yang sangat - sangat baik  dan selesa rasanya. Kalau ada pun sedikit kesukaran anggaplah ianya kasih sayang daripadaNYA. Bagi yang terlibat dalam banjir semoga segala urusan mereka dipermudahkan oleh NYA. Hanya doa yang mampu kita berikan kepada mereka. Berat mata memandang berat lagilah bahu yang memikul. 
Okaylah....bagi pengemar kek coklat resepi ni adalah yang terbaik dalam koleksi leia.Asal resepi dari kak Munira Baharum KR yang femes dengan kek karamelnya tapi leia ambik kat blog Hana , hana pulak ambik kak kak Noor Masri. Kek coklat ni sebenarnya memang pernah menjadi kegemaran leia dan penah suatu masa dahulu (cam lama ja bunyi dia :P) hampir setiap minggu asyik membaking kek coklat jew , mak lagilah memang tak layan, adik pun kurang juga, leia ja asyik duk melantak sorang - sorang sampai jarum timbang tu rosak(paham paham ja la.....heheheh). Waktu tu mulalah panic dan sebenaqnya dah sampai tahap 'keminatan' kat kek coklat ni berkurangan. Sampai satu masa rasa - rasanya dah boleh kira setahun berapa kali  jew buat kek coklat ni, tu pun masa raya sebab senang jew kek ni,sekali harung jew bahan - bahan dia untuk kita yang kesuntukan masa. Kek memang sedap , Hana dan kak Noor Masri pun kata sedap....serius rugi kalau tak cuba. Dan satu lagi penggunaan bahan berkualiti seperti serbuk koko dan minyak juga memain peranan untuk mendapatkan hasil yang lagi baik Okaylah jom semak resepi kek yang sangat sangat best ni.





KEK COKLAT KUKUS MUNIRA
Asal :  Muniara Baharum FB Kongsi Resepi
Ambik : Kak NoorMasriHana

Bahan A
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko (leia guna van houten)
1 cawan susu cair (hana guna guna fresh milk)
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak ( leia guna sunflower oil)
1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tak  de

Semua bahan diatas gaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkaan sekejao bila dah sebati.

Bahan B - diayak
3/4 cawan tepung gandumm
1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder

Bahan C
4 biji telur - diblender (tp Kak Noor & hana pukul hingga kembang, leia pon sama)

  1. Satukan bahan B dan bahan C ke dalam bahan A secara berselang seli dan gaul dengan senduk je.
  2. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang di gris dan dilapik kertas minyak.
  3. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yang pertama takut ke jadi mendap.
COKLAT GANACHE
Resepi : Munira Baharum FB

100gram serbuk koko 
1/2 - 3/4 tin susu pekat @ agak - agak manis yang sesuai
25gram butter
5 sudu makan @ 30ml susu cair @ full milk (leia tambah lg 7 sdm sebab nak ganache ni cair skit)

Gaul semua sampai sekata dan licin kemudian masak atas api perlahan sampai campuran tu nampak berkilat....pastu sejuk kejap baru tuang atas kek.





Thursday, 1 January 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015

ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT TAHUN BARU 2015 semoga kita dikurniakan oleh ALLAH keberkatan dan mendapat rahmat dariNYA.
Arini buat sup ayam versi tumis,masak pun dah lewat sebab leia ada urusan di luar , dalam duk cari- cari nak makan kat mana last last balik ke rumah juga la masak. Sup ni setiap orang ada versi mereka  yang tersendiri, campak-campak ja pun dah boleh jadi sup.Sup ni Leia buat pun 1/2 ja saja ayam tu sebab kuantiti dalam rumah pun tak berapa banyak. Ok jom semak resepi ya....:)



SUP AYAM

Bahan-Bahannya:
1/2 ekor ayam potong  ikut suka memasing
4 ulas bawang merah @ kecik (2 ulas bawang besar)*
3 ulas bawang putih*
0.5 cm halia (yg ni agak-agak ja kalau tumbuk halus jd 1 tsp sj)*
Bahan bertanda * ditumbuk halus ya
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 cengkih
2 pelaga
1 batang carrot dipotong memanjang @ bulat-bulat
1/2 kubis bunga sederhana ja - potong ikut suka
2 biji ubi kentang dipotong 4 setiap biji
1 tiub egg tofu( tak letak pun tak pa)
1 paket putik jagung (ada 7 batang) - potong ikut suka
2 kiub ayam
1 daun bay
1 tbsp lada hitam kalau yang tumbuk sendiri lg best
1 1/2 tsp minyak bijan
9 cup air @ ikut kehendak memasing
4 sudu makan  sunflower oil untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup secukupnya dihiris halus

Cara membuatnya:
Panaskan minyak pastu tumis bawang merah,bawang putih dan halia sampai naik bau. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang , cengkih dan pelaga. Kacau lagi sampai naik bau pastu masukkan carrot, kubis bunga, ubi kentang, ayam dan air.Kacau-kacau pastu masukkan minyak bijan, lada hitam, daun bay, kiub ayam dan garam.Didihkan sampai ayam agak-agak separuh 3/4 empuk, carrot dan ubi kentang juga pastu masukkan egg tofu dan didihkan lagi dan rasakan kalau-kalau perlu di tambah garam dan tambahlah ikut kesesuaian memasing dan masukkan daun sup, padamkan api.Sedia dihidangkan dengan nasi atau mee atau keow teow ditambah lagi dengan cili padi kicap.Walla!!! Syok wooo!!!!


Tuesday, 23 December 2014

APAM PISANG GEBU

ASSALAMMUALAIKUM


Ni lagi cerita tertunggak...2 kali sabtu...hehehe.Nape jadi macam ni.Apam ni sangat sedap dan gebu.Pestaim buat apam pisang ni,sebelum ni tak berapa menggemari apam pisang tak tau kenapa....kek pisang pun kureng sikit.Tapi memandangkan pisang emas yang kat rumah tu yang macam tak berapa nak laku,dari biar hitam kat situ maka terjadilah apam ni.Cari punya cari jumpa lah apam ni kat umah Kak Yatie yang asalnya dari kak Azita Zain.Kalau nak melepat dah memang selalu dan antara yang faveret dan satu lagi cokodok pon memang faveret sesangat.Cokodok ni kalau sapa tak suka memang pelik....:P
Apam ni agak basah skit kat tengah- tengah dia, mak kata mungkin sebab pisang banyak ayaq kot,tak pa len kali kita kukus lama skit....kot-kot dia jadi lagi elok,yang ni tak pa sebab pestaim ^_^.Apa -apa pun apam still sedap and gebus dan tak mengecewakan dan leia ada tambah chocolate rice yang ada cun cun ja 2 Tbsp berbaki dalam peti ais tu....marvelos sungguh.Jom la try buat apam yang best ni.




APAM PISANG GEBU
Sumber 1 : Azita Zain
Sumber 2 :Kak Yatie

Bahan-bahan :
8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan (Kak yatie guna pisang yang dah dilenyek dalam 1 cawan- leia pun sama)
4 biji telur
1 cawan gula
3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
2 Tbsp Chocolate rice (leia tambah)

Cara-caranya :
  1. Panaskan kukusan. Glis loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung. Ketepikan.
  2. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan
  3. Lenyekkan pisang hingga hancur dan ketepikan dulu.
  4. Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisk hingga gula hancur.
  5. Masukkan minyak dan sebatikan.
  6. Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
  7. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan kacau hingga rata.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang.
  9. Kukus dengan api sederhana selama 40 minit.
NOTA :
  1. Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
  2. Boleh tambah cokelat urai ke dalam adunan jika suka.
  3. Jika guna acuan kecil-kecil dan comei comei,kurang masa mengukus.15 minit sudah memadai.




Monday, 22 December 2014

BZ Yang Tak Penah Abis

ASSALAMMUALAIKUM

Donut ni sebenarnya crita sabtu minggu yang lepas lepas....baru nak dihupdate :P.Crita bz yang tak penah abis abis.Tu duk ada beberapa lagi yang tengah tunggu utk keluar ja....Adoiiii la(tepuk dahi dah ni) nak buat macamana ni .....nape jadi macam ni pun tak tau la....:P. Apa apa pun donut resepi dari Izah Daut ni bukanlah pertama kali membuatnya,memang tak menhampakan best sangat. Donut ni asal nama di bagi oleh Izah ialah Donut Lembut Salut Coklat  tapi leia tak buat cuma salut dengan gula caster yang di campur  dengan sedikit serbuk kulit kayu manis. Donut ni antara yang terbaik dalam koleksi donut leia...okla jom check resepi.




DONUT LEMBUT IZAH DAUT
Resepi : Izah Daut
Di Try Oleh :  Leia Ahmad

Bahan Bahan :
2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
* satukan bahan diatas dan biarkan berbuih untuk memastikan yis aktif

3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air - lebih kurang
2 - 2 1/2 sudu besar butter/marjerin


Cara membuatnya :
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis, dan marjerin. Uli sehingga licin atau tak melekat di tangan. Biarkan doh di dalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembap sehingga doh kembang.
Bila doh kembang, tumbuk - tumbuk untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda. Biar sebentar donut naik * 15 - 20 minit * dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat. Sedia dinikmati.

Penggunaan BM:
Masukkan bahan bahan mengikut turutan arahan BM masing - masing.




Friday, 5 December 2014

Bulan Kebizian Telah Berakhir .......Meh Makan Cake :)

ASSALAMMUALAIKUM,
Rasa lamanya tak jenguk cni...masa yang amat-amat ketat...fuhhhh....Nak kata tak masak......masak cuma main campak-campak ja....^_^.Dah lama mengidam nak buat kek ni.....akhirnya kek ni yang dah lama diperam resepinya jadik juga kek.Ok jugak rasa dia macam kek carrot yang len,cuma penambahan choco powder dan orange zest saja yang nampak kelainannya.Moist tetap moist walaupun simpan dalam peti ais.Oklah sudi-sudilah mencuba tak rugi.... :)




CHOCOLATE ORANGE CARROT CAKE WITH CREAM CHEESE FROSTING
Sumber : Majalah Flavours

Cake Batter
375ml palm oil or red palm oil(leia guna canola jew)
4 large eggs
300g plain flour, sifted
280g caster sugar
25g unsweetened cocoa powder
2 teaspoons baking soda
1 teaspoon salt
450g finely shredded carrot
70g walnuts, toasted and chopped coarsely
Zest from 1 orange

Frosting
500g cream cheese, at room temperature
120g salted butter, at room temperature
120g icing sugar
Zest from 2 oranges

Decoration
100g chocolate, grated(tak letak pun)

To prepare cake:Line two 23x23 cm cake pans with baking paper. Preheat oven to 180C. Using an electric mixer, beat the oil and eggs in a large bowl until mixture is thick and well incorporated, about 2 minutes.
  Add flour, sugar, cocoa powder, baking soda and salt; beat at low speed to blend. Increase speed and beat for 1 minute longer; at this point, the batter will be very thick. Stir in the carrot, walnuts and orange zest.
  Divide batteer between prepared pans. Bake for about 25 to 30 minutes or until a skewer inserted into centre comes out clean. Remove from oven and allow the cakes to cool in the pans for about 10 minutes, then turn out onto a rack to cool.

To prepare frosting: Beat creeam cheese, butter and icing sugar in a bowl until fluffy. Whisk in the orange zest.

To assemble cake: Place 1 cake layer on a serving platter. Spread with a layer of frosting. Top with the second cake layer. Spread remaining frosting over top and sides of cake. Use a plastic fork to create a pattern of lines around the sides of the cake. Decorate with grated chocolate and chill before serving.(leia guna spatula kecik ja pastu tarik tarik keatas bagi nampak macam...apa nak panggil pun tak tau :P) Pis Yo!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...