Tuesday, 29 September 2015

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN





ASSALAMUALAIKUM,

Hi! apa kabor suma :) Harap- harap sihat la ya......maklumlah dalam keadaan berjerebu ni macam-macam leh terjadi (macam-macam????....bukan demam je ke?):P.Kita pun tengah 'berjerebu' jugak. Hokaylah.....Bingka Roti Kukus Pandan ni sarap leia pagi ni sebabnya tak mo membazir ghuti yang tak abis. Tak baik membazir dalam keadaan ekonomi yang macam sekarang ni......cuma kena ghajin jew sket, gerenti macam-macam bleh jadik. Sedap gak yang kukus ni selalu buat versi omputih jew Bread and Butter Pudding. Tapi yang ni old skool skit versi melayu punya. Mak dolu-dolu penah buat versi kukus ni, tapi sejak leia take over dapoq, leia asyik buat yang omputih style jew. Klau lagi ghajin kata cekgu hana boleh buat kuah skali tapi makan camni pon dah ok. Ok jom semak resepinya. SELAMAT MENCUBA!!!

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Sumber : Kak UmmiHomesweethome,Notabilia
Olahan Semula : Cekgu Hana

Bahan-bahan
  • 8-10 roti keping putih - lagi sedap roti paun
  • 400ml santan  @ ( 200ml santan kotak KARA + 200ml air )
  • 3/4 cawan gula halus (yang ni leia kluarkan 1 1/2 sudu makan)
  • segenggam kismis ( leia guna kurma yang dicincang)
  • 4 biji telur
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu kecil pes pandan @ kisar 10 helai daun pandan bersama santan kelapa kemudian tapis
  • sedikit pewarna hijau - jika perlu
Cara-cara
  • Koyakkan roti dan ketepikan. Satukan santan, garam, gula, pes pandan dan juga telur. Kacau sebati.
  • Masukkan roti dan kismis kemudian rendam lebih kurang 5 minit. 
  • Sapu loyang dengan sedikit mentega/marjerin.
  • Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 30minit.
  • Sejukkan dahulu kemudian potong dan hidangkan.

Saturday, 26 September 2015

RED PEARL COOKIES




ASSALAMUALAIKUM,

Aidiladha aritu leia mengukis.....kukis tersedap abad ini :P. Maklumlah aidilfitri yang lepas tak leh nak buat kukis. Ayaq mogok....hokay stop tak mo crita dah. Ok jom semak resepi.

RED PEARL COOKIES
Resepi Oleh : Jaja FnR
Rujukkan 1  : Zack Zachoes
Rujukkan 2  : Kak Azlita Masammanis

Bahan-bahan :

150gm butter 
150gm tepung gandum 
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes 
50gm coklat cip 
25gm almond nibs 
1st esen vanila 
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang  

Mula-mula kita satukan butter dan gula.
Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
Masukkan tepung dan gaul rata
Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
Sudukan atas dulang pembakar
Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi

Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

SALAM AIDILADHA





ASSALAMUALAIKUM

SALAM AIDILADHA untuk semua pengunjung blog Cerita Cinta Leia :). Arini baru berkesempatan nak menghupdate.....tak terlambat lagi no. Maklumlah bizi memanjang :P. Aidiladha aritu leia berkesempatan membuat rendang ayam pedas dan lemang kukus. Simple jek sebab kita keja lagi rabu tu......nak buat macamana. Rendang ni kalau ikutkanlah klau kita googlekan macam-macam pesen. Setiap orang ada cara yang tersendiri pastu ada la pulak aritu entah bila taun tah leia penah tengok ada orang duk demo cara buat rendang kat tv dia pakai rempah kari. Uik tepanjat makcik ni tau,sebelum ni tak penah dengaq lagi orang merendang pakai rempah kari...... aritu pestaim tau ada orang merendang pakai rempah kari. Tak pa la yang tu pesen depa.....yang ni pesen leia ambik dari buku resepi lama mak sampai tulisan pun dan blur,jenuh makcik ni duk pakai kanta nengok nak menyalin resepi. Pastu makcik dengan gigihnya nak menyusun ayat sikit dan ada olahan skit ye.....harap-harap paham la no. Ok la jom semak resepinya.....SELAMAT MENCUBA!!!

RENDANG AYAM PEDAS DAN LEMANG KUKUS

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dicuci bersih,toskan dan potong ikut suka
Kunyit
Garam

Bahan untuk dikisar :
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ibu jari lengkuas
1 ibu jari halia
1/2 ibu jari kunyit
8 batang serai
40 biji cili kering - direndam dengan air panas terlebih dahulu
10 biji cili padi
6 biji buah keras
100ml santan cair

Bahan untuk tumis :
1 kayu manis
2 bunga lawang
4 cengkih
4 buah pelaga

Bahan-bahan lain :
400ml santan pekat
5 helai daun kunyit - dihiris halus
3 sudu makan kerisik
2 sudu makan pati asam jawa 
2 batang serai - diketuk
Gula dan garam secukup rasa
1/4 cawan minyak masak untuk menumis

Cara membuatnya :

  1. Ayam dilumur dengan kunyit dan garam, goreng setengah masak.
  2. Panaskan minyak, tumis sebentar kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga, pastu masukkan bahan-bahan yang dikisar, masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan juga serai yang diketuk.
  4. Masukkan ayam, kerisik dan pati asam jawa. Masak dan sebatikan kesemuanya.
  5. Masukkan santan pekat dan daun kunyit,perasakan dengan gula dan garam. Masak lagi sampai mendidih dan agak -agak dah ok tutup api. Siap. SELAMAT MENCUBA !!

LEMANG KUKUS

Gandakan jumlah bahan ni ikut keperluan keluarga ya. :)

Bahan-bahan :

1 cawan pulut
1 cawan santan 
Garam
Daun pisang - dibersihkan dan dilayur atas api.

Cara membuatnya :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Basuh pulut dan toskan.
  3. Santan di bancuh dengan garam.
  4. Masukkan pulut kedalam loyang dan santan juga.
  5. Kukus sehingga masak.
  6. Sejukkan pulut, pastu bungkus pulut dengan daun pisang dan diikat dengan tali.
  7. Kukus lagi dalam 30 minit.
  8. Sejukkan dan bolehlah dipotong.


Monday, 21 September 2015

KASWI TEPUNG PULUT





ASSALAMUALAIKUM,

Arini tak mo cakap banyak (eleh sebelum ni pun leia tak cakap banyak pun :P). Akhirnya dapur berasap jugak.....tak banyak problem pun, cuma ayaq yew yang buat hal ......tak leh nak lebih-lebih simpan untuk yang penting jew. Nenanti kalau buat benda len mati la akak.Nak basuh pinggan makan pun sakit ati tunggu ayaq tau. Hokey resepi kuih kaswi ni leia ambil dari dapuq Kak Yatie yang asalnya dari Kak Fida MYR. Sedap sangat dengan adunan dua jenis tepung iaitu tepung pulut dengan tepung gandum......cer try buat.....HAPPY TRYING :)

KASWI TEPUNG PULUT
Asal resepi : Kak Fida MYR
Sumber resepi :Kak Yatie

Bahan-bahan (loyang 9x9 in/+- 30 acuan lompang)

Bahan A :

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung pulut
1/2 sk kapur yang pekat
2 cawan air
sedikit warna coklat (leia pun tak letak)

Bahan B :

3/4 cawan gula merah/melaka
1/4 cawan gula pasir
1/2 sk garam
2 cawan air
2 helai daun pandan - disimpul

Bahan C :

Kelapa parut kukus dengan sedikit garam dan daun pandan

Cara-cara


  1. Campur bahan2 A ke dalam  mangkuk dan kacau rata. Ketepikan.
  2. Campur bahan2 B ke dalam  periuk dan masak hingga mendidih. Tuangkan ke dalam campuran A dan kacau rata. Tapis adunan.
  3. Tuang adunan ke dalam loyang/acuan yang bergris dan dipanaskan dulu. Kukus selama 30-40 min jika mengguna loyang dan 15 min jika mengguna acuan lompang.
  4. Biar kuih benar2 sejuk, potong sesuai selera dan sajikan dengan kelapa parut kukus.



Tuesday, 25 August 2015

KEK CHIFFON PANDAN


 


ASSALAMUALAIKUM,

Kek Chiffon Pandan, evergreen tapi sentiasa jadi pilihan walaupun sekarang ni macam-macam pesen chiffon dah kuar. Kek ni leia ambik kat dapur Kak ItaMasammanis dan kak ita pula ambik kat dapur Kak Yatie. Memang lemak, gebus dan harum baunya walaupun leia guna pandan emulco :P. Hasil kek diatas memang tak sempat leia tunjuk hasil selepas potong sebab dah ramai yang menunggu untuk di 'ngap' tak sabor-sabor je depa duk menunggu.......lama sangat katanya. Tak pa len kali kita buat len. Ok kek  cipon ni leia buat 2 minggu yang lepas :P. Tenkiu untuk akk2 manis berdua kak Yatie dan Kak ita untuk resepi yang best ni. Jom semak resepi dan sila-silalah membuatnya. HAPPY BAKING!


KEK CHIFFON PANDAN
Sumber 1 : Kak Yatie
Sumber 2 : Kak ItaMasammanis


Bahan-bahan 
Bahan A
* 6 biji kuning telur
* 2/3 cawan minyak Mazola
* 2/3 cawan santan pekat
* ½ sudu kecil garam
* 1 cawan gula pasir
* pewarna hijau dan perisa pandan
* 1 1/2 cawan tepung gandum *diayak (ita guna tpg kek)
* 2 sudu kecil baking powder* diayak (ita letak 1 sudu teh )

Bahan B
* 6 biji putih telur
* 1/2 cawan gula pasir
* 1 sudu kecil cream of tar tar


Bahan (A): 
  1. Masukkan kuning telur, garam dan gula. Kacau. ( tak perlu kembang, sebati je dah cukup)
  2. Masukkan pewarna hijau, minyak & santan dan kacau lagi.
  3. Masukkan tepung( yg telah diayak bersama baking powder) gaul sebati dan ketepikan dahulu.
Bahan (B): 
  1. Pukul putih telur sehingga menjadi berbuih.
  2. Kemudian masukkan gula.Pukul lagi hingga kembang.
  3. Masukkan cream of tar tar. Pukul lagi hingga betul2 kembang, jika diterbalikkan adunan tak jatuh.
  4. Last sekali, masukkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit....guna spatula sahaja, cara kaedah kaup balik.
  5. Tuang adunan ke dalam periuk lubang...tak perlu di lenser.
  6. Setelah siap, hentakkan beberapa kali dan bakar selama 45-50 minit 175c
  7. Setelah masak, angkat kek dan terus terbalikkan di redai kek sehingga sejuk.
  8. Setelah sejuk, bolehlah di potong dan hidangkan.
* Peringatan dari kak ita : Utk oven ita kek ni guna suhu 165c dan bakar selama 45 minit




Monday, 24 August 2015

KENTUCKY BUTTER CAKE



ASSALAMUALAIKUM,

Ok yang ni pun crita 'lempaq kebelakang', buat masa raya aritu. Ketaq pala-pala tau nak siapkan kek ni.....padahal senang je pun, tapi disebabkan kita duk berlumba dengan ayaq dia jadi payah skit. Kek ni pun antara tersenang dan tersimple....boleh la daripada tak dak apa langsung lontong raya rendang segala suma tak dapat nak buat. Ok jom semak resepi. HAPPY BAKING!


KENTUCKY BUTTER CAKE
Recipe : Allrecipes

Ingredients:
Original recipe makes 1 - 10 inch Bundt Cake
  • 3 cups unbleached all-purpose flour
  • 2 cups white sugar
  • 1 teaspoon salt
  • 1 teaspoon baking powder
  • 1/2 teaspoon baking soda
  • 1 cup buttermilk
  • 1 cup butter
  • 2 teaspoons vanilla extract
  • 4 eggs
Butter Sauce
  • 3/4 cup white sugar
  • 1/3 cup butter
  • 3 tablespoons water
  • 2 teaspoons vanilla extract
Directions


  1. Preheat oven to 325 degrees F (165 degrees C). Grease and flour a 10 inch Bundt pan.
  1. In a large bowl, mix the flour, 2 cups sugar, salt, baking powder and baking soda. Blend in buttermilk, 1 cup of butter, 2 teaspoons of vanilla and 4 eggs. Beat for 3 minutes at medium speed. Pour batter into prepared pan.
  1. Bake in preheated oven for 60 minutes, or until a wooden toothpick inserted into center of cake comes out clean. Prick holes in the still warm cake. Slowly pour sauce over cake. Let cake cool before removing from pan.
  1. To Make Butter Sauce: In a saucepan combine the remaining 3/4 cups sugar, 1/3 cup butter, 2 teaspoons vanilla, and the water. Cook over medium heat, until fully melted and combined, but do not boil. ( yang ni leia tak buat, just tabur almond flakes saja)

SERAWA DURIAN DAN ROTI JALA





ASSALAMUALAIKUM,

Apa khabaq suma? Harap-harap sumanya sihat la ya. Arini leia belanja crita 'lempaq kebelakang', macam biasa la ya. Serawa durian ni hasil selongkaq dapur CMG......best serawa dia tenkiu Cik mat for the recipe. Cik mat makan dengan pulut, tapi leia buat roti jala kalau ada yang berminat untuk buat dengan pulut leia sertakan resepinya. Yang roti jala ni dari FB Noorsha Adam , resepi roti jala ni adalah yang selalu noorsha guna untuk jualan kateringnya. Tenkiu Noorsha kerana sudi berkongsi resepi yang sedap dan lembut dan lemak berkrim. Semoga murah rezeki Noorsha kerana berkongsi hasil yang selalu dia gunakan untuk jualan. Ok jom semak resepinya.


SERAWA DURIAN
Resepi asal : Adnan Ibrahim a.k.a CMG

BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK SERAWA PULUT DURIAN :- Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba!


ROTI JALA :-)
Resepi asal : Noorsha Adam

Bahan :
1kg tepung gandum
1 tin susu cair + air (jadikan 10 cawan)
6 biji telur A
Sedikit garam
Sedikit pewarna kuning @ serbuk kunyit
4 sudu besar minyak @ butter cair

Cara-cara :
Kacau semua bahan dengan whisk sampai licin......klo nak cepat blend je....sediakan non stick pan dan  kirai bentuk bulat....lipat @ gulung dan serve dengan kari ayam @ daging.
1kg tepung boleh dapat +- 80pcs roti jala....klo nak buat sket bahagi la portionnya ya....Happy Trying :)

Note : Noorsha HALALKAN resepi ni untuk dishare @ dicuba @ buat makan-makan keluarga @ disedekahkan  @ diajarkan pada yang memerlukan @ dijadikan sumber pendapatan......TETAPI perlu jujur, jangan kata anda dapat resepi ni dari menuntut di kelas berbayar pulak ya..klo pun tak mention nama dia pada orang ramai at least mention nama dia dalam doa ya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...